𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟐𝟗

86 2 0
                                    

Pada malam itu, aku tidur dengan nyenyak dek ditemani nenek Rafael. Agak malu tapi kalau nama lagi dah takut hilang rasa malu tu. Aku tidur di salah satu bilik tetamu yang kosong.

Bangun aje dari tidur yang lena, ada sepasang dress berwarna putih kebiruan yang disangkutkan di almari besar bilik itu. Mata digosok dulu dan aku duduk regangkan badan.

Nenek dia pergi selepas memastikan aku tidur lena. Aku jalan ke arah baju itu yang disediakan dengan sehelai selendang berwarna putih. Kasut juga sudah disediakan. Ada satu nota yang terselit di baju itu.

'Wear this and come downstairs. There's also makeups on the vanity table for you. Give your best look. But save some for our wedding. See you soon Honey'

Aku tergelak melihat nota ini. Banyak betul preparation dia. Haihh Rafael, Rafael. Macam-macam. Aku senyum dan menelek baju itu. Sulaman bunga yang kemas dan cantik. Pandai dia pilih.

Aku bergegas siapkan diri dan menyarung baju itu. Tudung digayakan dengan elok dan makeup yang cantik. Ada sekotak perfume yang aku selalu pakai terletak di atas meja. Ini macam dah lebih aje. Lantaklah.

Aku sembur perfume itu dan turun ke ruang tamu. Berbunyi tapak kasut tumit tinggi sewaktu aku menuruni tangga. Sampai di anak tangga paling bawah, ada bibik yang sedang tunggu ketibaan aku.

"Miss, please wear this blindfold and follow me" Dia menghulurkan kain putih untuk aku pakai ke mata. Surprise apa agaknya yang Rafael sudah siapkan. Aku ikut bibik tu sambil memegang tangannya.

Sampai di suatu tempat, aku ditinggalkan. Perlahan pelitup mata dibuka. Pop! Bunyi bom konfeti diletupkan. "Surprise!" Suara beberapa orang mensorakkan aku. Ada Rafael, datuk dan neneknya serta beberapa orang rumah ini. Andrea juga ada.

Tetapi yang mengejutkan aku adalah kehadiran Helmi, Raymond serta Leonce. "Ehh kenapa kau orang ada kat sini jugak?" Mereka memandang Rafael yang sedang senyum dengan lebar sekali.

"Aku ajak, pagi-pagi lagi aku suruh anak buah aku pergi culik tiga orang ni. Nasib tak protest mana" Ouh patutlah muka masing-masing masam semacam. Kelakarlah. Rafael jalan mendekati aku sambil membawa sebijik kek.

"Happy birthday to you Haniy. You look incredibly beautiful today! Go on, blow on the cake!" Rafael menghulur kek kepada aku lalu lilin ditiup. Rasa terharu kerana dia ingat tarikh lahir aku. Aku berada di taman bunga rumah ini dan ia dihiasi mengikut team biru.

Warna kegemaran aku. "Awak tak rasa ke macam banyak sangat dah awak buat untuk saya?" Dia mengangkat sebelah bahu. "Apa salahnya? Sekali sekala sambut hari lahir kau. This is normal Haniy"

Normal, hmm normal. Dengan bunga pun banyak warna biru. Normal. Aku dijemput duduk di sebuah meja yang besar. Kek dipotong dan Rafael merakam semua benda yang berlaku. Selepas siap kek dipotong, makanan pula dijamu.

"Makan ni, si Rafael tu masak" Helmi tolak pinggan yang ada ayam buttermilk ke depan aku. Aku memandang Rafael yang cuba mengelak dari dipandang. Pandai juga dia masak rupanya.

Seketul ayam disuap ke dalam mulut. Uish, sedap jugak! Aku mengangkat ibu jari ke arah Rafael. Good job! Usai makan, aku bersandar di kerusi. Kalau aku timbang berat lepas balik dari sini, ada naik 5 kilogram.

"Memang saya rasa datang sini untuk naikkan badan la" Rafael yang duduk di sebelah aku tergelak. "Tak ape. Kalau naik nanti mesti kau comel. Aku suka benda comel-comel ni. Lagi-lagi kau" Ghisauu. Aku bangun dan menepuk dress bahagian belakang.

His Angel | CWhere stories live. Discover now