𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 𝟏

2K 35 0
                                    

Aku masih terkontang-kanting dalam fikiran yang gelap ini. Tiada siapa datang membantu dan tiada siapa yang rela membantu. Kecuali 'Dia'.

Peristiwa yang berlaku 9 tahun yang lepas, peristiwa yang tidak akan pernah dilupakan. Aku berdiri di pesisir pantai, menikmati udara pantai yang kian nyaman dan tenang.

Ketika itulah aku melihat 'Dia' sedang berlari dari di kejar anjing. Atau sebaliknya, anjing dikejari dia. Dia berlari sambil membawa sebatang kayu dan menjerit. "Lepas kan selipar saya tuu!"

Dengan kaki ayamnya, dia berlari untuk mendapat semula kembali selipar itu. Aku hanya berdiri di situ tidak berkata. Tiba-tiba, dia ternampak aku dan berlari datang mendekati. "Awak...awak boleh tolong saya tak?"

Suara dia tercungap-cungap kepenatan. Berapa lama agaknya dia kejar anjing tu. "Help you with what?" Aku menyilangkan tangan ke dada. "Tolong saya tangkap anjing tu, selipar saya kene curi" Dia membuat muka yang masam seperti cuka.

"Well even if you get your sliper,you still can't wear it right?" Aku meneliti perempuan yang berbalut kemas dari atas sampai bawah. Memakai selendang hitam yang menaikkan seri mukanya. Pelik tapi betul.

"Ala nanti saya samak, tolong boleh? Saya nak balik macam mana selipar tak ada?" Dia membuat muka yang merayu. Ingat comel la tu? Tch. "If I do help you, what will i get? Hmm? Apa yang kau boleh bagi dekat aku?"

Dia meletakkan jari ke dagu tanda berfikir. "Hurmm, dapat pahala?" Pandai, pandai. Dia membulat-bulatkan mata selepas melihat wajah aku yang tiada reaksi.

"Please? Nanti anjing tu makin lari jauh kalau kita lama-lama kat sini..." Jari halusnya menunjuk ke arah anjing yang sedikit jauh dari tempat kami berada. "Aku boleh tolong, tapi dengan satu syarat"

Mata bulat dia bersinar-sinar. "Apa dia, apa dia?" Aku mengoyakkan satu senyuman yang cukup sinis. "Whenever I need you, you have to come" Dia berfikir sejenak dan ingin berlalu pergi. Tidak sempat dia pergi, aku menahan dia dan berdiri di hadapan.

"Wait, where are you going?" Dia mengeluh. "Saya ambik sendiri ajelah kalau macam tu" bibirnya juih ke depan, merajuk. "Okay-okay, I'll get for you. Stay here" Selang beberapa minit, aku datang kembali membawa selipar dia di tangan.

"Here you go" Dia memegang selipar itu menggunakan kayu. "Terima kasih, saya balik dulu" Laju je nak lari dia ni. "Wait, what's your name?" Langkah terhenti seketika.

"Neldea" Dia berpusing ke arah aku. "Is your name Neldea only? No other name?" Dia diam. "Tak apa kot tahu banyak tu je. Awak nama apa?"

"Rafael" Dia jawab satu kerat, aku jawab satu kerat. Setelah melihat dia berlalu pergi, hati aku tetiba rasa berbunga. Perasaan apakah ini? Adakah ini kerana melihat wajahnya atau melihat perangai merajuk dia? Yang pasti, aku menyukai perasaan ini.

☾ ✵ ☽

Keesokan harinya, aku dikejutkan oleh suara pertengkaran mama dan ayah di ruang tamu. Betapa kuatnya mereka bertengkar hingga boleh didengari dari tingkat dua. Aku meraup wajah sambil mengeluh.

Haih, bangun-bangun pagi kene hadap benda macam ni. Dia orang tak stress ke? Aku bangun dari katil dan bersiap untuk hari pertama di sekolah baru. Tidak terkira beberapa banyak kali aku pindah sekolah.

Ada dua sebab sahaja. Pertama, aku buat masalah. Dua, scandal ayah terkantoi oleh mama. Pertengkaran tadi mungkin disebabkan perempuan simpanan ayah. Aku pergi ke ruang tamu, melihat mama sedang menundukkan kepala.

His Angel | CWhere stories live. Discover now