𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟑𝟗

75 1 0
                                    

Aku berdiri seketika di dalam tandas sambil menelek cermin, kalau-kalau ada lagi lipas yang menyirap di tudung. Ada jugak tudung ni aku humban jauh-jauh. Cockroaches are my number one enemies. Telefon di dalam kot bergetar. Siapa pula nak call, rasa dah pesan dekat Rafael supaya jangan tunggu aku.

Unknown number. Teragak untuk menjawab panggilan. Aku menghembus nafas dulu sebelum mengangkat panggilan. "Hello?" Tiada bunyi apa-apa di talian sebelah. "Neldea Haniya, we shall meet again. Our revenge is guaranteed, MADAM HAN!" Suara garau memekik kuat di telinga aku. Tidak perlu berfikir panjang, jawapan sudah terang lagi lampu bersuluh.

Alessandra. Siapa suruh cari pasal dulu. "I'll be waiting for you guys arrival then. Goodluck on trying to take down Moonlight. I wish you guys a great luck" Aku mematikan panggilan dan melihat tangan yang sedang di basuh. Ada dua jenis darah yang melekat di tanganku. Darah orang yang tercedera dan darah orang yang aku cederakan.

Jayce Alessandra, adik kepada papaku. Orang yang tamak akan kuasa. Sanggup berpakat dengan adik beradik yang lain semata-mata untuk mengambil Eclipse. Nama sebenar sebelum aku ubah menjadi Moonlight. Antara aset paling penting dan berharga untuk papa dan mommy. Malah bukan mereka sahaja, ramai lagi.

Terutama sekali The Alessandra. Tidak pernah tenang hidup aku selepas kematian papa dan mommy bila tinggal di rumah agam Alessandra. Aku meraup wajah dan melihat telefon yang berada di atas sinki. Rafael, I need you.. Aku membasuh muka lalu pergi semula ke tempat aku. Semasa perjalanan ke sana, aku ditegur oleh seseorang.

"Doktor, boleh tolong saya tak?" Aku tidak dapat melihat muka orang itu kerana dia memakai hodi hitam dan menundukkan kepala. Dia seperti memakai topeng muka berwarna hitam juga. "Boleh. Tolong apa tu ye encik?" Dia tiba menghulur plastik hitam ke aku. "Tolong masukkan organ saya semula dalam badan" Beg yang ada di tangan aku terus terjatuh.

Bukan sebab tengok organ tapi ayat dia macam dah mati. Bab-bab hantu ni aku memang tak boleh. Aku jerit dengan kuat. "Ehh mak kau hijau!" Tiba tangan orang itu menekup mulut aku. "Eh sayang, ni abang la! Jangan jerit kuat-kuat. Kitakan dalam hospital ni" Hodi dijatuhkan serta topeng dibuka. Rafael memandang aku.

Memang perlukan dia tadi, tapi bukannya macam ni gaya! Aku memukul dada bidang dia. "Ish, takut kan orang ajelah! Tak nak kawan!" Aku bermasam muka dan cuba melarikan diri. Tangan di tarik kuat sampai aku terjatuh dalam pelukan Rafael. Senyuman terukir di bibir. Plastik hitam tadi berada di dalam genggamannya.

"Abang datang bawa makanan sikit. Nasib elok lagi. Tak tengok isi dalam plastik dah jatuhkan. Kalau tiba benda ni mahal, ishh ishh ishh" Rafael menggeleng sambil melihat makanan yang dia beli di kedai run it berdekatan. "Ish lepaslah! Tak nak kawan dengan awak!" Aku cuba menolak dia sehabis boleh.

Walaupun aku jenis pergi gym kadang-kadang tapi tak lepas tolak dia. Memang lain kudrat perempuan dan lelaki. "Sayang merajuk dengan abang ke? Abang saje aje usik sayang. Sikit aje usik pun" Dia mencium pipi aku. Cepat-cepat aku mengesat pipi. "Hmph!" Tangan di silang ke dada.

"Kalau nak dibuat cerita sayang kena sakit jantung macam mana? Abang nak tengok ke isteri abang ni mati awal!?" Mulut aku dicepung sekali lagi. "Apa cakap macam tu. Berdosa tahu, kata-kata itu doa. Abang lupa yang isteri abang ni takut hantu. Minta maaf ye my angel. I'll never do it again. I promise!"

Huh ingat dia panggil aku bidadari dia, boleh meredakan keadaan? Tidak sama sekali. Pipi tiba terasa panas. Eh, pembelut punya pipi! Blushing pula! First kill. "Maafkan abang okay honey?" Mata dia membulat dan memandang aku seperti mengaih simpati. Double kill. Aku menolak muka dia.

