𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 𝟏𝟒

159 7 0
                                    

Aku mencampakkan beg bimbit ke sofa yang berada di dalam pejabat dan melabuhkan punggung di kerusi. Baju aku yang tadi putih bertukar menjadi coklat sedikit kerana tertumpah air.

Semasa perjalanan ke kereta, aku belanggar dengan seseorang yang seperti  bergegas untuk pergi ke suatu tempat. Secara tidak sengaja air yang dibawa olehnya tertumpah ke baju aku.

"Ehh, sorry! Saya tak sengaja!" Dia menundukkan pandangan. Macam takut nak pandang aku pun ada. Kot yang dipakai seperti seorang doktor. Aku mengeluh dan meraup wajah. Nak marah tapi kesian tengok muka dia. Tapi baju aku ni? Haih..

"It's fine, lain kali tengok jalan. Saya pergi dulu" Dia tersenyum dan mengeluarkan beg dompet. Nak buat apa pula tu? "Ni duit untuk dobby baju awak tu. Saya betul-betul minta maaf ye"

Dia menghulurkan duit itu dan lari anak-anak. Aku terpinga-pinga. "Ehh awak, saya tak nak duit ni!" Aku cuba memanggil dia tapi dia hanya berpusing memandang aku dan melambai.

"Ambil aje!" Dia senyum dan berlalu pergi. Dia memasuki hospital yang besar. Hospital Arsyah. Setahu aku, hospital inilah yang papa Michael diwadkan. Nak ke tak cari doktor yang Michael cerita eh?

Aku menggeleng dan sambung pergi ke parkir kereta. "Aku ada baju spare tak dalam kereta ni? Rasa macam mama ada letak" Aku geledah kereta itu dari dalam sampai luar. Dahlah, balik ajelah pejabat macam begini pun.

Sambil melakar bangunan untuk Raymond, daun pintu bilik diketuk. Mula satu ketukan, lepastu dua. Kemudian berkali-kali daun pintu diketuk. Aku mengenali cara ketukan itu

"Eh masuk ajelah. Hancur pintu aku tu nanti Xishu!" Perlahan daun pintu dikuak dan dia masuk dengan muka yang tak bersalah. "Biar hancur, senang tak payah nak ketuk-ketuk dah. Terjah masuk aje"

Dia menghampiri aku dengan membawa satu beg kertas. Dia mengeluarkan baju dari dalam beg itu dan diletak atas meja aku. "Baju apa ni? Kau beli ke?" Dia mengangkat bahu.

"It just appear infront of me. Ada orang suruh bagi dekat kau. Aku tak tahu siapa" Xishu melihat baju aku yang tertumpah air kopi.

"Tu baju tu kenapa? Mulut kau bocor ke sampai ke baju kena" Aku merenung baju yang terletak di meja. Tak mungkin perempuan tadi? Baru aje jumpa tak kenal itu ini tiba bagi baju. Aish, musykil-musykil.

"Ada orang tertumpah air dekat aku. Baju ni serious kau tak tahu siapa hantar? Kau ambillah, takut-takut stalker aku ke bagi" Dia menjelingkan mata. "Uncle kaulah bagi. Dia nampak kau masuk pejabat baju kotor"

Nasib Uncle Louis, kalau orang lain naik bulu roma aku. "Thanks, now you can go. Aku nak sambung buat kerja kejadah ni ha. Kalau aku dah pening, engineer nanti macam manalah"

Xishu gelak dengan kuat. "Ha funny story, Lutfhi nanti yang jadi engineer untuk projek kau. What a great match!" Dia memegang perut dan mengekas air dijuring mata.

"Dah lama aku tak jumpa dia. Dia kahwin dengan adik kau kan?" Xishu dengan serta merta berhenti ketawa. "Tolong jangan ingatkan aku pasal tu. Please. Stress nak kena hadap perangai dia orang"

Sebaik sahaja tamat SPM, Luthfi datang ke rumah Xishu dan masuk meminang An Ran. Nama Islam An Ran ialah Nur Aulia. Siapa boleh sangka mereka ada jodoh. Lagi-lagi si Xishu ni ha.

Dia yang paling menolak lamaran tu. Melebih-lebih. "Anyway, macam mana meeting dengan client tu? Okay tak? Ke ko?" Aku menggeleng.

His Angel | CWhere stories live. Discover now