Pada tanggal 4 hari bulan 12, 2022. Aku dan Haniy sudah sah bergelar suami isteri. Majlis dilangsungkan agak lewat dari tarikh yang sudah ditetapkan Majlis perkahwinan diadakan di hotel ayah. Dewan dihias bertemakan beige dan bunga. Sangat menarik dewan itu.
Tapi yang lagi menarik ialah Haniy yang berbaju putih bersih. Saat dia mula masuk ke dalam dewan, hati aku berdegup laju. Is this my wife? Beautiful. Utterly gorgeous. Sewaktu akad nikah, lidah aku berbelit-belit.
"Saya terima nikahnya Neldea Haniya Binti Muhd Uwais dengan mas kahwin 300 ringgit tunai" Terasa seperti mahu menangis saat sudah sah penikahan kami. Air mata gugur setitis dua. Aku melihat Haniy yang sedang tersenyum dan juga menitiskan air mata.
Gelang emas yang ada bunga tulip emas dijadikan sebagai barang batal air sembahyang. Bergetar tangan aku sewaktu memakaikan gelang itu ke tangan Haniy. Dapat rasakan yang Zayn dan Xavier sedang gelak waktu aku siap pakaikan gelang.
"There, now we're officially a partner. Aku selalu doa yang suatu hari nanti kita akan bertemu kembali. Asalkan dapat jumpa kau pun dah okay. Tapi kahwin, kahwin dengan kau Haniy. Mashaallah, satu kebahagiaan yang aku tak akan lupa"
Dicium lembut dahi Haniy. Aku mengesat air tangisan dia, menggenggam tangan dia dan menciumnya. "Tengku Rafael, terima kasih. Terima kasih sebab awaklah orang paling penting dalam hidup saya. I love you Rafael" Dia mensalam tangan aku.
Setelah selesai majlis perkahwinan, dia menarik tangan aku ke luar dewan. Aku berdiri di hadapan motosikal berwarna putih. Ada stiker yang bertulis Han. "Your bike? Amazing" Dia senyum dan menaiki motosikal itu. Enjin dihidupkan.
Ai, nak buat apa dia ni? Dengan pakai baju kahwinnya. "Naik la. Saya bawa awak pergi ride. Jom Rafael!" Aku menggeleng dan bercekak pinggang. "Eh eh eh, tak nak. Kita baru kahwin lepastu nak ride dah. Dengan baju sandingnya. Turun!" Dia berpaling ke arah lain.
"Cepatlah Rafael naikk" Suara yang sengaja dilunakkan. Dia memandang aku kembali dengan mata yang bulat dan bibir dijuih ke depan. Kembali dah muka itik dia tu. Aku senyum dan merapati dia. Tangan diletakkan ke handle motosikal.
"Panggil aku dengan nama manis-manis sikit honey. Boleh? Kalau kau gelar aku abang, aku ikut kau" Aku tahu dia benci melihat senyuman aku sekarang. Bak kata dia, senyuman jahat. Mulut dia seperti gagap untuk sebut perkataan abang tu.
"Ishh tak biasalah!" Dia mendengus perlahan. Heh, knew it. Aku mengambil helmet di tangannya dan letak ke tepi. "Dah jom. Masuk dewan" Aku cuba menarik tangan dia tapi di tepis. "Tak nak kawan. Jahat!" Comel-comel. Haih, sayangku.
"Jom Neldea Haniya. Tak baik lawan cakap suami. Berdosa tahu" Aku menekup mukanya dari pipi dan memicit-micit pipi dia. Tangan dia mencubit aku. "Lepas la Rafael!" Ish, ish, ish. Ce sweet cikit. "Panggil aku sayang. Easy one" Aku menahan diri dari menggigit pipi dia.
"Say-sayang. There. Now let me go" Aku menangkat dia dari pinggang dan turunkan dia dari motosikal. "There, now let's go. Abang ada satu lagu nak nyanyi dekat honey" Aku berjalan sambil meletakkan tangan di pinggang Haniy. Merangkul pinggang yang kecil itu.
"Nanti honey makan banyak-banyak tahu, baru sedap cubit-cubit pinggang ni" Aku mencubit lembut pinggangnya. Balasan dia, dada aku diketuk. "Awak masaklah sedap-sedap. Hmph" Dia menyilang tangan ke dada.
"Okay Haniy, I'll cook the most delicious meal there is out there. Maybe even tastier" Aku mengeyit mata ke Haniy. "Now let me blessed you with my singing mon ange. Abang pasti nanti Haniy mesti cair punya" Dia menjuling mata.
YOU ARE READING
His Angel | C
Roman d'amour𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 -his pov 𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 -her pov Tengku Rafael, lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali. Berkahwin secara paksa. Sehabis boleh menolak perkahwinan itu berlaku. Tetapi, sudah ditakdirkan penjodohan mereka. Setelah...