"Sayang, jom kita pergi jalan jalan nak? Abang free hari ni" Rafael baring atas peha aku. Tangan aku yang sedang menaip di komputer ditarik. "Pay attention to me sayang!" Aku mengeluh dan pandang ke bawah. "Tak larat la abang nak bawak perut ni. Kita duduk dalam rumah je lah. Okay?" Dia bangun dan tutup laptop aku.
"Doktor kata kena jalan jugak kan? Sikit-sikit je. Let's go Doctor Neldea Haniya. You love to take a walk near a beach right? I'll assure you that this will be the best walk ever. Hmm, hmm?" Dia menarik pipi aku. "Ha ye lah, ye lah!" Rafael tolong aku untuk bangun dan diangkat untuk ke bilik. "Rajin angkat orang sangat ni kenapa?"
"Best I guess? Because this makes me fell so close to you" Aku hanya boleh tersenyum mendengar jawapan Rafael. Kepala dilentokkan ke dada dia. Dada dia turun naik dengan perlahan. Bunyi jantung dia berdegup tenang. That heart also has my name carved on it. "Ada plan dah ke nak jalan dekat mana?"
Sampai ke bilik, aku turun dan duduk di birai katil. "Ada satu pantai ni, cantik sangat. Air dia pun sejuk. Sebenarnya nak pergi tengok star gazing tapi takut sayang tak larat" Dekat rumah kan boleh? Star gazing dekat mana yang sampai aku tak larat. "Kita pergi dekat dengan bukit. Tapi naik kereta tak jalan pun. Boleh?" Rafael pandang dengan mata yang bulat.
Sejak bila laki aku ni comel sangat. Aku angguk dan menukar baju. "Pakai baju tebal tau. Sejuk nanti" Aku pesan ke Rafael yang hilang sebalik pintu bilik baju. Selepas bersiap, aku mencari Rafael yang tidak tahu hilang ke mana. Akhirnya jumpa dia di dalam bilik kerja. Telefon berada di telinga. "Call dengan siapa tu?" Dia menoleh ke arahku dan mematikan panggilan.
"Just my subordinate. Dah siap kan, jom" Rafael mengukir senyuman yang bertanda 'everything's fine' lalu menarik tanganku untuk keluar bilik. Aku hanya mengikut dan tidak bertanya banyak. Dalam perjalanan ke pantai, Helmi menelefon aku. "Hello Yan? Kenapa?" Nafas dia kedengaran laju. "Whatever you do, don't fucking go out!" Talian tiba terputus.
"Ha? Yan? Yan!" Rafael memandang aku dan mencapai tanganku. "Kenapa sayang? Ada apa-apa ke?" Aku merenung telefon sebelum dimasukkan semula ke dalam dompet. "Nothing abang" Aku senyum sambil memandang Rafael. Apa pula kali ni. Dalam perjalanan ke pantai, aku ternampak sebuah cafe. "Nak cake..."
"Hmm, sayang cakap apa? Abang tak dengar" Genggaman di tanganku dikuatkan sedikit. "Cake. Cake vanilla" Dia mencari tempat berhenti kereta dan tinggalkan aku untuk membeli cake. Telefon Rafael yang ditinggalkan berdering. Nama Max naik di skrin telefon. Tak silap aku, Max ni orang bawahan dia. Aku mengangkat panggilan.
"Hello? Rafael pergi kedai" "Ni Puan Neldea ke? Puan bukan dekat rumah kan?" Aku menjawab persoalannya dan tanya beberapa soalan. "Sebab ada intel kata nanti orang akan ambush penthouse Devil. Tapi tak pasti tepat atau tak. Jadi berhati-hati" Panggilan dimatikan. Then kenapa Yan kata jangan keluar?
Kami tiba di pantai. Betul kata Rafael, sejuk rasa angin pantai ni. "Shall we take a walk near the water?" Aku angguk dan menyahut tangan Rafael yang dihulurkan. Sambil berjalan, bunyi kamera yang sedang mengambil gambar tidak berhenti didengari. "Cantik" Aku memandang Rafael yang asyik mengambil gambar. "Buat apa ambil banyak-banyak gambar?"
"Memory keepsake. Kalau sayang jauh dengan abang, gambar ni ada jadi peneman. Tak kira banyak mana pun sebab 8 tahun abang tak nampak first love ni. So I will take as many picture as I could. It will be perfect if we have flowers tapi nanti kena bebel dengan sayang pulak" Bunga dalam pasu penuh dekat rumah.
Nak bagi bunga lagi, tak tahu nak simpan mana dah. "But atleast you look like a flower yourself" Aku melihat Rafael yang tersenyum sebalik kamera. "Ambik la banyak lagi. Biar penuh kamera tu dengan gambar sayang je" Aku bermain dengan air pantai sebelum pukul air ke Rafael. "Eh basah la abang nanti sayang!" Aku ketawa sambil dikejar anak oleh Rafael.
It felt nice being able to spend time like this with him. Rasa tenang, rasa bahagia. Tiba-tiba ada suatu suara muncul dalam kepala. "Ingat Neldea, kebahagiaan tak akan kekal selama-lamanya. Happy times come with a price" Suara Aisaar terngiang-ngiang di kepala. Arghh lupakan pasal dia! This moment is about you and Rafael only Neldea!
