Chapter 40

115 10 0
                                    

Lin Di  adalah seorang Raja yang amat mementingkan imejnya, dia tidak akan membiarkan khabar angin yang menyatakan bahawa Putera Tawanan dari kerajaan Song dilayan dengan buruk. Baginda mahu semua orang mengetahui bahawa Song Jinglan diperlakukan dengan baik sama seperti putera Raja Dalin yang lain.

Disebabkan itu, Lin Di membenarkan Song Jinglan untuk turut belajar di Taixue dan juga mempelajari ilmu bela diri di kelab diraja pada waktu petang. Dia mahu orang ramai memuji pemerintahannya sebagai seorang Raja yang adil dan saksama

Song Jinglan datang ke Dalin ketika berumur lima tahun. Semua orang melihatnya sebagai mangsa yang senang untuk dibuli. Oleh itu, dia berusaha untuk hidup secara sederhana dengan tidak terlalu menonjol sama ada di Taixue atau pun semasa berada di kelas bela diri.

Memandangkan Lin Jiwen merasa malu dengan apa yang berlaku pada waktu pagi di Taixue. Jadi dia mengambil inisiatif untuk membalaskan dendamnya kepada  Song Jinglan pada waktu petang.

Dia sengaja memilih Song Jinglan sebagai lawannya semasa didalam kelas bela diri. Disebabkan Song Jinglan merahsiakan teknik yang dipelajarinya dari Ji Liang maka pada petang itu dia terpaksa menjadi mangsa pukulan Lin Jiwen.

Jika Xi Xingjiang tidak menghentikan tindakan Lin Jiwen mungkin Song Jinglan akan mengalami kecederaan yang jauh lebih serius daripada ini.

Namun sebenarnya luka itu hanyalah luka kecil sahaja buat putera tawanan tersebut. Batuk berdarah yang dikatakan oleh Tiandong hanyalah gumpalan darah yang tersumbat dari paru parunya.

Puteri Kelima berbeza daripada orang orang orang yang berada di istana Dalin. Dari raut wajah dan sinar matanya, Song Jinglan tahu bahawa dia iklhas mengambil berat akan dirinya.

Wajah polosnya yang sedang marah menambahkan lagi kecomelan Puteri Kelima. Membuatkannya menjadi semakin unik dan istimewa di hati Song Jinglan.

"Kuih apa ni?"

"Ini adalah kuih bunga plum yang berintikan gula, ia sangat sedap!"

Setelah itu, Song Jinglan mula memakan kuih tersebut dan mengiakan ucapan Lin Feilu sebentar tadi.

Walau dibuli dengan teruk namun Song Jinglan tetap tenang dan sentiasa tersenyum manis membuatkan Lin Feilu hanya mampu mengeluh perlahan mengingatkan kesabarannya.

Mungkin ini adalah cara yang terpaksa dipilih oleh Song Jinglan untuk dapat bertahan hidup di Dalin secara berseorangan.

"Song Jinglan, adakah kamu anak yang ketujuh? Jika begitu awak mempunyai enam orang abang yang lain?"

"Saya adalah anak yang ketujuh dan mempunyai enam orang abang dan lapan orang adik. Ayah memiliki gundik yang banyak disebabkan itu bilangan adik beradik saya ramai".

"Kalau begitu, bagaimana awak boleh terpilih untuk datang ke Dalin? adakah awak mempunyai nasib yang sama dengan saya, terlahir dari gundik yang diabaikan?"

Puteri Kelima adalah orang pertama yang bertanya kepadanya tentang perkara ini. Semua orang percaya bahawa dia adalah seorang putera yang telah ditinggalkan oleh kerajaannya sendiri.

"Tidak, ibu saya adalah seorang Permaisuri manakala keluarganya pula merupakan keluarga yang sangat berpengaruh di kerajaan Song!"

"Huh?"

"Alasan utama mengapa saya boleh berada disini adalah disebabkan semasa sesi cabutan nama. Nama saya telah terpilih untuk dihantar ke Dalin".

"Gundik kesayangan ayah saya telah memberikan ideanya untuk mengadakan cabutan nama bagi menentukan putera manakah yang harus dihantar kesini dan saya adalah orang yang telah terpilih itu!"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now