𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟓𝟒

67 2 0
                                    

Sewaktu makan malam, Xachary dan Rafael duduk bertentangan sambil masing-masing bermain mata. Bukan yang romantic punya tu, tapi yang nak makan tu. "Apa yang Xach tak puas hati sangat dengan Raf ni? Nanti abang yang ambik daging wagyu kau baru tau" Abang Zayn menyucuk makanan yang berada di dalam pinggan Xachary.

"Right, we have an announcement to make. Mama akan dapat cucu laki baru. Tengku Haikal Raden. Sedap tak nama tu?" Kata-kata Rafael membuatkan semua orang terkejut. Xavier menepuk tangan dan memegang bahu Rafael yang berada di sebelah. "A prince first before a princess huh. Boleh la jadi knight in shining armour yang kedua untuk Neldea"

Rafael memandang Xavier dengan tajam. Sengaja memprovok Rafael. "Xavier" Mama menegur Xavier dengan nada yang agak tinggi. Aku menepuk belakang Rafael secara perlahan. "Abang ni, Xavier gurau aje. Right Abang Xavier, janganlah gaduh dengan Rafael"

"He's the jealousy type so don't joke around about other man. Nanti Neldea yang kena pujuk tau" Aku senyum ke arah Xavier. Senyuman dibalas dengan kelat. Rafael mencapai tangan aku yang berada di belakang dia dan dicium. Cawan yang berada di tangan Xachary jatuh dan berderai.

"Get a room please!" Aku menarik tangan dengan pantas lalu meminun segelas air. Aku bangun dan pergi ke bilik selepas meminta diri. Rafael ni kadang-kadang tak boleh jangka. "Kau ni Raf, agak-agak la sikit. Ada budak-budak ni kan. Ha isteri kau tu pun dah hilang. Pergi bawak makanan ni ke bilik"

"Tak makan dia kang" Abang Zayn menggeleng kepala selepas melihat Rafael mengikut aku dari belakang. Rafael menarik aku dan memeluk aku. "Terima kasih. Tapi abang tak adalah nak jealous pasal benda tu aje. Xavier cakap aje" Rafael bercakap sambil berada di leher aku. "Ha ye lah abang. Betul sangat-sangat"

Aku menggosok belakang dia. Tiba-tiba, ada rasa tarikan di bahagian seluar. Aku memandang bawah dan melihat Airisa yang sedang asyik melihat kami berdua. Tubuh Rafael ditolak dan aku tunduk supaya bertentang mata dengan Airisa. "Kenapa baby? Nak apa?" Aku menyisir ke belakang rambut dia yang menutupi muka.

"Papa ate corry" Aku mengangkat kepala untuk melihat Rafael yang sengaja mengalih pandangan. "Okay Airisa. Cakap dekat papa Airisa yang adik dia ni memang mengada-ngada tau sayang? Dah pergi" Aku bermain dengan rambut Airisa sebelum dia pergi kembali ke ruang makan. "Cis, dia sendiri malas cakap. Suruh anak dia pulak"

Aku cuba menahan tawa melihat muka yang Rafael sedang buat. "Nanti kita ada anak, confirm abang suruh dia buat benda sama. Jangan banyak cakap sangat la bang" Aku mencubit lengan dia secara manja. "Sayang nak makan dalam bilik ke? Abang bawa kan" Aku menggeleng dan sambung berjalan ke arah bilik. "Rasa tak ada selera sangat la"

Rafael ikut aku masuk ke bilik dan menutup pintu dengan rapat. Aku merebahkan badan ke atas katil dan mencabut tudung. Rafael duduk di sebelah aku dan membelai rambutku. "Kenapa tak ade selera ni? Ke nak suruh abang masakkan? Sayang tak boleh skip makan tau. Orang pregnant kena makan banyak untuk anak dalam perut tu"

Aku memandang mata Rafael. Rasa risau membuak-buak di dalam mata. "Tak naklah. Nanti lapar sayang turunlah makan" Rafael angguk dan baring. Badan aku ditarik untuk dibantalkan lengan dia. "Mesti comelkan anak kita nanti. Handsome macam daddy dia, baik hati macam mommy dia"

"Abistu, daddy dia ni jahatlah?" Aku persoalkan kata-kata Rafael. Dia berfikir sebelum mengusap perutku. "Maybe? I'm a dangerous person towards anybody who dares to hurt my wife. Especially Aisaar" Tangan aku naik dan menyentuh pipi Rafael. Pipi dia dicubit. "Nasiblah tak ade dengar pape pasal Aisaar sekarang"

Rafael setuju dan memejamkan mata. Aku cuba untuk mengalih kepala dari lengan Rafael. "Nak buat apa tu?" Dia menahan aku dari bergerak dan mengunci sebarang pergerakan. "Nanti tangan abang lenguh macam mane?" Rafael menggeleng. Kepala aku diusap lembut. "Tak adelah. Sayang rasa ringan sangat. Macam bulu burung"

Mandai-mandai dia ni. Rasa macam feather dia. Aku menggigit tangan Rafael sampai meninggalkan bekas. "Ai, main gigit-gigit pulak dia ni. Nak kena Neldea Haniya ni!" Rafael menjerkah aku. "Gurau aje abang!"


