𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 𝟔

246 5 0
                                    

Selepas persoalan Neldea, aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tiba di rumahnya, ada sebuah kereta yang aku tidak pernah nampak sebelum ini. Laju Neldea keluar dari perut kereta dan memeluk orang yang baru keluar dari kereta Perodua Myvi di parkir rumah.

Aku turut keluar dan bersandar di kereta Honda Accord aku. Ni ibu kepada Neldea ke? Tetapi jauh sekali rupa paras mereka.

Wanita itu kelihatan berumur 40-an. Kelihatan muda dari mama. Tetapi mama, walaupun sudah tua wajahnya masih seperti orang muda.

Neldea menarik aku ke wanita itu. "Inilah ibu saya. Bu, ni Tengku Rafael. Dialah yang tolong Nel dengan Amour" wanita itu tersenyum lebar melihat aku.

"Terima kasih Tengku, banyak tolong si budak Nel ni. Mesti dia banyak mulut kan?" Neldea mencebik mulut mendengar kata-kata ibunya.

"Tak apa makcik, saya tak kesah dia banyak mulut. Bebel macam nenek-nenek pun saya tak kesah" Giliran aku pula untuk menerima muka Neldea yang sedang mencebik. Aku sedaya upaya cuba untuk menahan tawa.

"Amboi sedap mengata saya ye. Ni awal ibu balik kerja. Ada apa-apa ke?" Puan Laura mengusap kepala bertudung Neldea. Nampak bahagia sungguh ikatan antara ibu dan anak ini.

Berbeza dengan aku. "Saja, ibu rindu nak lunch dengan Nel. Tengku nak join kita orang? Tapi makan kat lauk kampung aje, makcik dengan Nel masak"

Neldea memandang aku dengan harapan aku tolak pelawaan ibunya tapi malang sayangku. Aku lagi suka kacau kau. "Boleh aje makcik, terima kasih ajak saya makan" Aku mengeyit mata ke Neldea yang sedang bermasam muka.

Aku duduk di meja makan sambil melihat Neldea bersama Puan Laura sedang memasak. Makanan kampung, dah lama tak makan. Kalau di rumah, makan masakan western selalu. Maklumlah, mama kan orang France.

Makanan sudab terhidang di atas meja. Mereka memasak ikan tiga rasa dan rebung masak lemak kuning. Kecur air liur aku melihat hidangan yang tersedia dengan aroma yang menusuk hidung. "Mesti sedap ni"

Puan Laura hanya senyum dan melabuhkan punggung ke kerusi kayu meja makan. Sambil makan, aku dapat tahu sedikit sebanyak tentang hidup Neldea.

Puan Laura yang digelar ibu bukan ibu sebenar dia. Neldea tinggal bersama Puan Laura sahaja di rumah ini. Puan Laura juga berkata dia sudah menjaga Neldea sejak berumur 7 tahun lagi. 10 tahun sudah Neldea membesar dengan dia.

Sesudah makan, aku duduk di ruang tamu dengan perut yang senang. Sedap betul masakan Puan Laura dan Neldea. "Aih, terbungkang macam si Amour dah awak ni. Bila nak balik?" Amboi, tak sabar-sabar nak halau aku balik ye Haniy.

"Sabar la Haniy, penuh ni. Nanti tiba aku tengah drive, muntah sebab perut penuh. Kau nak tanggung?" Dia menjuih bibir. Itik betullah dia ni. "Sedap ke saya masak?"

"Of course. Kalau kau masak tak sedap, tak adanya aku tambah nasi. Boleh buat bakal isteri kau ni" Usik sikit boleh? Hehehe. "Ish apalah awak ni. Dahlah saya nak pergi siram pokok" Dia melangkah kaki keluar rumah.

Beberapa minit kemudian, Puan Laura datang dan duduk di kerusi berhadapan aku. "Berapa lama dah Tengku kenal Nel? Ibu tengok mesra aje Nel bercakap dengan kamu. Mesti kamu buat dia bahagia" aku senyum tersipu-sipu.

Malulah kita dengan Puan Laura ni. Menggelarkan diri sendiri ibuu...aish malu-malu. "Saya kenal dia beberapa minggu lepas makcik. Kenapa makcik kata dia nampak mesra?" "Panggil aje ibu, tak payah makcik makcik sangat. Ibu tengok Nel tu susah sikit nak cakap dengan lelaki"

His Angel | CWhere stories live. Discover now