Chapter 28

118 10 0
                                    

Keputusan peperiksaan Taixue akhirnya keluar, Putera Mahkota Lin Qing mendapat tempat pertama, Putera Sulung Lin Ting  kedua dan Putera Tawanan Song Jinglan di tempat ketiga.

Ramai yang terkejut dengan keputusan yang diperolehi oleh Song Jinglan memandangkan selama ini taraf pembelajarannya hanya biasa biasa sahaja namun pada waktu ini dia berjaya mendapat kedudukan tiga terbaik. Mereka semua menganggap kejayaan Song Jinglan itu hanyalah satu kebetulan sahaja.

Lin Ting dan Lin Qing merupakan putera Raja yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Kedua dua mereka dipanggil oleh Raja untuk menerima hadiah dan pujian. "Kali ini saya berjaya mengalahkan abang sulung tapi saya berharap dapat mengalahkan abang Sulung juga di setiap ujian dan pertandingan yang bakal diadakan".

"Adik Putera Mahkota seorang yang bijak, tiada siapa yang dapat mengalahkan awak".

Lin Qing mengamati abangnya dengan pandangan yang mendalam, setelah memastikan bahawa abangnya ini tidak mempunyai niat untuk merampas kedudukannya sebagai putera mahkota barulah dia tersenyum dengan ikhlas kepada Lin Ting.

"Abang Sulung, kita akan pergi memburu pada musim bunga nanti. Ketika itu, saya berharap abang akan memberi peluang kepada saya untuk menang nanti".

"Kamu tahu kan, saya tidak suka memburu haiwan".

"Kalau begitu, saya akan menangkap seekor arnab untuk awak supaya menjadi teman buat arnab peliharaan awak pada waktu ini".

"Baiklah".

Lin Ting bukan sahaja menrima hadiah daripada ayahnya tapi juga mendapat pujian. Oleh itu, dia merasa senang hati dan segera pulang ke istana Yaohua miliknya. Semasa tiba disana, dia mendapati ibunya menerima kunjungan tetamu.

Setiap tahun menjelang tahun baru, keluarga ibunya iaitu keluarga Ruan akan memberikan hadiah buat mereka dan kali ini orang yang bertanggung jawab menyampaikan hadiah tersebut adalah isteri kepada ayah saudaranya.

Melihat kedatangan Lin Ting, ibu saudaranya tersenyum dengan lembut.

"Ayah awak hadiahkan kepada kamu?" soal Ruan Guifei apabila melihat Lin Ting memegang batu dakwat yang diperbuat daripada jed.

"Ya".

"Apa yang didapatkan oleh Putera Mahkota pula?"

"Kami mendapat hadiah yang sama cuma Putera Mahkota juga diberikan sebuah kipas tangan dengan pegangan jed".

Ibu saudara Lin Ting mula merasakan suasana yang akan bertukar menjadi  tegang segera mencelah, "Perdana Menteri selalu memikirkan tentang Putera Sulung dan mengetahui bahawa dia amat menyukai haiwan haiwan yang comel. Oleh itu, dia menghadiahkan tuanku seekor anak anjing putih yang comel".

Setelah mendengar ucapan ibu saudaranya itu, Lin Ting melihat kearah hujung kawasan tersebut dan mendapati seekor anak anjing berwarna putih yang menyerupai anak musang berada di dalam sebuah kandang. Melihat kedatangan Lin Ting yang menghampirinya, anak anjing itu segera menggerakkan ekornya tanda gembira.

Walaupun gembira menerima pemberian itu tapi Lin Ting hanya mampu menundukkan kepalanya sahaja.

"Ayah sorang yang sangat perhatian", ucap Ruan Guifei.

Sebelum berlalu pergi, ibu saudara Lin Ting sempat menyatakan bahawa nama anak anjing tersebut adalah Chang Er.

Sebaik sahaja melihat ibunya saudara pergi, Lin Ting menjelaskan kepada Ruan Guifei bahawa dia tidak mahu memelihara anjing itu.

"Bukankah, kamu paling menyukai haiwan haiwan comel seperti ini?"

Lin Ting hanya bersujud dan tidak menjawab pertanyaan ibunya itu.

Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now