Chapter 65

93 7 0
                                    


Disebabkan pihak istana sibuk menguruskan persiapan perkhawinan Putera Mahkota maka percutian musim panas untuk tahun itu telah dibatalkan.

Memandangkan Lin Feilu tidak dapat menahan teriknya cuaca panas, maka dia selalu berkunjung ke sebuah rumah rehat yang terletak di ibu kota.
Rumah rehat itu adalah pusat untuk para bangsawan menghindari sengatan cahaya matahari dimusim ini.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, Lin Feilu akan berkunjung kesana. Rumah rehat itu dikenali sebagai Ziyulin. Lantainya diperbuat daripada campuran batu marmar dan jed. Manakala kawasan halamannya pula dipenuhi dengan pokok buluh. Berehat di Ziyulin seperti berada disebuah ruangan yang mempunyai penghawa dingin.

Pada mulanya, pemilik Ziyulin tidak mempedulikan kehadiran Lin Feilu disana kerana menyangka dia hanyalah anak bangsawan yang datang sekadar untuk berehat. Hingga pada suatu hari, dia melihat Ran Ye seorang pemuda yang mempunyai kaitan dengan keluarga diraja memberikan salam hormat kepadanya.

Memandangkan Ran Ye pernah belajar di Taixue, jadi dia mengenali Puteri Kelima. Oleh itu, sebaik sahaja melihat kelibat Lin Feilu di Ziyulin, Ran Ye dan sahabatnya serta merta memberikan salam hormat mereka.

Semenjak daripada hari itu, pemilik Ziyulin akan melayan Lin Feilu dengan penuh hormat malah menyediakan sebuah bilik khas untuknya.

Dalam sekelip mata sahaja, Ran Ye menjadi teman baru Lin Feilu kerana boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan menemani Puteri Kelima itu melakukan perkara yang menyeronokkan seperti bermain dadu, melempar kayu didalam pot dan pelbagai lagi permainan menarik lainnya.

"Puteri Kelima, adakah awak ingin melihat seekor burung kakak tua, burung ini pandai bercakap", ajak Ran Ye.

"Baiklah, awak pergi dahulu sekejap lagi saya menyusul".

Namun tiba tiba Lin Feilu mendengar suara jetitan dan erangan Ran Ye dari luar halaman. Dengan segera dia keluar untuk melihat apa yang telah berlaku.

Lin Feilu melihat Ran Ye jatuh terduduk di lantai marmar yang telah hancur menjadi kepingan batu. Dihadapannya berdiri seorang pemuda yang lengkap berpakaian serba hitam merenungnya dengan tajam.

"Berhenti!"

"Puteri Kelima, tolong saya", rayu Ran Ye.

Mendengar rayuan tersebut, pemuda berbaju hitam itu semakin menguatkan pukulannya.

"Xi Xingjiang, kenapa dengan awak ni?"

Sewaktu menerima serangan dari pemuda berbaju hitam, Ran Ye tidak melihat wajah pelakunya tapi sebaik sahaja mendengar nama Xi Xingjiang disebutkan oleh Puteri Kelima membuatkan tubuhnya menjadi lemah tidak berdaya.

"Xioudouding, sudah lama kita tidak bertemu!"

"Bila awak datang? kenapa pula sebaik sahaja tiba, awak terus memukul orang dengan sesuka hati?"

"Saya baru sampai semalam!"

"Biarkan Ran Ye pergi, jangan buli dia lagi".

Sambil tersenyum sinis, Xi Xingjiang menyatakan kepada Ran Ye untuk tidak bermimpi disiang hari. Lalu seperti lipas kudung sedang berlari, Ran Ye segera meninggalkan tempat itu.

"Xiaodouding, mengapa kamu masih lagi pendek, tidak membesar langsung!"

"Huh?"

"Xi Xingjiang, saya sudah menjadi tinggi!!"

"Tapi saya rasa awak tidak pernah membesar".

"Sebab apabila saya meninggi, kamu juga turut meninggi. Xi Xingjiang, awai harus membayar ganti rugi" ucap Lin Feilu menunjuk kearah lantai batu marmar yang telah pecah akibat perbuatannya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now