Selepas Rafael pergi ke Monaco, masa aku pula untuk pergi ke Rome. Tetapi, Raden perlu selamat dulu sebelum aku pergi ke Italy. Raden dihantar ke rumah ibu kerana di rumah mama juga belum tentu selamat. "Neldea, jaga diri ye. Ibu tunggu Neldea datang. Ibu tak nak Neldea tinggalkan Raden. Tengku pun belum tahu dia balik bila. Jangan tinggalkan orang yang paling penting dalam hidup Neldea"
Itu pesan ibu sebelum aku tinggalkan Raden yang sedang tidur. Raden diletakkan ke atas katil dan aku mengusap kepala dia. Mukut didekatkan ke telinga Raden. "Mama minta maaf Raden. Nanti mama balik, mama cium Raden banyak-banyak ye sayang. I'll be missing you everday and night. Be a good boy for your grandma okay? My son is a smart child. Bye bye Tengku Haikal Raden"
Ibu memeluk aku dengan erat. Air mata mencurah keluar membasahi bahu aku. "Ibu sayang Neldea. Jangan buat apa yang ibu dan papa Neldea buat ye. Ibu tak sanggup tengok Raden juga membesar tanpa mak ayah. Tolong ye nak" Pipi aku diusap lembut. Aku mengelap air mata ibu yang masih mengalir. Kepala di angguk dan aku memeluk ibu sekali lagi sebelum keluar.
Azriel sudah tunggu diluar rumah sambil mengisap rokok. "Let's go" Abang Kai tiba-tiba muncul. Dia senyum pahit dan menarik aku ke dalam pelukan. "Jaga diri Neldea. Balik, jangan tak balik. Ada apa-apa Abang Kai call. Please come back safely" Aku angguk dan dia melepaskan aku. Azriel pula dijabat tangan.
"Ni la knight in shining armour tu? Handsome, handsome. Take care of Nelda okay?" Azriel senyum nipis. Abang Kai menepuk bahu Azriel berkali-kali. Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, aku dan Azriel masing-masing tidak mengeluarkan suara. Banyak persoalan yang ingin dilontarkan tapi dia akan jawab ke?
Skrin telefon bercahaya dan gambar Rafael serta Raden muncul di halaman depan. Mata Azriel memandang seketika sebelum aku mematikan telefon. "You love him so much huh" Soalan bodoh apakah ini? "Iye Azriel, kalau tak I tak jadi macam orang bodoh buat itu ini. Declare a war with Alessandra and propose Karsci's I wouldn't send a letter to him every year. Pretend to be another person while contacting him"
"I wouldn't also bear his seed in my stomach for 9 months if I don't love him. I wouldn't be so heartbroken when I saw him lying on the bed, thinking he would never wake up ever again. I wouldn't act so loving dovey with him. So please tell me, what had I done wrong for you to betray me Azriel?! What did I do wrong? Please, I'm begging you. Just where is my mistake cause if you don't point it out, I would never know"
Azriel menggenggam kuat stereng tetapi hanya kekal diam. Rahang dia diketap. Aku meraup wajah dan merendahkan seat. "Kejut waktu dah sampai" Kami tiba di lapangan terbang. Kapal terbang di naiki dan Azriel duduk di sebelah aku. Katanya takut ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Aku menempah tempat duduk di sebelah tingkap. Gambar di telefon ditenung lama.
"Azriel, satu soalan. Apa yang Jayce offer dekat kau? Apa yang dia bagi sampai kau boleh buang tanggungjawab yang aku tetapkan? Ke kau tak suka yang aku ni jadi ketua kau? Tell me" Aku menarik rahang Azriel supaya menghadap mukaku. "Rispondetemi!" Rahang dia dicengkam kuat. Dia hanya menatap mata aku tanpa menjawab apa-apa soalan. Apalah yang ada dalam kepala hotak dia sekarang ni?!
Buat CT scan nak cek kepala dia ni. Kalau tak tahu juga buat MRI scan. Lepastu aku ambil jelah scalple bedah nak senangkan kerja. Memang sampai ke sudah tak di jawab soalan aku macam ni! "Dah lah! Lantak kau la Azriel! Memang susah kan nak jawab. Kalau tak lepas jawab dengan jujur, tipu la sikit! Asalkan ada something yang keluar dari mulut kau!"
Rahang dia dilepaskan. Jeritan aku tadi tidak didengari kerana menempah first class yang jarak antara temapt duduk agak jauh. Penghadang dinaikkan. Kira-kira dalam 16 jam kemudian, kami tiba di Italy. Perjalanan yang penat dan letih. Habis lenguh badan. Kereta yang ditempah sudah berada di depan lapangan terbang Leonardo da Vinci–Fiumicino Airport.
YOU ARE READING
His Angel | C
Romantizm𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 -his pov 𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 -her pov Tengku Rafael, lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali. Berkahwin secara paksa. Sehabis boleh menolak perkahwinan itu berlaku. Tetapi, sudah ditakdirkan penjodohan mereka. Setelah...