Chapter 4

194 9 0
                                    

Walaupun tidak mempunyai anak dan juga tidak diberi perhatian oleh Raja tetapi Xu Cairen berani membuli mereka kerana mengetahui sikap Xiao Lan yang suka mengalah dan merasa yakin Ruan Guifei akan selalu melindunginya.

Sebenarnya setelah melihat keadaan Lin Feilu, Xu Cairen merasa takut dan risau jika terjadi sesuatu yang buruk kepada puteri kecil itu yang akan mengakibatkan dia dihukum oleh Raja. Perkara itu menyebabkan dia tidak dapat tidur lena pada malam tersebut.

Walau bagaimanapun dia tetap yakin dengan tindakannya dan menyakini bahawa tiada siapa yang akan menyalakahkannya kelak memandangkan Lin Feilu adalah puteri yang terasing.

Pada keesokkan paginya, Xu Cairen mengarahkan pembantunya untuk mencari tahu akan keadaan Lin Feilu. Naman Xu Cairen terkejut apabila melihat puteri kecil itu sedang berada di luar halamannya dengan memakai baju merah dan asyik memandang kearah pokok buah delima sambil tidak memberikan sebarang reaksi.

Hong Xiu pembantu Xu Cairen mendekati Lin Feilu perlahan sambil bertanya, "Puteri Kelima apa yang awak tenungkan itu?"

"Saya melihat sesuatu yang berada diatas sana", jawab Lin Feilu sebelum berlalu pergi dari situ.

Sementara itu, Xiao Lan sedang mencari anaknya kerana semenjak bangun lagi dia belum bertemu dengannya. "Puteri Kelima berkata dia ingin melihat matahari pagi terbit diluar", jawab Yunyao pula.

Tidak lama kemudian, Lin Feilu pun datang dan menyapa ibunya sambil tersenyum. Kedatangannya sambil memakai baju berwarna merah, membuatkan dia kelihatan sangat comel.

"Sayangnya tahun ini saya hanya menerima dua helai kain satin sahaja, jika saya buatkan baju baru untuk Puteri Kelima dan Putera Keenam maka saya tidak boleh menjahit baju baru untuk Lan Guiren sedangkan Puan sudah lama tidak memiliki baju yang baru", ucap Yunyao dalam nada yang sedih.

"Buat apa baju yang baru, saya hanya tinggal didalam halaman ini dan langsung tidak pergi kemana mana, buatkan sahaja jubah baru untuk Lu'er" supaya dia merasa selesa ketika musim sejuk nanti".

Selepas makan tengah hari, Lin Feilu bersama Qingyan berjalan jalan di sekitar kawasan istana. Walaupun dia merupakan puteri yang terasing namun statusnya sebagai anak Raja tidak menghalanginya untuk berjalan ke mana sahaja yang dia sukai.

"Puteri Kelima nak kemana? adakah awak mahu makan buah persimmons? mari kita pergi ke sebelah tasik, disana terdapat kebun buah buahan tentu ketika ini buah persimmons sedang masak ranum".

Tanpa berfikir panjang Lin Feilu bersetuju. Sebaik sahaja mereka berdua memasuki kawasan kebun buah yang dimaksudkan oleh Yunyao, mereka mendengar bunyi riuh orang sedang bercakap dan segera menghampiri untuk mengetahui apa yang berlaku.

Beberapa orang pembantu dan sida istana sedang merayu seseorang yang berada di atas pokok untuk turun, "Putera Keempat tolonglah turun, bagaimana jika awak terjatuh nanti. Biar kami sahaja yang memanjat pokok ini dan mengambil seberapa banyak buah yang kamu inginkan", rayu mereka semua.

Lin Feilu memandang keatas pokok dan melihat seorang kanak kanak lelaki sedang beralih dari satu dahan ke dahan yang lain.

"Puteri Kelima baik kita balik terlebih dahulu dan datang semula hari lain untuk memetik buah", ucap Qingyan perlahan kerana takut akan menimbulkan masalah yang baru.

Ini adalah peluang yang terbaik buat Lin Feilu untuk mendekati salah seorang daripada anak ayahnya, mana munkin dia akan bersetuju untuk balik dan datang semula pada hari yang lain!

"Abang saya adalah Putera keenam, adakah Putera Keempat ini juga merupakan salah seorang abang saya?", soal Lin Feilu dengan nada yang polos.

"Ya, dia memang abang awak tapi ibunya adalah Gundik Xian yang berkuasa, lagi pula dia mempunyai perangai degil serta keras kepala. Saya  takut jika dia akan membuli awak nanti".

Putera Keempat bernama Lin Jingyuan, terkenal kerana suka membuat masalah lalu membuatkannya sering didenda oleh Raja, walau bagaimanapun semua orang tahu bahawa dia adalah anak kesayangan baginda membuatkan tiada seorang pun di istana ini yang berani ingkar akan setiap arahannya.

