Chapter 73

94 11 0
                                    


Lin Di langsung tidak perasan akan perubahan ekspresi di wajah anak gadisnya, ini kerana baginda terlalu teruja untuk memberikan gelar tersebut kepada Puteri Kelima.

"Ayah nanti dulu!"

"Xiaowu tidak perlu merasa segan untuk menerima gelar ini kerana kamu sememangnya layak mendapatkannya!"

"Huh?"

"Meskipun gelar tersebut terdengar megah tapi adakah ia mempunyai erti yang baik?"

"Kenapa pula?"

"Bunga kamelia hijau memang boleh dijadikan minuman iaitu teh tapi sebagai bunga ia tidak akan mekar untuk selamanya malah ia mudah gugur dari pohonnya dan rosak!"

Mendengar penjelasan Xiaowu membuatkan keterujaan Lin Di mula memudar kerana risau gelaran Puteri Teh Hijau akan memberi nasib malang kepada anak gadisnya itu, "nanti ayah akan panggil kementerian adat dalaman untuk mencarikan kamu beberapa nama gelar yang baru. Selepas itu, Xiaowu boleh memilih sendiri".

Akhirnya Lin Feilu boleh menarik nafas lega.

"Bagaimana keadaan abang sulung awak?" soal Lin Di ingin tahu.

"Walaupun abang Sulung kelihatan sudah pulih tapi sebenarnya keadaan mentalnya masih lagi membimbangkan. Menurut doktor Meng, tekanan perasaan tidak dapat disembuhkan dengan ubat. Jika perkara ini terus berlanjutan, berkemungkinan abang sulung boleh koma kembali dan tidak akan bangun semula".

Mendengar penerangan Xiaowu, ekspresi wajah Lin Di serta merta berubah serius, kerana merasa khuatir dengan keadaan Lin Ting.

Lin Feilu meletakkan kepalanya dibahu Lin Di, seperti yang sering dilakukan olehnya sewaktu kecil, "ayah, saya ingin membawa abang Sulung untuk keluar dari ibu kota!"

"Huh?"

"Beberapa hari yang lalu, saya telah membaca sebuah buku perubatan. Menurut pembacaan saya, tekanan perasaan sememangnya tidak boleh disembuhkan dengan pengambilan ubat tapi ia mungkin dapat dihilangkan dengan mengubah lingkungan kehidupan. Jadi menurut saya, ada baiknya abang Lin Ting keluar dari ibu kota buat sementara waktu!"

Lin Di amat menyukai personaliti anak sulungnya yang baik hati dan lembut. Malah kerana sifat itulah membuatkan Lin Di dapat mengambil kesempatan untuk menjayakan impiannya mengurangkan kuasa keluarga Ruan.

Disebabakan itu, timbul rasa bersalah dihati Lin Di terhadap Lin Ting.

"Kemana Xiaowu ingin membawa abang Sulung pergi?"

"Saya mahu membawanya ke Gunung Wutai untuk menjenguk nenda".

Raja mula tertarik dengan cadangan tersebut.

"Pergi ke gunung Wutai merupakan sebuah perjalanan yang jauh, bagaimana dengan keselamatan kamu berdua?"

"Semasa kepergian kami nanti, kami berdua akan menggunakan nama samaran dan ayah boleh memberikan kami pengawal rahsia. Lagipula, Dalin sangat makmur dibawah kekuasaan ayah, saya rasa kami tidak akan mengalami sebarang masalah".

Senyuman Lin Di semakin melebar mendengar pujian Xiaowu.

Maharani telah meninggalkan istana dan kembali ke gunung Wutai setelah pernikahan Putera Mahkota, kedatangan kedua dua meraka akan membahagiakan hati tua ibu kepada Raja itu.

Walaupun sudah tertarik dengan cadangan tersebut tetapi Lin Di belum memberikan persetujuannya. Setelah Xiaowu beredar, baginda segera memanggil doktor Meng dan beberapa doktor lain yang telah merawat Lin Ting untuk meminta pandangan mereka berhubung perkara ini.

Setelah berkonsultasi, para doktor sebulat suara menyetujui cadangan Puteri Kelima bagi membawa Raja Qi menukar lingkungan persekitaran agar dapat merawat masalah tekanan perasaan yang dihadapi olehnya.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now