𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 𝟑

380 19 0
                                    

Aku berbaring di atas katil sambil mengingati wajah Neldea yang jelas merah menyala selepas aku berkata begitu. Dia terus bangun dan berjalan ke arah air pantai untuk bermain dengan air buat seketika.

Walaupun dia cuba menahan mukanya yang jelas berbunga, aku masih boleh nampak dengan jelas. Aku tergelak halus mengingati kelakuan comel dia. Aku pulang dengan hati yang berasa banggan kerana dapat mencairkan hati si Neldea Haniya.

Comel-comel macam tu pun orang boleh kata garang. Rabun agaknya. Aku melarik mata ke jam dinding yang menunjukkan pukul 10 malam.

Telefon aku berdering buat seketika dan mati. Aku melihat peti suara untuk mengetahui siapa yang menelefon. Nama Neldea terpapar di skrin telefon.

Sebelum pulang dari sekolah tadi, aku meminta nombor telefon dia supaya senang untuk mengetahui info kelas. Tetapi, semestinya aku ada motif sendiri. "Baru je fikir pasal dia, muncul dah" Aku tersengeh-sengeh melihat nama dia di skrin telefon.

Tiba-tiba, pintu bilik aku diketuk. Daun pintu dikuak buka oleh mama. "Raf, sleep early okay? You have school tomorrow" Aku menundukkan kepala tanda faham. Sebelum mama mengkapit kembali pintu, dia sempat mengata sesuatu.

"Don't come to 'that room' again. There's nothing left in there except sorrow and bitterness" Mama tahu aku memasuki bilik melukis. Aku hanya diam membisu dan mama kembali mengkapitkan daun pintu.

"Haihh, why do they always fight? I'm the one who's stressed to see them fight every day" Aku meletakkan tangan ke muka. Setiap kali pergaduhan, mesti menjadi besar-besaran. Aku hairan dengan mereka. Tak penat ke gaduh selalu?

"Well atleast they still care about me. That's all that matter" Aku melutupi badan dengan selimut gebu dan memeluk satu patung haiwan yang pernah dihadiahkan kepada aku. Orang yang pernah menyelamatkan aku. Mon Ange.

Keesokan harinya, aku terasa badan ditindih sesuatu yang agak berat. Nafas aku tercungap-cungap. Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata dan pandangan aku dikejutkan dengan kehadiran kucing gemuk yang berbaring di dada.

Kucing gemuk kepunyaan abang angah aku, Rose ini memang suka tidur merata-rata. Kecuali tempat tidur khasnya. Aku menolak lembut Rose dan bangun untuk bersiap. Sebelum keluar rumah, aku masuk ke bilik abang angah aku iaitu Xavier.

Daun pintu dibuka, tapi tiada orang. Bilik dia tersusun rapi. Aku menjenguk kepala ke dalam namun masih tiada sesiapa. Aku meletakkan Rose ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik. Nak keluar, pandai-pandai diala.

Siapa suruh tidur atas orang sampai nak sesak nafas? Apa nak jadi dengan barang dalam bilik itu jadilah. Aku pergi ke ruang tamu dan melihat ayah yang sedang bersiap pergi ke kerja.

"Awal ayah pergi kerja hari ni. Ada apa-apa ke?" Ayah membaiki cufflink dia. "Ada meeting awal-awal pagi ni. Your pocket money, is it still a lot or not?" Aku mengangguk kepala.

"Well then, have a safe trip to school" Ayah menghulurkan tangan dan aku mencapai tangan ayah untuk bersalaman. "Kalau kamu nak masuk bilik melukis tu, masuk aje. Abaikan cakap mama kamu tu" Ayah berbisik kepada aku sambil memegang bahu.

Siapa yang tahu aku masuk bilik melukis ni? Rasa-rasa line clear semalam. Aku tersenyum nipis dan beranjak ke sekolah. Hari ini aku datang sedikit awal sebelum di tahan. Aku melihat Neldea yang sedang menahan murid lambat dan mencatat nama mereka. Garang dia tu comel aje. Aku melempang diri. Pagi-pagi dah kemaruk cinta. Bahaya bahaya.

His Angel | CWhere stories live. Discover now