𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟒𝟕

61 2 0
                                    

Beberapa hari selepas tahun baru, kami dikejutkan dengan satu berita yang buat ramai orang gembira dan teruja kecuali aku. Gementar, risau, cemas. Semua emosi dirasai. Tiba-tiba, ada suara yang menarik aku dari tenggelam dalam fikiran. "Honey, are you okay? Tell me if anything is wrong. Kenapa nampak muka macam pelik aje ni? Hmm my angel?"

Tangan Rafael menyisir rambut ke belakang telingaku. Aku hanya angguk dan bersandar ke kepala katil. "Tak ada apelah abang. Sayang okay je" Aku memegang tangan dia yang sedang bermain dengan hujung baju aku. "Abang nervous tak?" Aku memandang Rafael yang sejak tadi beriak tenang. "Nervous sebab first time kan. Tapi abang akan jadi daddy yang terbaik untuk anak kita nanti"

Dia menarik kepala aku untuk berbaring ke atas bahunya. "Everything is going to be fine. Percaya dengan Allah dan percaya cakap abang. Abang sebenarnya dah plan rumah dekat tanah yang abang beli. Jangka tahun depan siap jadi kita duduk bertiga dulu dekat rumah penthouse tu je dulu ye sayang. Nanti kita baru pindah rumah yang sayang boleh keluar jalan tengok hijau"

Kepala aku diusap dan dikucup manja. "Right, everything is going to be fine. Doa-doa tak ada benda yang berlakulah" Rafael angguk. Aku merapatkan jarak kami dan termenung ke luar tingkap. "Orang lain, kita bagitahu waktu dah confirm dengan doktor ye abang?" "Tapi sayang kan doktor?" Aku mengerling mata dan Rafael hanya tergelak.

Pada pagi tadi, aku merasa badan tidak beberapa sedap jadi aku hanya merehatkan badan di dalam bilik. Tiba-tiba pintu bilik diketuk dan dapat didengari suara mama di luar pintu. "Mama masuklah" Aku lekas bangun dan membaiki apa yang perlu dibaiki. Mama masuk sambil membawa dulang.

"I've made some poridge for you. Come and eat it Neldea" Mama masuk dan duduk di birai katil. Tangan dia naik merasa dahi aku. "Hmm you don't have a fever dear. Could it be something else?" Aku mengangkat kedua belah bahu. Mama senyum dan menyuap bubur ke dalam mulutku.

"Or is it...are you pregnant?" Aku tersedak dan terbatuk-batuk. Rafael yang baru masuk ke dalam bilik, laju berlari dan duduk di sebelah aku. "Nape ni sayang?? Okay tak??" Dia menggosok-gosok belakang aku. Kepala aku yang tadi tertunduk perlahan-lahan melihat mama di hadapan. Mata mama lihat seperti tersenyum kerana tangan dia dilekupkan ke mulut.

"I'm just saying that there's a possibility that Neldea might be pregnant" Mata Rafael meluas. Tangan dia berhenti menggosok belakang aku dan pergi ke pipi aku. "Betul ke sayang?" Rafael memandang aku. Aku ditarik ke dalam pelukannya. "Mashaallah sayang.. Haniy.." Bahu terasa basah. "Ehh abang nangis ke?" Aku menolak dia untuk melihat mukanya.

Dia mengkesa air mata dan menggeleng berkali-kali. "Tak lah. Abang okay je" Dia senyum lalu menarik aku semula ke dalam pelukan. Mama yang sedari tadi berada di dalam bilik datang dan memeluk aku. "Congratulations my dears. I finally get to see my youngest son having a children" Xachary yang sedang berjalan di hadapan bilik kami berhenti. "Ini dah kenapa berpelukan ramai-ramai? Nak kena join sekali ke?"

Mama menyuruh dia panggil adik beradik yang lain untuk berkumpul di dalam bilik tidur Rafael. "Wah, alhamdulillah. Papa akan dapat cucu yang ketiga pulak" Papa tawa sambil mengetuk belakang Rafael. "Sakitlah pa" Akak Zulaikha tersenyum sambil menggosok belakang telapak tanganku. "Tahniah Neldea. Nanti adalah kawan baru untuk Zairul ni" Anak Akak Zulaikha dan Abang Zayn.

Aku hanya mampu angguk. "Tapi, kita tak pasti lagi kan?" Rasa gelisah memenuhi diri. Apa yang akan berlaku kepada anak ni nanti kalau Uncle Jayce buat ona? Aku tanpa sedar sedang menggigit kuku. "Sayang jangan. Tak pasti tak bermaksud tiada sayang. Jangan risau apa-apa ye" Rafael menarik tangan aku dan digenggam.

Yang lain juga memberi pandangan yang menandakan tiada apa bakal berlaku. Aku mula menerima dan menenangkan diri. Tapi jauh di sudut hati, ada perasaan takut yang tidak tahu punca dari mana.


