𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟐𝟕

110 4 0
                                    

Kami masuk ke dalam kereta dan Rafael meletekkan sesuatu di tempat duduk belakang. "Awak beli apa lagi tadi?" Dia hanya senyum dan menghidupkan enjin. Kalau dia tak nak jawab, buat apa aku tanya lebih-lebih.

Radio kereta dibuka, sambil dia drive sambil dia karok. Lagu kegemaran aku. "Satu hari, pasti nanti. Ku akan memahami. Namun cinta tak akan mati..Ku terima segalanya. Namun tak aku mengalah. Ku pasti ada jawabnya"

Dirgahayu nyanyian lagu Faizal Tahir dan Dato' Siri Nurhaliza. Dia dengar juga lagu ni rupanya. Same taste, same taste. "Awak suka dengar lagu macam ni Rafael?" Dia memandang aku dan angguk sedikit.

"Kenapa? Kau tak suka? Tak suka kau tukar ikut preference kau" Aku menahan tangan dia yang cuba untuk menukar lagu dengan menggunakan jambak bunga. Dia memandang pelik ke arahku.

"Kenapa ketuk tangan aku dengan bunga tu? Tak suka bunga tu sekali ke?" Ehh andaian dia. Aku geleng. "Suka, dua-dua suka. Biar aje lagu tu. Lagipun, saya nak dengar awak nyanyi lagi. Sedap dengar"

Dia sambung menyanyi lagu itu. Tingkap di buka sedikit supaya dapat merasa angin luar. Angin meniup tudung aku sedikit. Tiba bunyi seperti kamera berbunyi. "Huh?" Aku menoleh ke Rafael yang sedang memegang telefon sebelah tangan.

"Well I don't want to forget about this view. Aku nak tenung aje tapi kalau tak fokus dekat jalan, nanti kita dua kemalangan. Jadi ni salah satu cara lain. Now go on, keep being a model"

Aku tergelak sebelum kembali berpura-pura tidak tahu dia sedang mengambil gambar. Foto candid orang kata. Aku dapat merasakan yang Rafael sedang senyum lebar sangat. "You know, lepas aku tahu kau ni Madam H. Aku marah, kecewa dan takut..."

Dia berhenti bercakap. Hati aku sudah duduk tidak diam. Takut akan apa yang dia cakap seterusnya. "Tapi semua tu hilang sekelip mata. Tengok kau semula, aku rasa bahagia yang kau cinta aku juga. Kau yang kejar aku. Aku gembira sebab aku kuat bertahan"

Tanpa sedar, mata aku menitiskan air. Air mata gugur di pipi setitis sebelum aku mengkesanya. "Terima kasih sebab masih cinta akan saya Rafael. I'm truly grateful Tengku Rafael"

Kereta di parkir tepi. "Janganlah nangis, aku cakap pun nangis. Kalau kita dah halal, lama dah aku kesat air mata kau. Don't cry Haniy. Your beautiful eyes are meant to be shiny. Not dark and sorrow Haniy. Smile for me please. Even if it's not for me, for yourself then"

Dia meletakkan kepala ke stereng dan memandang aku. Mata dia pula yang kelihatan sedih. Haih, bakal suami siapalah ni ye. Penyayang terlebih. "Tak nangis dah. Sekarang awak nak pergi mana? Tak akanlah duduk kat tepi jalan ni aje?"

Dia mengangkat bahu. "Apa salahnya? Asalkan ada kau di sisi aku Haniy. Kau ada idea nak pergi mana-mana? Maybe something insides your checklist?" Oh baru aku ingat. Aku ada buat checklist sebab ingat nak ajak dia keluar. Terbalik pula.

Telefon dikeluarkan dan membuka aplikasi note. Ada beberapa tempat yang aku ingin pergi. Princess Grace Japanese Garden. Aku tunjuk tempat itu ke Rafael. "Lawa-lawa. Nasib ada kamera dekat belakang. Jom" Dia menegakkan badan dan memusing stereng ke destinasi tersebut.

Untung Rafael reti ambil gambar. Tiba sahaja di sana, bermacam jenis gaya yang diambil. Dia surub aku buat gaya itulah, inilah. Dengan bunga ros putih sebagai props. Dia juga membeli bunga lain untuk aku.

Bunga peony. Rasa seperti pari-pari bunga pula. Kami berhenti di kafe yang berada dalam kawasan tanaman itu. Aku menempah air matcha dan sepotong kek. Rafael hanya menempah air kopi. Kawasan yang menarik dengan pelbagai jenis bunga dan pokok.

His Angel | CWhere stories live. Discover now