Lin Jingyuan melangkah perlahan menuju kearah Xiaowu dan abang ketiganya yang sedang berbual sambil tersenyum dengan gembira.
"Tuanku, ini adalah hadiah balasan dari saya untuk awak".
Lin Qing mengambil uncang pemberian Lin Feilu, dia merasa puas hati dengan kekemasan jahitan uncang tersebut. Memandangkan uncang itu dijahit sendiri oleh Xiao Lan maka hasilnya jauh lebih cantik daripada hasil jahitan pembantu di istana.
Oleh kerana Lin Feilu terlebih dahulu memberi tahu kepada ibunya bahawa uncang tersebut akan diberikan kepada Putera Mahkota jadi Xiao Lan menjahitnya menggunakan benang emas yang diberikan Xian Fei.
"Mengapa awak berikan uncang ini kepada saya?", soal Lin Qing ingin tahu setelah menghidu haruman bunga orkid yang menyegarkan dari uncang itu.
Sambil tersenyum Lin Feilu membalas pertanyaan tersebut menggunakan puisi menyebabkan Lin Jingyuan yang turut berada disitu tidak memahami perbualan diantara mereka berdua.
Senyuman Lin Qing semakin lebar setelah menerima pujian yang diberikan oleh Lin Feilu berdasarkan puisi lama. Putera Mahkota merasa kagum dengan adik kelimanya ini kerana ia merupakan seorang gadis yang pintar.
Tidak mahu membuang masa lagi, Lin Qing segera mengambil pemberian tersebut lalu mengikatnya di pinggang membuatkan Lin Jingyuan yang menyaksikan semua itu merasa cemburu.
Dengan berat hati Lin Jingyuan memberikan salam hormat kepada Lin Qing.
"Adik keempat akhirnya keluar, bukankah awak tidak menyelesaikan semua kerja yang diberikan oleh Taifu semasa cuti?"
"Siapa yang kata demikian? malah Taifu merasa puas hati dengan perkembangan saya sehingga dia menghadiahkan saya dengan sebuah berus".
Dengan perasaan bangga, Lin Jingyuan menunjukkan berus pemberian dari Taifu kepada Lin Qing.
"Ianya adalah sebuah berus yang berkualiti", puji Lin Qing.
"Abang ketiga sukakan berus ini? kalau begitu mari kita tukar dengan uncang pemberian Xiaowu". ucap Lin Jingyuan yang cuba membuat tawaran.
Serta merta Lin Qing menyerahkan semula berus tersebut kepada Lin Jingyuan sebagai tanda menolak tawarannya itu menyebabkan Lin Jingyuan melirik tidak puas hati terhadap Lin Feilu.
"Abang Jingyuan", panggil Lin Feilu dengan lembut sambil memegang baju abang keempatnya yang sedang merajuk.
Namun Lin Jingyuan tidak mempedulikan pujukan tersebut.
"Abang Jingyuan".
Lin Jingyuan yang pada mulanya hampir luluh apabila mendengar suara pujukan manja dari Lin Feilu menjadi tidak puas hati semula ketika melihat uncang yang terjahit kemas sedang berada di pinggang Lin Qing.
"Apa yang awak marahkan sangat kepada Xiaowu?"
"Dia tidak pernah berikan saya hadiah!"
"Saya pernah berikan awak sebuah buku".
"Buku sama seperti berus ini, ianya bukanlah hadiah melainkan hanya menambahkan beban fikiran sahaja!"
Sebenarnya Lin Feilu mula merasa pening melihat perangai Lin Jingyuan yang keras kepala tapi dia harus menahannya dan menggunakan pendekatan yang betul untuk mengambil hatinya, "kalau abang Jingyuan tidak suka dengan buku pemberian saya kembalikan semula buku tersebut berserta dengan penanda bukunya sekali!" ucap Lin Feilu cuba menahan air matannya daripada keluar.
Lin Jingyuan mula cemas ketika melihat Xiaowu hampir menangis kerana dirinya. Dengan serta merta dia segera memujuk adiknya itu, "jangan marah, buku pemberian awak adalah buku yang paling terbaik di dunia".
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...