Setelah daripada kejadian itu, aku akhirnya pulang ke Malaysia bersama Xachary. Tetapi siapa sangka, lepas dari penerbangan ke Malaysia. Aku menempah tiket ke Monaco.
Aku tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini. Selagi boleh lari, kita lari. Aku memutuskan untuk mengobat hati yang sakit ini. Lari dari perkahwinan dan menetap jauh di Monaco.
Dalam kapal terbang, telefon aku berdering. Aku melihat nombor ayah di skrin telefon. Teragak-agak untuk menjawab panggilan itu. Akhirnya aku meletakkan telefon ke telinga.
"Where are you going Raf!? Apa maksud Xachary yang kamu nak lari dari perkahwinan ni?" Aku mengeluh nafas. Dulu, ada orang tu kata anak dia yang ini tidak berguna.
Biarkan ajelah aku nak pergi mana pun. "Yes, I'm running away from this marriage. I don't approve it!" Aku menamatkan panggilan dan menekan ikon blok pada nombor ayah.
Aku nekad sudah. Aku akan duduk di Monaco. Kerja yang Uncle Louis beri kepada aku sudah aku tukar tangan. Aku menyerahkan projek itu ke Xishu sebagai hadiah perkahwinan.
Kata-katanya masih tersemat di hati. "Hadiah keparat kau Tengku! I don't want this! Take this work back!" Sudah lama tidak tengok dia naik angin. Asyik buat aku aje naik angin kerja dia.
Aku memejamkan mata dan teringat akan Amour dan anak cucu dia yang di tinggalkan. Akulah yang paling tak nak dia tinggal diriku, tetapi aku yang meninggalkan dia. Minta maaf L'amoureux.
Aku mencelik mata dan melihat loket yang mama beri kepadaku. Simbol keluarga Karsci terpahat di loket itu. Loket ini biasa digunakan untuk masuk ke dalam rumah agam Karsci.
Atau yang betulnya, rumah the origin of Karsci. Rumah yang agak sulit untuk masuk dan hanya beberapa sahaja yang dibenarkan. Sesiapa yang mempunyai loket ini dikira orang paling kuat dalam Karsci.
Loket ini diberi oleh bapa mama ketika mama kecil. Jika aku masuk ke rumah itu, automatik aku akan jadi tumpuan ramai keluarga Karsci dan keluarga kongsi gelap yang lain.
Jadi, aku memilih untuk menyimpan loket ini dan tidak akan sama sekali menggunanya. Bahaya. Dalam perjalanan ke Monaco, aku teringat akan mesej terakhir Honey sebelum kami tidak berhubung kembali.
True love is always worth the wait.
Itu sahaja yang dia hantar. Aku ada juga bercerita tentang Neldea Haniya kepada dia. Dan pada hari itu, aku berkata yang aku tidak mahu menunggu sudah.
Tiba terdetik sesuatu, adakah apa yang aku lakukan ini bagus. Surat yang aku terima pada malam itu terkeluar dari beg galas aku. Apa yang dimaksudkan penulis ini?
Terlalu banyak perkara yang aku tidak tahu. Tetapi aku dapat tahu satu perkara tentang bakal isteriku. Seorang doktor pembedahan. Berumur lebih kurang dengan aku.
Nama dia ialah sebuah rahsia, cuma boleh dikenali sebagai Madam H. Itu sahaja perkara yang aku tahu tentang dia. Aku menyuruh orang bawahan aku mencari tetapi tiada hasil.
Aku merenung ke luar tingkap, this is the perk of booking a window plane ticket. Sebelah aku pula kosong. Nikmat nikmat. Aku memejam mata dan bersandar. Hope I've made the right decision.
Bahu tiba dicuit. Aku yang baru nak lena terpaksa membuka mata. "Yes, what's the problem?" Sedikit terkejut apabila melihat Helmi sedang senyum lebar dan duduk di sampingku.
YOU ARE READING
His Angel | C
Lãng mạn𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 -his pov 𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 -her pov Tengku Rafael, lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali. Berkahwin secara paksa. Sehabis boleh menolak perkahwinan itu berlaku. Tetapi, sudah ditakdirkan penjodohan mereka. Setelah...