𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟒𝟔

49 1 0
                                    

Selama beberapa hari kami di New York, semua benda berjalan dengan lancar. Dan sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur, mama mengajak untuk bermalam di rumah mereka sempena tahun baru. Sampai di rumah mama dan ayah kami disambut dengan suara seorang bayi yang kuat.

"Anak abang Xavier ke tu?" Aku berjalan beriringan bersama Rafael. Kami sedang berdiri di depan muka pintu rumah. "Tak tahulah sayang. Hari ni semua adik beradik abang ada. Maybe anak Xavier ataupun anak Zayn" Aku angguk dan menekan loceng pintu. Tidak sampai sesaat, pintu dibuka dari dalam.

Ada kepala yang menonjol keluar sebelum pintu dibuka sepenuhnya. "Aaa!" Airisa berlari keluar dari pintu rumah. Nasib aku sempat capai dia. "Ehh nak pergi mana tu Risa!" Xavier mengejar Airisa sambil berlari anak. Aku mendokong Airisa dan masuk ke dalam rumah. Rafael mengunci pintu rumah supaya Airisa tidak boleh membuka pintu lagi.

Aku meletakkan Airisa ke atas sofa dan bersalaman dengan mama dan ayah yang berada di sofa itu. "Macam mana honeymoon? Seronok tak?" Ayah menyoal Rafael sambil menepuk belakang dia. Dia hanya mampu angguk. "So, is there any chance that we might get another grandchildren?" Aku yang sedang sebuk bermain dengan Airisa terbatuk.

"Apa dia mama?" Membulat mataku. Bukan tidak sangka soalan sebegini tetapi tidak sedia lagi untuk mendengarnya. "A Raf's junior or a Neldea's junior. Both would be fine either way" Mama tersenyum sambil menggosok-gosok tangan aku. Senyuman dia serupa seperti Rafael ketika ada benda yang dimahukan. Aku membalas senyuman mama dan ketawa halus.

"Mama ni, biar la dulu dia orang enjoy hidup" Akak Zulaikha, isteri Abang Zayn datang dan duduk di sampingku. Anak yang baru dilahirkan berada di dalam pegangan. Aku mencari muka Rafael yang sedang tersenyum. "It's fine. I'm always ready to have one whenever. I'll just wait for Haniy's decision" Dia bangun dan menarik tangan aku untuk beredar dari ruang tamu.

Waktu makan malam, Rafael dan Xachary duduk bertentangan. Aku yang berada di sebelah dia rasa macam akan ada pertempuran yang bakal berlaku. "Ehem" Ayah berdehem dan mereka berpaling dari merenung mata masing-masing. "Michael ada cerita dekat ayah yang waktu kau orang berdua kat New York ada benda berlaku. Apa dia?" Aku melihat Rafael sedang meneguk air liur.

Kalau salah jawab, lain jadinya nanti. "Ada terserempak dengan kawan lama Neldea aje ayah. Tak ada pape lah" Aku memegang tangan Rafael yang berada di bawah meja. Ayah mencerunkan mata ke arah aku dan Rafael sebelum angguk. "Okay" Sepatah sahaja. Selepas itu, kami sambung makan. Airisa tiba-tiba berdiri di sebelahku dan memegang kaki. "Up!" Aku mengangkat Airisa lalu letak ke atas peha.

"She really seems to like you huh. Apa kata kau orang berdua jaga Airisa kejap? Abang Xavier ada kerja kursus. Boleh?" Xavier melihat gelagata aku melayan Airisa dengan mesra. Aku memandang Rafael. Dia angguk. "Okay. Tapi barang-baranv Airisa ni?" Xavier tunjuk ke arah ruang tamu. "Semua dah ada dekat situ"

Aku menyuap Airisa sup cendawan. "Oh ye. Abang, esok kita pergi melawat ibu dengan papa boleh?" Semua mata tertumpu ke aku. "Kalau kita orang nak ikut sekali boleh Neldea? Ayah nak jenguk jugak parents anak ayah ni" Oh talking about that. Aku pun tak pernah lagi bawa keluarga Rafael ke kubur ibu papa. Dengan Rafael pun hanya sekali. Selepas kami sudah berkahwin.

"Boleh, boleh" Aku senyum ke ayah dan dia membalas senyuman tu. Tiba jari aku dihisap oleh Airisa. "Ehh!" Laju aku merentap jari yang ada di dalam mulut dia. "Nak susu tu. Kejap tau Risa" Xavier bangun dan pergi membuat susu Airisa. "Memang kalau baby nak susu dia hisap jari orang eh?" Aku menyoal Rafael. Dia menjongket bahu dan geleng kepala.

"Abang pun tak tahu sayang. Kena ada anak baru tahu" Aku mencubit manja lengan dia. Beberapa minit kemudian, Xavier datang membawa botol susu Airisa. Selepas makan malam, semua orang berkumpul di ruang tamu. Kecuali Xavier yang sedang tidurkan Airisa. "Airisa tu kan, anak siapa?" Aku berbisik ke telinga Rafael.

