Tidak lama selepas itu, Lin Jingyuan pun segera meninggalkan astaka Tingyun setelah selesai menikmati hidangan teh yang diberikan kepadanya. Namun dia mengarahkan Kang An untuk tinggal disana sebagai wakil dirinya menjaga Xiaowu.
Sebaik sahaja menghabiskan ubat pemberian doktor, Lin Feilu merasa mengantuk namun sewaktu hendak melelapkan mata, astaka Tingyun menerima kedatangan tetamu lagi.
Tetamu tersebut adalah pembantu kiriman Lin Ting dan Lin Qing yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Lin Feilu bagi pihak mereka berdua.
Ketika ini, jika dia berpeluang untuk kembali semula ke zaman moden, Lin Feilu akan menulis sebuah novel yang bertajuk 'Ketika Aku Di Sayangi Oleh Tiga Orang Abang dan Seorang Tuan Muda'
Malam itu, Lin Feilu tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan. Sebaik sahaja terbangun dari tidur, dia melihat pembantu peribadi Lin Nianzhi sedang berada didalam biliknya kerana membawa hadiah dari kakak sulungnya itu yang berupa bubur panas, buah buahan dan tonik kesihatan.
"Puteri Sulung meminta saya untuk membawakan kesemua barangan ini. Sebaiknya Puteri Kelima menjamah bubur ini sementara ia masih panas".
"Disamping itu, Puteri Sulung juga berpesan bahawa dia tidak dapat menjenguk Puteri Kelima kerana harus menemankan Hui Fei. Dan menyarankan agar Puteri Kelima sentiasa menjaga kesihatan dengan baik".
Lin Feilu menerima semua pemberian itu dengan senang hati. Selepas menyiapkan diri, dia bergegas pergi ke Dewan Zhonghe untuk memberi salam kepada ayahnya.
Semasa berada di luar dewan tersebut, Lin Feilu bertemu dengan Lin Ting yang juga datang untuk memberi salam kepada ayah mereka.
"Adakah Xiaowu tidur dengan lena semalam?"
"Ya. Abang Lin Ting bukankah dalam percutian kali ini Ruan Guifei tidak turut serta?"
"Jadi?"
"Kita boleh pergi ke hutan yang ada dibelakang pergunungan ini untuk bermain dengan haiwan haiwan yang berada disana, saya dengar didalam hutan tersebut terdapat musang yang comel".
"Baiklah".
Semasa mereka berdua masuk kedalam dewan, Lin Qing dan Lin Jingyuan telah berada disana terlebih dahulu. Lin Qing sedang duduk diatas sebuah kerusi manakala Lin Jingyuan pula sedang berlutut di lantai.
Lin Di duduk dikerusi tengah sambil ditemani oleh Mei Fei.
"Sebentar tadi, ayah telah menguji perkembangan abang ketiga kamu. Sekarang ayah akan memeriksa perkembangan pembelajaran kamu pula. Sebelum ini, Taifu memberitahu kepada ayah bahawa pembelajaran kamu telah meningkat. Disebabkan itu, ayah mahu mengetahui kebenaran kata kata Taifu tersebut", ucap Lin Di kepada Lin Jingyuan.
"Tapi saya datang kesini adalah untuk memberi salam kepada ayah dan bukannya untuk diuji", bantah Lin Jingyuan pula.
Namun semasa melihat kedatangan Lin Feilu, wajah bengis Lin Di serta merta bertukar menjadi senyum yang lebar.
"Xiaowu memberi salam kepada ayah".
"Ting'er, bersama dengan Yuan'er ayah akan menguji kamu berdua".
Melihat Lin Ting turut berlutut, Lin Feilu juga berlutut sama disamping Lin Jingyuan. Lin Di semakin tersenyum senang melihat telatah comel Puteri Kelimanya itu.
"Abang Sulung, tolong saya", bisik Lin Jingyuan perlahan kearah Lin Ting.
Namun Lin Ting hanya tersenyum nipis sahaja.
Tidak lama kemudian, Lin Di mula mengajukan pertanyaannya kepada Lin Jingyuan. Sebenarnya soalan yang diberikan itu hanyalah soalan yang mudah sahaja tapi mungkin disebabkan takut maka Lin Jingyuan melupakannya.
YOU ARE READING
Villainess Want To Turn Over A New Leaf ( versi bahasa melayu )
RomanceLin Feilu terkenal dengan sikap kejamnya dan suka berpura pura. Namun ketika dia menyambut hari jadinya yang ke 27, Lin Feilu telah mengalami kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Jiwanya yang telah meninggal dunia itu secara misterius kembali...