𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 𝟏𝟎

232 6 0
                                    

Aku bangun dari tidur dan berharap apa yang berlaku malam hari hanyalah sebuah mimpi sahaja. Tetapi apakah daya, tiba di sekolah tempat Neldea kosong. Nak kata dia lambat, aku sengaja datang lewat supaya dia tahan.

"Ai, lambat Neldea datang hari ni? Ibu dia tak ada kata pape dekat kau ke Tengku?" Luthfi berdiri di sebelah aku dengan mencengkak pinggang. Apa-apa kaitan dengan Neldea pasti semua cari aku.

Selalu sangat dah tengok aku bersama dia. "Ibu dia tak ada kate pape pun. Aku tak tahulah Luthfi" Aku pula merenung ke luar tingkap. Perkara yang biasa Neldea lakukan.

Rindunya dia. Baru dua hari aku tak jumpa dia. Aku mengeluh dan Luthfi yang hanya tercegat dekat situ memandang dengan pelik.

"Kau asal ni? Macam mati bini aje aku tengok. Asal weh?" Luthfi menepuk bahuku dengan kuat. "Nothing, just leave me alone" Luthfi berkerut kening dan pergi ke tempat duduknya.

Ketika waktu pembelajaran bermula, aku seperti tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya. Fikiran aku mesti akan tertumpu pada Neldea. Bagaimanalah dia sekarang? Dimanalah dia?

Aku mendagu dan mengeluh. Haniy oh Haniy.. Aku rindu kau. Dagu aku tersentak ke meja apabila cikgu mengalih tanganku. "Tengku, focus on the lesson. If you stare out there and you learn something then I don't mind"

Aku tersentak dan memandang ke hadapan. Waktu rehat, Luthfi datang dan duduk di sisi aku. "Kau ni kenapa Tengku? Tak nak cerita dengan aku ke? Daripada termenung macam tu, baik kau ikut aku pergi makan "

Aku ditarik ke kantin. Sambil makan, Luthfi merenung aku dengan tajam. "You shouldn't stare at someone like that. Let him eat in peace" Xishu berbunyi ketika tidak tahan melihat renungan Luthfi.

"Ish kau ni, aku tengah nak see through him. Kau tak akan faham Xishu" Luthfi menggeleng dan masih termenung aku. "Aku tak akan faham fikiran orang pendek macam kau ni"

Luthfi beralih pandangan ke Xishu. Xishu menghiraukan jelingan yang dibaling-baling Luthfi. "Hiraukan Luthfi ni. Banyak hal budak macam ni" Xishu makin membara-barakan batu api Luthfi. Adding fuel to the fire.

"Kau ni tak boleh ke cakap benda baik pasal aku? Ha?" Xishu menggeleng. Kelakar telatah dua orang ni. "Aku menganjing kau, Tengku seronok. So it's like killing two birds with one stone" Luthfi memandang aku.

Kau gelak?! Apa yang dia mahu katakan tapi takut. Nanti kalau gaduh pun, aku juga menang. "Brilliant Xishu. Kau ada dengar apa-apa pasal Neldea tak?" Aku cuba menanya Xishu, manalah tahu takut Neldea bagitahu dekat An Ran.

"Nothing, why are you asking me that question? Shouldn't I be asking that to you? Aku tak serapat kau" aku menghela nafas dalam-dalam.

Kalau aku tahu, aku tak akan tanya kau. "I know nothing about her right now" Xishu menggeleng kerana dia juga tidak menghubungi Neldea sekerap aku.

"Tengku, Nel ada chat kau tak?" An Ran tiba berdiri di belakang aku dan menjerkah. Aku mengeras seketika sebelum menggeleng kepala. "Nope, why? She didn't text you too?"

An Ran menggaru kepala. "Ish, kenapa tiba senyap aje dia ni? Aku call dia pun tak angkat. Chat pun sama. Mana pulak menghilang si Nel nii" An Ran seperti mengeluh stress.

Kalau dia tak chat aku tahu dah sebab apa tapi An Ran pun? Apa yang sebenarnya dah berlaku? Selepas pulang dari sekolah, aku bergesa-gesa ke rumah Neldea.

His Angel | CWhere stories live. Discover now