"Kalau tak silap abang, tu anak kawan dia. Tak tahu kenapa dia yang jaga. Sebab setahu abang kawan dia hidup lagi. Sihat walafiat lagi" Aku angguk dan melihat Zayn yang asyik memandang aku. "Kenapa ye Abang Zayn?" Dia menggeleng dan tersenyum. "Nothing Neldea. If I'm correct she's the target off..." Zayn bercakap dengan diri sendiri sebelum dia pergi ke biliknya.

☾ ✵ ☽

Pada esok pagi, aku dan Rafael sudah siap untuk pergi ke tanah perkuburan. Mama dan ayah tidak jadi untuk pergi kerana ada hal yang berlaku. Abang Zayn dan Akak Zulaikha pula perlu pergi temu janji anak mereka. Untuk yang dua orang lagi, Rafael melarang mereka. Kerana akan jadi huru hara. Itu yang apa diperkatakan. Aku tak pasti betul ataupun tidak.

"Apa perasaan abang untuk jumpa ibu dan papa?" Aku melihat Rafael yang sedang memandu kereta. "Hmm nervous? Lepastu bahagia. Kalau sayang pula?" Aku menundukkan wajah dan bermain dengan jemari. "Maybe akan sedih. Tapi sebab abang ada dekat sisi sayang jadi taklah berasa sedih mana. Tapi kan abang, siapa Nuqman Uqael yang Jayce sebut tu?"

Aku melarik mata ke tepi dan melihat badma Rafael mengeras. "My cousin. Dia orang bawahan abang sekarang sebab datuk aturkan. Well, if he takes me down he'll obviously get a hold of Doom completely. Ayah dia dulu pengkhianat keluarga. Abang dah agak dia mesti sama macam ayah sendiri. Tapi kan, sekarang. Susah betul abang nak berhubung dengan Andrea. Kalau tanya Uncle Louis pun dia tak tahu"

Aku angguk lalu menegakkan badan. "Andrea tahu ke yang abang jadi ketua Doom tu?" Rafael menggeleng berkali-kali. "Abang tak sempat nak bagitahu. Sebab lepas datuk cakap, Andrea jadi jauh... Oh..."Aku memandang Rafael untuk penerangan yang lebih lanjut. Tangan dia menekup mulut. "..Dia dengar..." Aku menjadi hairan. Okay dia dengar? Jadi bukan ke dia patut jauh dari Nuqman instead of Rafael?

"Dia selalu cakap yang one day dia nak bekerja direct bawah datuk. Tapi abang cantas angan-angan dia. Abang lupa pasal tu" Aku angguk. Rafael seperti sedang berfikir panjang. "Abang, okay tak ni?" Dia angguk dan menkucup tangan aku. "I'm fine honey. Everything is fine"

Sampai sahaja di sana, aku mengambil kerusi yang tersedia dan melabuhkan punggung. Bacaan Yaseen dibaca dengan air botol yang terbuka. Kubur ibu dan papa bersebelahan jadi kami duduk di tengah-tengah. Sambil membaca Yaseen, mata aku jatuh ke satu susuk badan. "Aisaar?" Rafael mengangkat kepala dan melihat Aisaar.

"Ohh so tu la doctor yang paksa isteri abang pergi dinner. Buat apa dekat sini?" Aku mengangkat bahu. Setelah selesai membaca surah Yaseen, aku pergi ke arah Aisaar. "Awak buat melawat kubur mak awak ke?" Bahu dia terhenjut sedikit sebelum menolehkan kepala ke belakang. Mata dia kelihatan lega melihat aku tetapi ketika pandangan dia beralih ke Rafael, serta merta mata dia menjadi beku.

Dia angguk dan kembali memandang ke depan. Aku melihat Rafael yang memandang pelik. "Abang ada buat pape ke sayang?" Dia tunduk sedikit dan berbisik ke telingaku. Rafael menarik tanganku supaya meninggalkan Aisaar sendirian.

"Ma, you see that guy just now? Dia anak lelaki jantan tu dengan Vanessa Karsci. Bahagia kan hidup dia ma tengok. Tapi mak, sanggup gadai nyawa sendiri sebab cinta yang tak berbalas. Dia bukan ayah Aisaar pun. Tapi kenapa mak. Kenapa tinggalkan Aisaar sorang-sorang dekat dunia ni?" Air mata gugur. "Tapi isteri dia cantikkan? Baik, prihatin. Tapi tulah, dia cinta akan orang lain"

"But come on, this is Aisaar Qazeem. I'll get whatever I want. Whether she like it or not!" Aisaar mengempal kedua belah penumbuk dan bangun, tinggalkan tanah perkuburan itu. Anak yang ditinggalkan kedua ibu bapa. "How ironic, her life patern and mine is almost the same. But I still couldn't get her" Dia tertawa pada diri sendiri.

His Angel | CWhere stories live. Discover now