Qingyan takut Lin Feilu akan ditimpa masalah jika bertemu dengan Putera Keempat namun Lin Feilu tetap bersikap tenang kerana hanya menganggap Putera Keempat sebagai seorang kanak kanak yang terlalu dimanjakan sahaja.

Dia yakin mendekati kanak kanak seperti ini harus menggunakan pendekatan yang betul lalu semuanya akan menjadi senang dan mudah. Setelah memerhatikan Lin Jingyuan untuk beberapa waktu, Lin Feilu menyimpulkan bahawa dia adalah seorang kanak kanak yang keras kepala namun baik hati, semakin kuat seseorang itu merayunya maka semakin keras kemahuannnya!

Melihat para pembantunya menangis Lin Jingyuan dengan santai berkata bahawa dia akan membantu mereka semua jika ibunya menghukum mereka nanti lalu menghadiahkan mereka dengan buah persimmons yang masak sebagai tanda maaf."

Melalui pandangan Lin Feilu lagi, Putera Keempat merupakan seseorang yang harus dituruti kemahuannya tapi dalam masa yang sama harus dipujuk dengan lembut.

Putera Keempat terus memanjat pokok tersebut dengan lebih tinggi lagi, dengan tidak sengaja dia memandang Lin Feilu yang sedang berada disebalik batu yang berada berhampiran dengan pokok yang sedang dipanjatnya pada waktu ini, "siapa yang berada disana, keluar sekarang juga"!

Qingyan yang mendengar ucapan Putera Keempat itu segera terduduk di tanah tidak berdaya kerana apa yang dia risaukan sedari tadi kini sedang berlaku dan tidak mampu untuk dielakkan lagi.

"Salam hormat saya berikan kepada Putera Keempat", jawab Qingyan lalu menarik tangan Lin Feilu untuk berlutut disebelahnya dengan suara yang perlahan sambil menundukkan kepalanya.

Lin Jingyuan lantas melompat turun ke bawah dan bertanya identiti mereka berdua.

"Nama saya Xiaowu", jawab Lin Feilu perlahan sambil tersenyum malu.

Pembantu Lin Jingyuan segera memberitahunya bahawa kanak kanak comel itu adalah adiknya sendiri iaitu Puteri Kelima.

Lin Jingyuan merasa hairan kerana dia tidak mengetahui bahawa dia mempunyai seorang adik yang bernama Xiaowu kerana selama ini dia hanya bergaul dengan Puteri Sulung dan Puteri Ketiga sahaja.

"Kalau begitu kamu adalah adik saya tapi mengapa awak bersembunyi?"

Sambil membesarkan matanya, pandangan Lin Feilu hanya tertumpu ke arah buah persimmons yang berada di tangan Putera Keempat sahaja, "saya nak makan buah persimmons, boleh awak bagi saya separuh", jawab Lin Feilu sambil menelan liurnya.

"Tentulah boleh, saya akan bagi awak semua buah yang saya ambil pada hari ini".

Pembantu Lin Jingyuan segera memberikan sebakul penuh buah kepada Lin Feilu.

Melihat Lin Feilu tidak berdaya mengangkat bakul rotan yang dipenuhi dengan buah itu, dia menyarankan Lin Feilu menyerahkan bakul tersebut kepada Qingyan.

"Terima kasih abang", ucap Lin Feilu sambil tersenyum manis.

Lin Jingyuan terkesima melihat Lin Feilu pada ketika ini. Selalunya dia melihat wajah Puteri Sulung yang menakutkan serta Puteri Ketiga yang sombong namun kini dia berhadapan dengan seorang adik yang comel membuatkan dia terdiam, tidak tahu untuk memberikan sebarang reaksi.

"Ibu saya selalu berpesan bahawa jika menerima pemberian orang kita harus membalasnya semula untuk menunjukkan kesopanan. Oleh kerana, kini saya tidak mempunyai sesuatu yang berharga untuk diberikan kepada abang maka saya akan berikan abang bunga begonia yang saya petik tadi, maksud bunga ini adalah keberuntungan. Semoga abang akan sentiasa beruntung kerana sudah bersikap baik terhadap Xiaowu".

Mendengar kata kata Lin Feilu membuatkan Lin Jingyuan tersipu malu.

"Selamat tinggal abang, Xiaowu jalan dahulu", ucap Lin Feilu sebelum berlalu pergi bersama dengan Qingyan.

Setelah berjalan agak jauh dan yakin bahawa Putera Keempat tidak akan mendengar perbualan mereka Qingyan segera bertanya "Puteri Kelima, adakah benar bunga begonia bermaksud keberuntungan, selama ini, saya sama sekali tidak mengetahuinya".

Lin Feilu hanya tersenyum mendengar soalan Qingyan itu dan tidak memberikan sebarang jawapan, ini kerana dia juga tidak mengetahuinya. Apa yang dikatakan olehnya terhadap Putera Keempat tadi hanyalah sekadar ayat untuk mengambil hati Lin Jingyuan bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik buat mereka kelak.







Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )Where stories live. Discover now