☾ ✵ ☽


"Whatt?!! You kata apa Neldea??" Natasha yang sedap menghirup air Americano tersembur keluar dan merecik ke aku. Ye, ye. Biar habis semua air tu kena dekat saya. "What?" Dia bangun dan duduk di sebelah aku. "What only? You're pregnant Neldea. Prego!" Aku melekup mulut Natasha. "Kuat lagi cakap tu babe. Biar satu hospital dengar"

Dia mencium tangan aku. Laju aku menarik tangan dari mulut dia. "Sorry, sorry. But wow, congrats Neldea! I bakal jadi aunty!" Dia memeluk aku dan mencium sekeliling wajahku. "Stop it Sha. You nak satu muka I penuh dengan kiss mark ke?" Dia angguk lalu meleraikan pelukan. "Siapa lagi tahu pasal ni?" Aku kira menggunakan jari.

"A lot" Natasha menghela nafas. Ada secawa kopi tiba berada di atas meja kami. "Who's pregnant?" Ada suatu suara garau yang aku cukup kenal pemiliknya tanpa perlu melihat wajah. Aisaar Qazeem. Aku mendongam ke tepi dan melihat dia sedang merenungku. "Me. I'm the one who's going to be pregnant" Dia mendengus kasar dan riak wajahnya berubah seketika.

Kemudian kembali tenang. Dia kelihatan marah dan benci. Tak suka aku tinggalkan banyak-banyak kerja dekat dia ke apa? "Oh okay. Congrats. Also remember that we have a meeting about that one patient after lunch" Dia mengambil kembali cawan sebelum berlalu pergi. Doktor yang menegurnya hanya dihiraukan. "Kenapa dengan Doktor Aisaar tu? You ada salah cakap apa-apa ke? Nampak pelik aje"

Natasha berbisik ke telinga aku. Aku juga memandang hairan Aisaar. Patut ke aku berhati-hati dengan Aisaar macam apa yang Noah katakan tu? Aku ketepikan fikiran itu dan mula berfikir kembali pasal diriku yang sekarang. Nanti kena pergi klinik untuk check. Kalau pergi hospital ni, heboh satu bangunan. Sampai patient tahu sekali.

Pengajaran dari doktor-doktor yang pernah membuat pemeriksaan di sini. Pesakit warga emas pun bercakap sekali. Risau-risau. Setelah selesai mesyuarat tentang seorang pesakit istimewa, aku pergi masuk ke dalam bilikku. "So, you're having a baby?" Aisaar datang ke arah meja aku dan meletakkan satu kotak ke atas meja.

"Apa tu?" Aku tunjuk ke arah kotak sambil mata masih tertumpu pada skrin komputer. "Donut. Awak suka kan? Makanlah" Aku memandang Aisaar dengan muka yang tidak percaya. "Apa? Tak nak saya buang aje. Saya tak makan manis" Sebelum dia sempat mencapai kotak, aku mengambil dan buka kotak donut itu.

"Saya makan, saya makan" Aku makan satu donut sambil melihat data pesakit. "So, how far long are you already?" Soalan Aisaar membuat aku tersentak. Right, how far long am I? "Kalau tak silap, nak dekat 4 minggu. Mama cakap bunting pelamin" Aisaar angguk dan duduk di kerusi hadapanku. "Bahagia awak hidup dengan Tengku Rafael tu?"

Soalan apakah ini? Soalan ke cemburu? "Mestilah. Kalau tidak Aisaar, tak ada saya yang ajak dia kahwin" Technically, I didn't ask him to get married. More like making us get married? Dia angguk dan meletakkan kedua tangan ke atas meja. Tangan dikempalkan. "Right. Mestilah bahagiakan Neldea. Just by looking at you, I could see he have made you the most luckiest girl right now"

Right now? Bukan kebiasaannya on earth ke? "Right now only sebab bahagia bukan selama-lamanya Neldea. Saya pergi dululah. Ada kerja" Dia senyum sebelum bangun dan meninggalkan bilik. "The hell? Tak sedap pulak hati aku" Aku menelefon Leo. Tidak berangkat. Raymond juga sama. Tak akanlah nak telefon Azriel. Bahaya-bahaya.

"Helmi!" Baru menekan ikon hijau di telefon, nama dia sudah muncul di notifikasi sebagai orang yang sedang menelefon aku. "Hello? Ye Yan?" Suara Helmi seperti tercungap-cungap di talian sebelah. "Madam! Madam kena hati-hati dengan orang nama Aisaar Qazeem! Dia tu-" Talian terputus. Tiba, pintu bilik dibuka. Aisaar masuk sambil memegang satu picagari.

"Lupa nak ambil file pulak. Kenapa Neldea?" Aisaar melihat aku sambil tersenyum lebar. Aku menggeleng dan balas senyuman dia. Selepas dia keluar, aku menghela nafas dalam-dalam. Dia apa Yan?

His Angel | CWhere stories live. Discover now