Chapter 16

133 11 0
                                    


Lin Xi berlari sambil menangis sewaktu kembali semula ke istana Zhaoyang. Sebaik sahaja tiba, ibunya menunggu dia di gerbang masuk istana kerana Jingbing sudah mengetahui bahawa anaknya telah dihukum oleh Putera Sulung.

"Kamu baru balik dari istana Yaohua? apa kata Puteri Sulung? bagaimana kamu boleh membuatkan Putera Sulung menjadi marah sedangkan dia terkenal dengan sikap yang ramah?" soal Jingbing bertubi tubi terhadap anaknya.

Mendengar soalan demi soalan yang diajukan oleh ibunya, Lin Xi bukannya memberikan jawapan sebaliknya terus menangis dengan kuat sambil mengata Lin Feilu, Lin Jingyuan, Song Jinglan, Lin Ting dan juga Lin Nianzhi sebagai orang yang tidak berhati perut.

Sebenarnya Jingbing sudah mengetahui semuanya namun sengaja bertanya kepada Lin Xi untuk memastikan kebenarannya. "Selama ni, ibu terlalu memanjakan kamu. Apa yang anak sialan dari istana Mingyue itu lakukan untuk mengambil hati mereka kamu juga boleh buat!"

"Ibu, saya mahu mengadu perkara ini kepada ayah".

Mendengar kata kata Lin Xi, Jingbing merasa takut kerana tidak berani untuk berhadapan dengan Raja. Semenjak kisah mengenai istana Zhaoyang diganggu oleh roh yang tidak tenteram, Raja seolah olah telah melupakannya.

Beberapa hari yang lalu, Jingbing telah membuat sup dan berniat untuk memberikan sup tersebut kepada Raja yang ketika itu berada di Dewan Yangxin sedang membincangkan masalah politik namun sehingga sup itu menjadi sejuk Raja langsung tidak menemuinya apatah lagi menyentuh sup buatannya itu.

Namun pada petangnya, Raja telah mengalami sakit perut secara tiba tiba sedangkan semasa berada di Dewan Yangxin pagi tadi dia berada dalam keadaan yang sihat sahaja. Maka tersebar di istana bahawa kedatangannya telah menyebabkan Raja jatuh sakit kerana Jingbing masih lagi diikuti oleh roh jahat.

Maka Permaisuri memerintahkan dirinya untuk tidak mendekati Raja sehingga Raja sendiri yang memanggilnya kelak.

Jingbing tidak yakin Raja akan memanggilnya lagi sedangkan di istana yang besar ini terlalu banyak wanita yang bersedia melayani baginda pada bila bila masa sahaja.

Apa yang membuatkannya yakin untuk dapat bertahan hidup di istana kerana dia memiliki seoramg puteri yang disayangi oleh Raja. Dia mengharapkan melalui kedekatan antara Lin Xi dengan Puteri Sulung boleh memberikannya ruang untuk mendekati Raja semula.

Namun, dia sama sekali tidak menyangka bahawa anak yang diharapkan olehnya untuk mengubah keadaan telah menimbulkan kemarahan Putera Sulung iaitu anak kepada Ruan Guifei.

Setelah puas menangis,Jingbing membuat kesimpulan bahawa apa yang berlaku kepada mereka sejak akhir akhir ini adalah disebabkan oleh para sialan yang berasal dari istana Mingyue. Setelah berkawan dengan Xian Fei, Xiao Lan sudah berani melawan mereka.

Lama kelamaan mereka anak beranak pula yang akan dibuli dan hidup ditindas oleh mereka. Jingbing bertekad untuk tidak membiarkan perkara itu berlaku!

"Xi'er, jangan menangis lagi, ibu akan pastikan mereka akan mendapat balasan yang lebih teruk daripada ini".

******

Lin Feilu dapat mengagak bahawa pada ketika ini Jingbing pasti sangat membenci istana Mingyue. Sama seperti Jingbing, dia juga merasakan harus melakukan sesuatu untuk menghentikan segala galanya.

Sememangnya sedari awal dia tidak memasukkan Lin Xi di dalam senarai orang yang ingin dia dekati kerana Lin Xi adalah orang yang bertanggung jawab membunuh Puteri Kelima yang sebenar.

