Pagi yang indah, burung berkicauan dan bunyi Rafael menyanyi mengejutkan aku. Rafael nyanyi? Aku melihat jam di dinding yang menandakan pukul 7:30 pagi. Buat apa pula dah laki aku ni pagi-pagi hari lagi dah nyanyi!?
Tapi sabar, macam pernah dengar je lagu tu. Aku bangun dan jalan ke ruang tamu. Rafael sedang memegang mikrofon dan nyanyi sepuas hati dia. Raden pula menepuk tangan sambil tersenyum. Lagu Frozen terpapar di televisyen. Astagfirullahaladzim, suami aku ke ni?
Muka diraup dan aku mengeluh. Oh, rugi kalau aku tak buat ni! Telefon diambil untuk rakam Rafael menyanyi lagu dari mula sampai habis. Lagu didi and friends juga dia bantai. Nasib suara sedap. Kalah Dato Aliff Syukri. Sesudah dia melaungkan suara yang lantangnya itu, baru dia sedar ketibaan aku di anak tangga.
"Eh sayang! Buat apa tu?" Mikrofon dicampak ke tepi. Televisyen terus dimatikan. Lambat sangat la bang nak tutup bukti pun. "Oh tak ada buat apa-apa pun abang. Saje scroll telefon pagi-pagi hari. Abang pula buat apa? Tengok berita harian ke?" Aku senyum dan selut telefon ke dalam poket.
Raden didokong dan dicium-cium. Ahh, bau budak pagi-pagi hari. Sangat harum! Ketagih pun ada. Rafael memeluk aku dari belakang. "Sayang nanti padamlah recording tu. Malu abang kalau tersebar. Nak letak mana muka abang yang handsome dan kacak ni? Nanti ada orang terfall in love ngan abang macam mana?"
Oh my.. The audacity of this man... "Habistu, kalau ada? Abang pun nak ikut sekali terfall in love?" Dia angguk kepala sambil tersenyum. Dah lama sangat hidup dia ni. "Ye la sebab orang yang terfall in love dengan abang tu mesti la sayang kan. So I also have to fall in love with you too" Pipi aku digigit kuat oleh dia hingga berbekas.
Siku jugak dia ni nanti. Aku berjalan ke arah dapur untuk siapkan sarapan. Sambil sarapan, telefon aku berdering. Nombor yang tidak dikenali. Memang tak adalah aku nak buka mesej itu. Telefon dimatikan. Rafael melihat telefon aku. "Kenapa tak baca mesej tu?" Aku geleng kepala. "Because a psychopathic man is the one who texted me. Why should I answer?"
Rafael mengangguk dan sambung makan. Kini telefon dia pula berdering. Mesej diterima dari nombor yang tidak dikenali. Nombor yang sama. Rafael ingin hiraukan mesej itu tetapi makin banyak yang masuk. Dia terus membuka telefon sambil mengusutkan rambut. Selepas membaca mesej itu, Rafael bangun dan mendokong Raden. Tangan aku juga ditarik.
Dia membawa kami ke satu bilik yang tiada cara masuk. Bilik bawah tanah. Dia meraup wajah aku sambil tersenyum. "Remember that I will protect you right? Sayang duduk diam-diam dekat sini. Tak kira apa jadi, jangan keluar dari bilik ni. Kalau ada orang yang mengaku dia abang pun, jangan buka pintu ini."
"Will you promise me? Even if I somehow knock the door saying that I'm bleeding everywhere, just don't ever open" Nada suara yang meningkat satu oktah. Rambut aku disisir ke tepi. Satu kucupan yang lembut mendarat di dahi. "I love you, my angel" Rafael mencium Raden sebelum dia mengunci kami. Aku kaku. Tidak tahu perlu buat apa.
Raden tiba menangis sambil memegang kuat baju aku. "Shushh, you're safe with me darling. You're safe with mommy. Raden dengan mommy" Entah mengapa aku jadi kaku dan tidak bergerak. Sebelum ini, aku tidak pernah teragak-agak untuk melanggar arahan. Tapi kenapa hari ini aku sangat takut? Sebab dia melarang keras?
Ataupun sebab apa yang dia katakan bakal menjadi kenyataan? Tangan bergetar sambil memeluk Raden. Telefon di dalam kocek di capai. "Leo, come here. Please take care of my son" Maaf abang. Sayang memang tak boleh ikut arahan dan larangan abang. Be mad at me later on but I can't leave you alone.
YOU ARE READING
His Angel | C
Romansa𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 -his pov 𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 -her pov Tengku Rafael, lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali. Berkahwin secara paksa. Sehabis boleh menolak perkahwinan itu berlaku. Tetapi, sudah ditakdirkan penjodohan mereka. Setelah...