Chapter 29

120 10 0
                                    


Lin Zhanyuan memegang tangan Lin Ting dengan erat memandangkan ini adalah kali pertama dia melangkah keluar dari istana Mingyue.

"Kamu suka berjalan jalan di luar?" soal Lin Ting dengan lembut kepada Lin Zhanyuan.

"Suka".

"Kalau begitu, selepas ini abang akan sering membawa awak keluar".

"Tapi abang arnab mesti membawa adik saya sekali".

Tempat anak anjing itu dibuang merupakan halaman terpencil yang sudah tidak didiami lagi oleh orang. Perlahan lahan mereka bertiga masuk kedalam halaman tersebut sambil memanggil namanya, "Chang Er...Chang Er.."

Namun sebaik sahaja mereka masuk kedalam, anak anjing itu segera memunculkan diri dan menuju kearah Lin Ting dengan perasan teruja.

"Adakah awak menunggu saya disini?" ucap Lin Ting kepada Chang Er.

Chang Er si anak anjing menggerak gerakkan ekornya sebaik sahaja mendengar ucapan Lin Ting seolah olah memahami apa yang diucapkan oleh Putera Sulung itu.

"Selepas ini, Chang Er akan dijaga oleh adik keenam", lalu lin Ting menyerahkan anak anjing tersebut kepada Lin Zhanyuan.

Lin Zhanyuan merasa gembira menerima pemberian itu dan hanya tersenyum sepanjang perjalanan balik ke istana Mingyue sambil memeluk Chang Er.

Lin Ting kembali ke istana miliknya ketika waktu malam menjelang tiba.

Walaupun merasa agak terkilan dengan tindakan ibunya namun sebagai seorang anak yang taat maka dia tetap memberikan salam hormat kepada Ruan Guifei sebelum meminta keizinan untuk pergi berehat didalam biliknya.

"Dimanakah Putera Sulung menghabiskan waktunya sepanjang hari ini?" soal Ruan Guifei kepada Wang Yang.

"Istana Mingyue".

"Istana Mingyue?" Ruan Guifei tidak terlalu mengetahui akan kewujudan istana tersebut namun Wang Yang segera mengingatkannya kepada Lan Guiren ibu kepada Puteri Kelima.

"Putera Sulung mempunyai hubungan yang baik dengan Puteri Kelima", tambah Wang Yang lagi.

Ruan Guifei mengetahui bahawa Putera Keempat yang terkenal dengan kenakalan dan keras kepalanya telah berubah setelah bergaul dengan puteri kecil itu. Setelah itu, Ruan Guifei tidak bertanya lagi tentang istana Mingyue kerana dia memberi keizinan untuk anaknya bergaul dengan seseorang yang boleh membantu Lin Ting menjadi orang yang berguna kelak.

Tahun baru bakal menjelang tiba, bahagian dalaman istana menambahkan lagi jumlah bahan mentah yang diperlukan untuk setiap istana. Oleh itu, setelah menerima bekalan arang, Lin Feilu mengarahkan Qingyan untuk memberikan separuh bekalan arang tersebut kepada kediaman milik Song Jinglan.

Qingyan yang sudah biasa dengan tugas menghantar bekalan bahan mentah kepada Cuizhuju sudah tidak merasa segan untuk kesana lagi. Malah Qingyan juga berkawan baik dengan Tiandong penjaga kediaman tersebut.

Ini adalah kali pertama Lin Feilu menyambut tahun baru di Dalin dan ini juga merupakan sambutan tahun baru yang paling menyeronokkan buatnya.

Walaupun hidup di istana yang terasing tapi mereka menyambutnya dengan suasana yang meriah. Segala persiapan dibuat sendiri membuatkan suasana tahun baru menjadi semakin hebat.

Lin Feilu membuat dua orang salji dihalaman istana Minyue dan meletakkan sehelai kain selempang berwarna merah di setiap leher orang salji itu. Suasana istana Minyue menjadi semakin meriah!

Semenjak mendengar tentang sembilan puluh sembilan jenis hidangan yang akan disajikan di jamuan Guiyi, Lin Feilu teringin untuk mencicipi hidangan tersebut.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now