Pada akhirnya kesemua doktor tersebut mengambil keputusan untuk menghantar doktor yamg paling senior diantara mereka untuk melawat Lin Feilu iaitu doktor Luo.
Pada waktu tengah hari, Xian Fei menyoal doktor Chen akan keadaan kesihatan Lin Feilu, "Puteri Kelima sudah sihat semula, demamnya telah tiada".
Melalui Suiyi, Xian Fei mengetahui bahawa Putera Sulung juga turut serta melawat dan menghantar doktor peribadi istana mereka untuk merawat Lin Feilu. Dia merasa hairan kerana sebelum ini mereka tidak pernah menjalin hubungan dengan Ruan Guifei yang terkenal dengan keangkuhannya.
Namun dia juga tidak mempermasalahkannya memandangkan Putera Sulung terkenal dengan sifat lemah lembut berbeza dengan ibunya. "Tidak menggapa, lagi pula Putera Sulung merupakan abang kandung Xiaowu, ia pasti akan memberikan banyak faedah kepada dirinya kelak. Beberapa hari yang lalu bahagian dalaman istana ada memberikan kita ginseng dingin, ambil dan berikan kepada istana Mingyue dan arahkan Xiao Lan rebuskan untu Puteri Kelima".
Lin Jingyuan yang baru sahaja balik dari Taixue iaitu sekolah diraja merasa cemas sebaik mendengar khabar bahawa adik kesayangannya telah jatuh sakit. "Saya mahu pergi melawat Xiaowu".
Tanpa membuang masa dia segera berlari pergi ke istana Mingyue. Sebaik sahaja berada diluar bilik Lin Feilu, dia mendengar suara adik kelimanya bersama dengan Lin Zhanyuan sedang rancak berborak sambil ketawa. Lin Jingyuan segera masuk kedalam bilik itu kerana ingin melihat apa yang mereka sedang lakukan.
Dia terkejut kerana melihat pasangan adik beradik itu sedang bermain dengan seekor arnab yang berwarna putih, "bukankah ini adalah arnab Putera Sulung?"
Lin Jingyuan merasa agak berjauh hati kerana kini Lin Feilu sudah mempunyai kawan yang lain selain dirinya.
Dari raut wajah Lin Jingyuan , Lin Feilu tahu bahawa abang Keempatnya ini merasa tidak senang hati. Lantas dengan cepat dia menghampirinya sambil tersenyum, "abang Jingyuan, saya sangat rindukan awak".
Ginseng pemberian ibunya dia serahkan kepada Qingyan sambil bertanya tentang keadaan kesihatan Lin Feilu dan juga tentang asal usul arnab tersebut.
"Arnab ini adalah pemberian abang Sulung. Abang Jingyuan mengapa awak sudah lama tidak datang menemui saya?"
Dengan rasa serba salah dia menjelaskan bahawa kini dia sedang sibuk pergi ke Taixue setiap hari.
"Taixue?"
"Taixue adalah sebuah sekolah iaitu tempat dimana anak anak diraja dan para bangsawan menimba ilmu".
Lin Feilu merasa tertarik untuk pergi ke Taixue kerana ia merupakan tempat terbaik bertemu dengan anak anak ayahnya yang lain ataupun bertemu dengan anak bangsawan yang boleh membawa faedah untuk dirinya.
"Kalau begitu, boleh tak jika saya ikut abang Jingyuan pergi ke sana?"
Mendengar permintaan Lin Feilu, Lin Jingyuan tergamam kerana walaupun Taixue merupakan tempat belajar untuk anak anak kerabat diraja dan bangsawan tetapi tidak semua orang boleh pergi kesana tanpa dekri daripada Raja. Status Lin Feilu sebagai seorang putri yang terabai tidak membolehkannya untuk menjejakkan kaki disana.
Walaupun mengetahui bahawa adiknya ini tidak layak pergi ke Taixue namun Lin Jingyuan tidak berani memberitahu kepadanya kerana bimbang Xiaowu akan merasa sedih. "Buat apa nak pergi ke Taixue? ia hanyalah sebuah tempat yang tidak cantik dan sangat membosankan".
"Oh.." jawab Lin Feilu dengan nada yang sedih.