☾ ✵ ☽


Pada waktu tengah malam, aku terbangun dan duduk di birai katil. Nak makan dumpling la pulak. Ni la kau, tengok video dumpling lagi. Yang ada kuah tu. Sedapnya... Aku memandang Rafael di sebelah yang sedang lena tidur. Kang kejut kesian ke dia pulak. Aku menggigit kuku dan memikir untuk gerak Rafael atau tidak.

Tanpa sedar, air mata sudah menitis dan jatuh ke baju. Suara esakan aku mengejutkan Rafael. Dia memegang bahu aku. "Ehh kenapa ni sayang?? Kenapa sayang nangis ni? Sayang nak apa?" Aku memandang Rafael dan memeluknya. "Nak dumpling soupp. Tapi tak nak kejutkan abang. Lagipun tadikan abang dah tanye sayang nak makan ke tak"

"Sayang takut abang marahh" Aku makin menangis sambil berada di dalam pelukan Rafael. "Lahh buat apa abang nak marah isteri abang sendiri. Kejap abang nak tengok sekarang pukul berapa" "Pukul 3 pagi dah abang! Mana ade orang jual dah pagi-pagi buta ni. Sorry!" Rafael mengesat air mata aku.

"Tak ape sayangku. Nak sangat-sangatkan? Abang pergi cari kejap dekat dapur ada tak bahan-bahan" Rafael cuba untuk bangun tapi aku menarik tangan dia. "Betul ke abang tak marah ni?" Rafael angguk dan mencubit batang hidung aku. "Buat apa nak marah sayang? Abang tak akan dapat apa-apa pun dengan marah sayang ataupun tinggikan suara dekat sayang"

"Je ne serai jamais en colère contre toi, miel. On m'a appris à ne jamais élever la voix vers mon proche. Je ferai aussi la même chose avec notre fils. Mon miel est une bonne fille, n'est-ce pas ? Alors attendez un instant, d'accord. (I'll never get mad at you honey. I've been taught to never raised my voice to my loved one. I will also do the same to our son. My honey is a good girl right? So wait for a moment okay)"

"Sambung tidur dulu. No cry anymore okay? Mon doux ange" Rafael menolak aku supaya kembali baring dan menkucup dahiku. Dia melambia sebelum keluar bilik. Aku menutup seluruh badan dengan selimut. "Arghhh!" Aku menendang selimut buat seketika. Beberapa minit kemudian, Rafael masuk ke dalam bilik dengan semangkuk dumpling.

"Sayang, ni dumpling soup. Nak makan tak?" Rafael menarik selimut. Aku memandang dia dengan mata yang berkaca selepas melihat mangkuk yang dibawa. "Kalau nangis lagi, abang tak nak bagi dumpling ni nanti. Jangan nangis-nangis dah. Kan abang dah kate abang tak marah. Lepas ni, nak apa-apa jangan risau la kalau abang tidur pun. Kejut aje. I will fulfill all of your desire"

Sewaktu aku sedang menikmati dumpling itu, Rafael hanya melihat aku. Aku menghulurkan mangkuk tetapi dia menolak. "Ni abang beli ke apa?" Rafael termenung sebelum aku memetik jari di depan matanya. "Abang ngantuk kan sebenarnya?" Rafael menggeleng dan menyentuh bibirku. "Suka tengok sayang makan"

"Kiri kanan pipi tu naik. Pipi pau milik abang. Dumpling tu memang ada dekat rumah mama. Yang soup tu abang goggle aje. Sedap tak?" Aku angguk dan senyum. Pipi Rafael dicium. "Terima kasih abang!" Rafael tiba memegang dada dia. "Dah kenapa?" "Mengidam lagi sayang. Abang sanggup bangun pagi-pagi lagi kalau dapat layanan macam ni dari sayang" "Overla bang ni. Dahlah. Orang nak tidur" Mangkuk diletakkan atas meja di sebelah katil

Rafael memeluk aku dari belakang dan menarik aku supaya makin rapat dengannya. "Nak tidur dah ke? Reward untuk abang tak ade ke?" Dia berbisik ke telingaku. Telinga ditiup dan digigit. Aku mencubit tangan dia yang melekat di pinggang aku. "Jangan nak gatal malam-malam ni. Nanti abang yang sayang makan" Aku memusingkan badan dan menghadap dia.

"Buonanotte amore mio. Sogni d'oro e che tu possa sognarmi, così penserai sempre a me. Ti amo tanto. Grazie per essere un diavolo che farebbe qualsiasi cosa per me. (Goodnight my love. Sweet dreams and may you have a dream about me so that you'll always think about me. I love you so much. Thank you for being a devil that will do anything for me)"

His Angel | CWhere stories live. Discover now