Lin Feilu pergi merujuk ke Qintian iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab untuk menilai ketetapan tarikh perjalanan mereka kerana orang zaman silam seperti ini sangat mempercayai perkara tahyul.Sehari sebelum memulakan perjalanan panjangnya, Lin Feilu tidak dapat melelapkan mata kerana terlalu teruja. Semasa tidur, dia termimpi bertemu dengan karakter utama iaitu Zhang Wuji yang terdapat didalam novel yang telah diadaptasi menjadi drama televisyen iaitu Heavanly Sword and Dragon Slaying Sabre.
Di dalam pengembaraan ini nanti, dia dan Lin Ting tidak akan membawa pembantu peribadi masing masing. Mereka hanya akan ditemani oleh Xiao Hei dan Xiao Bai. Sehubungan dengan itu, Songyu yang tidak pernah berpisah dengannya menangis sepanjang malam kerana merasa sedih.
Sambil membawa Gu Zi iaitu pedang miliknya dan sebuah beg galas, Lin Feilu merasakan bahawa dia adalah seorang pahlawan wanita yang akan membela nasib mereka yang teraniaya.
Pasangan kembar Xiao Hei dan Xiao Bai adalah pasangan kembar seiras, malah mereka juga mempunyai suara yang sama. Bagi mengelakkan kekeliruan sepanjang perjalanan, maka Lin Feilu mengarahkan Xiao Hei untuk memakai pakaian serba hitam manakala Xiao Bai memakai pakaian serba putih.
Kedua duanya menurut arahan tersebut tanpa sebarang bantahan.
Setelah itu, mereka bertiga pergi ke kediaman Raja Qi untuk menjemput Lin Ting bagi memulakan pengembaraan tersebut.
Lin Ting mengenakan busana berwarna biru lembut, dia kelihatan seperti seorang dewa yang baru turun dari kayangan. Cuma wajahnya sangat pucat, mungkin kesan daripada racun yang telah diambil olehnya sebelum ini.
Sama seperti Songyu, Xiao Si pembantu peribadi Lin Ting juga menangis kerana berat hati berpisah dengan abangnya.
Sebaik bertemu dengan Lin Ting, Lin Feilu memperkenalkannya dengan pasangan kembar Xiao Hei dan Xiao Bai.
Lin Ting berpesan kepada kedua dua mereka untuk tidak terlalu mengikut protokol diraja memandangkan didalam perjalanan ini, dirinya dan juga Xiaowu menggunakan identiti samaran.
Setelah itu, mereka berempat pun memulakan pengembaraan dengan keluar dari ibu kota menggunakan kereta kuda.
"Saya merasa sangat teruja!"
"Abang pula tidak pernah merasa sebahagia ini!"
"Nama apakah yang akan kita gunakan nanti?" soal Lin Feilu.
"Bukankah sebelum ini, kamu katakan bahawa kita akan menggunakan nama ultraman dan monster kecil?"
Mendengar sahaja jawapan Lin Ting membuatkan Lin Feilu ketawa sehingga mengalirkan air mata.
"Kita tidak boleh menggunakannya, waktu itu saya hanya bergurau sahaja".
"Memandangkan nama keluarga Lin merupakan nama keluarga diraja jadi kita tidak boleh menggunakannya. Mungkin kita harus menggunakan nama keluarga ibu awak".
"Saya tidak mahu menggunakan nama mereka, sebabnya mereka tidak layak! Saya mahu dikenali sebagai Huang Rong".
"Jadi, bagaimana pula dengan saya?"
"Memandangkan didalam novel, Huang Rong memiliki abang yang bernama Qu Lingfeng maka dalam pengembaraan kita ini, abang Lin Ting akan dikenali sebagai Huang Lingfeng".
"Ia adalah nama yang elegen".
"Abang Lin Ting, kita harus mencari tahu apakah dalam waktu terakhir ini, terdapat keramaian atau pun sebarang perjumpaan".
"Baiklah, tapi dimana kita harus bertanya?"
"Kita bertanya di tempat para pengemis berkumpul kerana didalam novel yang pernah saya baca mengatakan bahawa pengikut kumpulan pengemis terdapat di seluruh negara. Oleh itu, mereka akan mengetahui segala informasi".
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomantikLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...