Akhirnya Lin Jingyuan kembali semula ke istananya setelah menghabiskan masa selama sejam di istana Mingyue, dia dipanggil balik oleh ibunya kerana kini tiba waktu untuk dia belajar kaligrafi pula.
"Selamat jalan abang Jingyuan, nanti bila awak ada masa lapang jangan lupa untuk datang kesini semula".
Sebaik sahaja mendengar kata kata Lin Feilu itu, Lin Jingyuan merasa tidak sampai hati untuk mengecewakan permintaannya, "esok pagi, saya akan jemput awak untuk pergi ke Taixue bersama sama dengan saya".
"Saya boleh pergi kesana?"
"Tentu sekali boleh, tapi awak tidak boleh masuk kedalam, hanya berada di luar sahaja".
Keesokkan paginya, Lin Feilu bangun lebih awal daripada kebiasaannya. Dia memakai baju dan mantel yang berwarna puith menambahkan lagi kecomelan wajahnya.
Taixue terletak jauh dari istana Mingyue. Oleh kerana istana sangat besar dan luas jadi kawasan tersebut belum lagi dijejaki oleh Lin Feilu sebelum ini. Ia merupakan sebuah kawasan yang indah, diluarnya terdapat taman bunga untuk para pembantu anak kerabat diraja atau pun bangsawan menunggu tuan mereka masing masing.
Sebenarnya dia sangat mengetahui bahawa dirinya langsung tidak layak untuk menjejakkan kaki disini namun dia berharap dapat bertemu dengan ayahnya kerana dia tahu Raja sekali sekala akan datang untuk menilai prestasi murid murid yang belajar di Taixue.
Kedatangan Lin Feilu sebagi muka baru di Taixue tidak menjadi masalah buat para pelajar yang lain kerana kebanyakan daripda mereka akan membawa teman belajar contohnya Puteri Ketiga Lin Xi membawa sepupunya sendiri iaitu anak kepada abang ibunya.
Oleh itu, mereka semua berfikir dia adalah teman belajar Putera Keempat. Memandangkan Lin Jingyuan terkenal dengan sikap kepala batu dan nakalnya maka tiada siapa yang berani untuk menyoal akan identiti Lin Feilu.
"Kamu boleh bersiar siar di kawasan ini tetapi tidak boleh masuk kedalam tiga dewan yang berada di hadapan sana. Lebih baik, Xiaowu tunggu disini nanti selepas habis belajar, abang akan datang jemput awak supaya kita boleh balik bersama sama".
Lin Feilu mengangguk setuju. Sebelum berpisah, Lin Jingyuan berpesan kepada pembantunya yang bernama Kang An untuk menjaga adiknya dengan baik.
Apabila mendengar bunyi lonceng, Lin Feilu terkejut kerana tidak menyangka bahawa sekolah di zaman ini juga tidak jauh berbeza dengan sekolah di zaman moden yang turut mempunyai lonceng sebagai tanda waktu belajar telah pun bermula.
Setelah itu, dia meminta Kang An untuk menemaninya berjalan jalan di sekitar kawasan tersebut. Berada disitu membuatkan Lin Feilu mengenang akan kehidupan di dunia moden. Zaman belajar di universiti merupakan satu satunya perkara yang ia rindui dari kehidupannya yang lalu kerana ketika itu, dia dilingkungi oleh sahabat yang sememangnya ikhlas untuk berkawan dengan dan bukan disebakan oleh status sosial yang dia miliki.
Lin Feilu bertanya sendiri adakah mereka bersedih setelah menerima khabar kematiannya? tentu majlis pengebumiannya akan dihias dengan indah kerana ibunya sangat mementingkan kesempurnaan.
Disebabkan Lin Feilu berjalan sambil mengingati kehidupannya di masa silam, dia tidak melihat jalan dan hampir bertembung dengan seseorang.
Dihadapannya berdiri seorang budak lelaki yang berkemungkinan berumur tiga belas tahun, memakai baju berwarna hitam dan sedang berjalan dengan sangat santai sedangkan pembantunya ketika ini sangat risau kerana mereka sudah terlambat memandangkan kelas telah pun bermula.
"Tidak perlu tergesa gesa kerana selain dari saya, ada juga yang terlewat datang ke kelas. Saya suka berkawan dengan mereka yang suka melanggar peraturan seperti saya, mari kita bersahabat!"
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...