𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟔𝟕

68 2 0
                                    

Bunyi ledakan bom yang kuat datan dari hutan belukar di belakang rumah. Someone just entered a trap~ Aku berjalan ke arah bunyi bom dengan beberapa orang di belakang. Satu mangsa ditemui sudah rentung. "Prepare a proper burial for this corpse" Semakin jauh berjalan ke dalam hutan, semakin banyak mayat ditemui. Ada yang datang daripada kumpulan aku sendiri.

Berjalan sehingga ke satu kilang usang yang pernah menjadi tempat drugs dealing. Pintu kilang dikuak buka dan beberapa das tembakan dihala ke pintu kilang. Mujurlah pintu dibuka dari tepi jadi tiada yang terkorban. Kami masuk ke dalam setelah membaling bom gas. Pemandangan agak terganggu untuk diri sendiri.

Aku akan naik ke tingkat dua kilang ini bersama Azriel setelah dia sampai. Buat masa sekarang, hancurkan bakian alat penghasilan dadah yang ada. Setelah 30 minit berlalu, Azriel menarik aku untuk naik kerana dia dapat melihat Jayce di tingkat dua ketika berlari ke sini. Di tingkat dua hanya ada dua bilik dan satu pintu yang tuju ke ruang terbuka.

Antara ketiga-tiga pintu ini, kena pandai pilih kerana Azriel hanya nampak Jayce berjalan di ruang kosong. Tidak tahu masuk ke bilik yang mana. Luck. Boleh jadi dua bilik perangkap dan satu bilik di mana dia berada. Ataupun, tiga-tiga perangkap dan dia berada di tempat lain. "Shall we ask others to check the room? It's most likely to be a bet" Aku geleng kepala.

Sudah ramai yang mati hanya kerana ego aku. Let me be my own sacrifice. Azriel berjalan ke sebuah pintu kerana aku tidak beranjak sedikit pun. "Ehh Azriel! Kau gila apa?!" Tangan dia ditarik. "What? What's the best solution that we got? None. Just let me enter first" Tangan direntap dan dia terus membuka pintu. Terdapat dua orang yang sedang terikat di sebuah kerusi.

Bom dilekat pada tubuh badan mereka. "Look, a note" Azriel mengambil nota yang ada di atas lantai. Dua orang itu disarungkan beg hitam di atas kepala. 'You can only choose one. Think wisely. The time is ticking my dear niece' Tulisan Jayce. Aku mencabut kedua-dua beg hitam. Doktor Raiyan! Serta Abang Kai! Azriel memandang aku dan mereka.

"Your employer or your adoptive brother" Kata-kata Azriel membawa aku ke realiti setelah terpinga-pinga untuk memilih siapa. "Azriel, try to decode the bom. I know damn well that this is one of your creation" Rambut dia dikusutkan setelah dua minit memeriksa bom itu. "That bastard change this. There's no way to save both of them. I need to cut this wire but the thing is.."

Azriel tunjukkan wayar yang bersambung dengan tangan Doktor Raiyan dan kaki Abang Kai. Dua bahagian tubuh badan yang penting bagi mereka. Potong satu wayar, satu lagi akan terkorban. Kalau potong dua-dua, semua akan terkorban. "Neldea, selamatkan laki sebelah Abang Kai ni. Dia ada anak bini. Abang tak ada apa-apa" Abang Kai mendongak dan pandang aku.

Doktor Raiyan pula menggeleng dan suruh buat sebaliknya. "Abang Kai, ibu dengan Raden macam mana?" Dia senyum dan menggeleng kepala. "Dia orang okay je Neldea. Abang Kai kena culik waktu dekat tempat kerja. Ibu dan Raden dah ada dekat kawan Abang Kai. They're a trained mercenary" Aku menghela nafas lega tetapi masalah masih belum selesai.

Wayar yang berada di tangan Doktor Raiyan sedikit longgar dan berada di bahagian pergelangan tangan. Aku memandang Azriel. Idea yang sama tercetus di fikiran. "Doktor, saya nak tanya doktor sesuatu boleh?" Dia angguk dan melihat aku dengan muka yang risau. "Doktor suka Abang Kai tak?" Dia jadi terpinga-pinga dan Prak! Tangan Doktor Raiyan dipatahkan.

"ARGHH!" Mulut dia terus ditekup Azriel dan wayar di cabut dari tangannya. Doktor Raiyan menggigit bajunya menahan kesakitan. Sekarang giliran Abang Kai pula. Dia sudah bersedia untuk menendang Azriel selepas melihat apa yang berlaku. "Don't fret. This wouldn't hurt. Macam kena gigit semut je" Wayar dipotong dan terus di lempar keluar. Bom! Bunyi letupan yang sangat kuat.

His Angel | CWhere stories live. Discover now