☾ ✵ ☽
Selepas ke pantai, Rafael memandu kereta ke satu bukit untuk melihat bintang. Star gazing. Tetapi jalan ke tempat itu agak pelik. "Abang, tempat ni macam mana abang tahu?" Rafael memandang cermin belakang sebelum menjawab soalan aku. "Sebab abang ingat dulu yang tempat ni abang ada pergi dengan Andrea setiap kali birthday ayah dia. Sayang, pegang kuat seatbelt"
Tangan Rafael mengusap perutku. Aku menelefon Helmi. Tetapi tidak berangkat. Nombor Leo dan Raymond juga sama. Tidak sempat aku menekan nombor Azriel, kereta di langgar dari belakang. "Shit!" Rafael menekan pedal minyak sehabis boleh. Serentak dengan itu, nombor yang tidak dikenali telefon aku. Ikon hijau dilarik.
"Hello Neldea. Buat apa pergi jalan jauh-jauh waktu malam macam ni? Awak kan pregnant. Patut duduk rumah je. Awak patut dengan cakap Helmi tu. Tapi tak apa, saya nak Rafael je yang kena. Duduk diam-diam tau" Panggilan terus dimatikan. Rafael yang dengar suara Aisaar menggenggam kuat stereng. "Apa masalah jantan tu!?" Dia cuba elak dari belanggar lagi.
Bilangan kereta yang berada di belakang makin bertambah. Aku mencari dalam kereta jika ada apa-apa yang boleh digunakan. "Here. Can you try slowing them down honey? It's a bit hard for me to" Rafael menghulurkan pistol yang dia simpan. Ada sebuah kereta yang berada di sebelah aku. Cuba untuk langgar dari bahagian tepi. Pistol diacu ke tayar depan kereta itu. Bang! Kereta itu melencong ke belakang kerana hilang kawalan.
"CRASH INTO THEM!" Suara yang kuat dilaungkan. Aku menggenggam tangan Rafael yang berada di gear. "Don't worry okay? I will keep you safe" Reassurance Rafael tidak menenangkan aku. Ini kali pertama rasa takut membuak-buak dalam diri. Mungkin takut kehilangan Rafael dan Raden. Mungkin takut kehilangan benda yang paling bermakna dalam hidup.
Kereta menghentak bahagian belakang dengan lebih kuat. "Persistent betullah!" Selepas Rafael berjaya hilang mereka dari mengekori kami, dia berhenti di tepi jalan. "Kita duduk diam kejap ye. Abang nak call someone" Sambil Rafael menelefon seseorang, aku menghela nafas lega buat seketika. "This kind of world is dangerous for Raden. Apa nak buat ni?" Aku melihat perut yang sudah sarat lalu diusap. Air mata tertitis.
"We'll get through this. Percaya abang" Rafael mematikan panggilan. Tiba-tiba, cahaya kereta lain muncul dari belakang. "Bagi la timeout kejap! Kejap je!" Rafael cuba untuk melarikan diri lagi. Sampai di satu tempat, minyak kereta habis. "Time macam ni boleh pulak dia nak buat hal! Putain de poubelle persistante! (Fucking persistent trash)"
Nama Azriel naik di skrin telefon aku. "Princess! Where are you?" Aku cuba tenangkan diri sebelum menjawab soalan dia. "Ada dekat luar. Kenapa call yang lain tak angkat?!" "Kitaorang tertipu princess! Ada kata Aisaar nak pergi rumah Rafael. Lepastu Helmi kata Aisaar nak attack waktu kau orang dekat luar. We don't know which is right or wrong"
"It's the later. We're being track. Location dah share. It's all up to you if you could make it in time" Aku mematikan panggilan. Tiba ada kereta yang laju datang dari bahagian depan. Rafael melencong ke tepi jadi sisi dia berhadapan dengan kereta tu. Bang! Kereta dihempap kuat. Kereta berpusing akibat impak yang terkena. Tangan Rafael tidak lepas memegang aku.
Akhirnya, kereta berhenti berpusing. Aku membuka mata perlahan dan cuba menstabil pandangan. Pandangan masih kabur dan aku memandang Rafael di sebelah. Darah berlumuran di bahagian kepala. "Abang? Abang! Abang bangun!" Aku menggoncang kuat badan Rafael. Nadi di periksa. Perlahan, terlalu perlahan. "Tolongla bangun... Please.."
Aku tiba merasa tangan Rafael mengusap pipiku. Air mata dikesatkan. "Jangan nangis sayangku. Abang okay... Jangan nangis, abang ada ni" Dia cuba menggenggam tanganku tetapi tiada daya. "Please keep your eyes open Rafael. Per favore resta sveglio per me, amore (Please stay awake for me, love)" Rafael senyum. Senyum dalam kesakitan.
"I'll try...okay my angel?" Tangan yang berada di pipi aku jatuh. "Rafaell!!"
YOU ARE READING
His Angel | C
Romance𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 -his pov 𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 -her pov Tengku Rafael, lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali. Berkahwin secara paksa. Sehabis boleh menolak perkahwinan itu berlaku. Tetapi, sudah ditakdirkan penjodohan mereka. Setelah...