Sewaktu puteri kecil itu meminta pertolongan semasa lemas di tasik, Lin Xi melihatnya tanpa menunjukkan sebarang perasaan. Selalunya orang berkata bahawa kanak kanak berjiwa polos dan sentiasa berkata benar tapi kanak kanak yang berjiwa jahat adalah manusia yang paling menakutkan!

Sewaktu dia mengambil alih tubuh ini, Lin Feilu yang berasal dari masa depan telah berjanji kepada Puteri Kelima yang asli untuk menolongnya membalas dendam terhadap Lin Xi dab ibunya kerana hutang darah harus dibayar dengan darah!

Lagi pula, dalam hal ini Putera Tawanan Song Jinglan telah membantunya. Lin Feilu yakin selepas Lin Xi menerima hukumannya ia pasti akan membalas dendam, tentu Song Jinglan akan menderita.

Lin Feilu merasa bertanggung jawab untuk melindungi putera tampan tersebut.

Tidak lama kemudian, Xiao Lan datang menghampirinya sambil membawa sesuatu, "pagi tadi, Lu'er makan dengan tergesa gesa kerana mahu pergi ke Taixue, cuba rasa kuih yang ibu baru buat ni".

"Emm, sedapnya".

Kuih yang dimaksudkan oleh ibunya adalah dimsum, masih lagi panas tidak terlalu manis dan tidak berminyak, rasanya sangat sesuai dimakan diwaktu petang seperti ini.

"Ibu, boleh tak jika ibu bungkuskan sedikit kuih ini untuk saya berikan kepada seseorang?"

"Siapa?", soal Xiao Lan ingin tahu.

"Saya ingin berikan kepada orang yang telah menolong saya".

Dengan segera Xiao Lan membungkus dimsum tersebut dan menyuruh Qingyan untuk menemani Lin Feilu menghantarnya.

"Puteri Kelima kemana kita nak pergi?"

"Saya mahu pergi ke depan sana, Qingyan awak hanya perlu tunggu disini sahaja", ucap Lin Feilu kerana dia tidak mahu pembantu ibunya itu mengetahui dia pergi bertemu dengan Song Jinglan.

Dengan berat hati Qingyan menyerahkan bungkusan dimsum tersebut kepada Lin Feilu sambil melihat Puteri Kelima itu berjalan kehadapan tanpa dia ketahui lokasi tujuannya yang sebenar.

Perlahan lahan Lin Feilu menuju ke Cuizhuju iaitu kediaman Song Jinglan.

Kediaman Song Jinglan diperbuat daripada buluh dan mempunyai kawasan yang kecil sahaja namun kelihatan bersih dan kemas walaupun dia hanya mempunyai seorang pembantu.

Kedatangan Lin Feilu kesitu disambut oleh Tiandong pembantu Song Jinglan dengan wajah yang tidak ramah.

"Awak tidak kenal saya? saya adalah orang yang menghantar ikan kepada kamu tempoh hari".

"Tiandong memberi salam hormat kepada Tuan Puteri Kelima", ucap Tiandong dengan agak berat hati.

Walaupun mengetahui kehadirannya seolah olah tidak diterima oleh Tiandong namun Lin Feilu tidak menghiraukannya dan tetap tersenyum.

Tiandong menganggap Lin Feilu sebagai seorang puteri yang tidak tahu malu sama seperti Puteri Ketiga yang tergila gila akan ketampanan puteranya iaitu Song Jinglan.

"Maafkan saya Puteri Kelima, Tuanku saya sedang belajar".

Lin Feilu mengagumi Song Jinglan yang rajin belajar walau tanpa pengawasan tidak seperti Lin Jingyuan.

Tidak berapa lama kemudian, Song Jinglan keluar dari biliknya lalu menyapa Lin Feilu.

"Saya datang kesini kerana ingin mengucapkan terima kasih dengan bantuan yang awak berikan semasa berada di Taixue dan juga ingin memberikan awak dimsum, awak harus memakannya sementara masih panas kerana rasanya pasti akan lebih sedap".

"Terima kasih, Puteri Kelima",

"Mengapa awak membantu saya? dengan menolong saya bererti awak akan menjadi musuh Puteri Ketiga".

"Sesiapa pun akan menolong awak, kerana Puteri Kelima seorang gadis yang comel!"

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now