𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟓𝟏

74 3 0
                                    

Aku berada di tempat yang gelap. Tiada penghujung ataupun jalan. Yang ada hanyalah bunyi pergaduhan. Tiba-tiba, ada cahaya kereta yang datang mendekati aku dan tembus badanku. Suara pergaduhan menjadi diam dan bertukar kepada gelakan. "Ah, we finally get rid of them. Our older brother is such a nuisance"

Darah mengalir dari seluruh tubuhku. Kemudian, sebijik kereta serta dua orang berada di hadapan aku. Kaki berjalan ke arah mereka. Semakin dekat semakin kuat bunyi gelakan. Kaki aku terhenti setelah melihat muka dua orang yang berada di dalam kereta itu.

"Ibu, papa?" Mereka keluar dari kereta dan berdiri di hadapan. Darah berlumuran di tubuh badan. Mereka tersenyum. "Haniya rindu ibu dengan papa tak?" Ibu mendekati aku dan mencapai tangan. Papa pula berdiri bersebelahan ibu. Tangan papa naik menggosok belakang aku.

"Kalau Haniya rindu kita orang, Haniya tak boleh sedih tau. Anak papa ni kan baik. Haniya jangan putus asa tahu. Haniya kuat, papa tahu. Jadi Haniya jangan dahlah nak balas dendam apa-apa dah ye. Haniya hiduplah dengan kehidupan yang tenang. Haniya kan bakal jadi mommy"

"Anak ibu dan papa ni jangan fikirkan pasal kita orang dah tahu. Kita orang okay je dekat sini" Air mata aku dikesat dengan jari ibu yang mulus. Mereka tiba-tiba kelihatan bersih sangat. "Haniy, Haniy! Haniy bangun sayang!" Suara yang samar-samar memanggil namaku.

"Tengok tu, suami Haniya pun risau. Ingat Haniya, Haniya tak seorang. Ramai yang risaukan, sayangkan Haniya. Jadi Haniya tak payah nak fikir dah tau pasal apa yang berlaku dulu. Biar yang lepas. Fokus masa sekarang. Fokus keluarga Haniya. We're already dead so even if you do all those things, it wouldn't even revive us"

Ibu dan papa memeluk aku dengan erat sekali. Papa tiba-tiba menolak aku dan aku jatuh ke dalam kegelapan sambil melehat mereka yang tersenyum. Seraya itu, aku terbangun dari mimpi dengan muka yang berpeluh dan badan yang lencun. "Sayang!" Rafael memeluk tubuhku dan memeriksa aku.

"Abang risau tau. Tengok sayang tiba meracau sambil sebut ibu papa. Sayang jangan buat abang risau macam ni" Rafael berbisik lembut di telingaku. Tubuhku masih berada di dalam pelukannya. "Sayang jangan fikir nak tinggalkan abang tahu. Abang tak kuat" Kepala aku diusap dan berkali-kali dicium.

Tangan aku mahu naik membalas pelukan dia tetapi berhenti. Macam-macam dia luahkan kepada aku. Kami berada di posisi itu selama 10 minit sebelum dia leraikan dan mengangkat aku untuk mandi. "Freshen up your body. Abang tunggu kat luar. Apa-apa panggil abang" Kata-kata sebelum pintu ditutup rapat.

Aku memerhati diri di cermin. Mengingati apa yang Aisaar buat pada malam itu. Dia menarik ke dalam sebuah hotel dan menolak aku ke katil. Tangan diikat dan dia menekan kuat pada bahagian perutku. "Remember this Neldea if I see you out with Rafael, the same thing will happen again"

"Or even worse. I love you so much Neldea. If I can't have you. No one can" Selepas itu, aku tidak ingin mengingati. Yang pasti tiada benda yang lebih teruk berlaku kecuali ciuman. Usai mandi, Rafael sedang berdiri di luar dengan tidak berbaju. Hanya berseluar.

"Ai bang, tahulah body tu lawa. Tak payahlah nak show off sangat" Aku berdiri di belakang dia sambil bercekak pinggang. Rafael berpusing dan menyandar di penghadang. "Burung aje yang boleh tengok body abang ni sayang. Kan ada divider ni" Aku muncung mulut. "Kalau tiba nak dibuat cita ada orang cuba-cuba intai? Ha, ha"

Rafael tertawa dan masuk ke dalam. Pintu dikunci dan dia menarik aku ke dalam pelukan. "I can't even figure out sometimes about what's going on in that big mind of yours" Jari dia diletakkan ke bawah daguku dan mengangkat muka aku. Rambut dia jatuh dan menutupi matanya. Aku mengalihkan rambut itu.

His Angel | CWhere stories live. Discover now