"Pergi sana. Sayang ada banyak kerja ni!" Dia memeluk aku, enggan melepaskan. "I like that you adress yourself as sayang. Tapi tak kan nak halau abang? Jauh tau abang datang" Aku mengerling mata. "Jauh la sangat. Setakat 20 minit drive. Main hantu sorang-sorang!" Aku meleraikan pelukan dan pergi dari situ.

"Tak sayang abang ke Haniy!?" Suara yang berpura-pura tersakiti. Aku pandang ke belakang secara sekilas dan melihat Rafael sedang berada di atas lantai dengan kaki yang tersimpun. Ee dramatic sangat!

☾ ✵ ☽

Aku akhirnya pulang setelah salah seorang doktor atasan melihat Rafael yang tak habis-habis ikut aku. "Seronok la tu kacau sayang buat kerja?" Aku memandang keluar tingkap. Rafael yang sedang memandu senyum dengan lebar sekali. "Seronok. Lagipun, kalau balik lewat sangat bahaya. Tahulah sayang tu ketua Moonlight tapi sayang masih perempuan"

Tangan aku digenggam kuat. Ibu jari dia menggosok belakang tanganku. "You should always be careful with your surrounding sayang. We don't know what creeps in the dark" Aku hanya angguk. Senyuman tidak lekang di bibir Rafael. "Abang dah siapkan makanan sikit. Midnight snacks" Tadi baru beli makanan, ni nak suruh makan lagi.

"Abang memang nak sayang gemukkan? Makan je 24 jam" Dia tertawa. "Yelah. Kalau gemuk, comel-comel. Boleh setiap hari abang cubit pipi tu" Aku pandang dia dengan mata yang dikecilkan. "Nanti kalau sayang gemuk, mesti abang tak sayang dah. Tiba, abang cari perempuan lain" Dia menggenggam kuat tangan aku.

"No, I will stay loyal to you. I would never leave you no matter what happen. After all, I'm the one that makes your body fat. Tapi kalau sayang tak nak gemuk abang okay aje. Cuma, jangan pernah tinggal waktu makan! Tahu!" Dia memberi amaran yang keras buatku. Tahu-tahu aku jarang makan.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, jalan yang biasa di lalui terasa amat sunyi. "Abang.." Rafael hanya menggosok tanganku. "Everything's fine honey. Sleep. Once we have arrive, I will wake you up. Act as everything that happen is just a dream. Sleep well mon ange" Tangan diletakkan ke mata aku supaya kekal tertutup. Seat diturunkan.

Selepas beberapa minit berlalu, tangan Rafael masih berada di atas kelopak mataku. "Tidur sayang, mesti isteri abang ni penatkan. Mulai sekarang, sayang tak perlu nak jadi Madam Han ke ketua Moonlight ke apa ke waktu dengan abang. I'll be the one protecting you from everything. Be feminine and soft with me. But be tough and ignore people when not with me"

Aku mengalih tangan dia dan menaikkan seat kereta. "You do realize I didn't asleep this whole time right?" Dia angguk. "Tahu, sebab tu abang cakap" Aku memandang ke cermin sisi kereta. Ada beberapa kereta yang sedang mengikut rapat. Padan laju semacam dia pandu kereta. "Abang tahu ke siapa ikut kita tu?" Rafael juga tidak pasti.

Tangan mencapai telefon di dalam beg bimbit. Baru hendak menekan nama Leo tapi Rafael tahan. "As long as I can handle this, I don't want you to act tough. Abang nak isteri abang macam orang biasa aje. Memang susah tapi bergantung dekat abang juga. Bukannya abang tak boleh buat apa-apa sayang. I feel incompetent honey"

Aku menyimpan semula telefon dan menghela nafas. "Okay, I'll act as if I don't do any dangerous thing. Thought I still want to fight them if anything happen" Rafael menjeling aku. Tajam pula tu. "I know you understand what I meant sayang. Please?" Aku tersengih dan angguk. Badan disandarkan semula dan mata dipejam. "Protect me okay? Mia pantera"

"Bien sur. Tu es mon ange après tout. La source de mon bonheur" Walaupun aku tidak beberapa faham apa yang dia maksudkan tapi hati aku rasa kembang. "Dormirò per primo amore, ti amo profondamente" Aku terlelap tapi sempat bermimpi buat seketika. Ataupun sebaliknya, mengingati kata-kata seseorang.

"You should never dirty your hands princess. It's my job. You should just give the orders. I'm your knight in shining armour after all. I'll do all the dirty work so that your hands will stay clean. Preferisco gestire tutti questi fardelli piuttosto che lasciarti vivere tutta la vita con sensi di colpa"

His Angel | CWhere stories live. Discover now