Aku terbangun pada pukul 5 pagi, subuh di sini agak awal berbanding di Kuala Lumpur. Aku bangun dan membuka tirai langsir The Gritti Palace ini. Aku menempah bilik yang berhadapan dengan sungai Venice.
Angin sejuk menyegarkan tubuh badan aku. Aku akan tinggal di sini selama seminggu. Jika Xachary tidak mahu beranjak balik juga, aku akan abaikan dia. Ini dikira sebagai cuti rehat, untuk mencari jalan memutuskan perkahwinan ini.
Bukan biasa perempuan yang kena kahwin paksa? Kenapa aku? Am I Sajat? Aku menggeleng berkali-kali. Jangan macam-macam Tengku Rafael! Aku menyiapkan diri untuk solat subuh dan memulakan hari.
Pada pukul 7:30 pagi, aku keluar dari bilik untuk sarapan. Disediakan buffet untuk pagi ini. Ada pelbagai variati makanan. Tak tahu nak makan yang mana satu. Semua nampak sedap-sedap.
Setelah mengambil makanan, aku duduk di satu meja kosong. Suasana tidak terlalu sesak atau ramai dengan orang. Waktu makan, ada orang mengetuk meja aku. "Can I sit here with you?"
Aku memandang ke wajah orang itu. Seorang lelaki yang berumur 20-an "Yeah sure. Have a sit" Dia tersenyum dan melabuhkan punggung ke kerusi di hadapanku. "Aren't you the guy that I bump in yesterday?"
Aku meneliti muka dia. Semalam aku tidak nampak muka dia. Susah untuk dikenal pasti. "Maybe? I didn't remember your face since I didn't saw it" Dia mengangguk.
"Anyway, are you here for a vacation for vacation or what?" Aku menjongket kening. "Oh I ask that because you don't look like somebody from around here" Aku hanya tersenyum.
"Yeah, I'm actually from Malaysia and here for a vacation. Also to pick up a bastard back to his own hometown" Dia menahan tawa. Gelak aje dekat Xachary tu, memang tak guna. "Same! Kau tinggal dekat mana?"
Oh orang Malaysia juga. "Kuala Lumpur, kau?" Makin lebar senyuman dia. "Wahh sama! Kau datang seorang ke?" Aku mengeyakan soalan dia. Dia memejamkan mata dan menarik nafas.
"Kalau macam tu, kita hangout berdua? Aku pun datang seorang tapi sebab kerja" Lelaki memang senang buat kawan. Cakap satu dua terus jadi member. "I'm fine with that. Kau ada apa-apa plan ke?" Dia berfikir sejenak. "Macam ada tapi...boleh aje kut aku skip meeting tu"
Aku melihat jam tangan dan meminum segelas air. "Well it's nice meeting you tapi aku ada hal. Want to exchange contact?" Dia mengangguk dan kami bertukar nombor. Nama dia Muhammad Helmi Aryan.
Dia seorang director sebuah company keluarga. Datang sini disebabkan mesyuarat keluarga. Aku berjalan di atas jambatan yang terkenal di Venice. The Rialto Bridge. Terdapat juga Rialto Market di sekitar ini.
Sambil berjalan, aku menghirup udara. Ini kalau buat tiba bertembung dengan Xachary sekarang, memang sakit hati aku. Tiba, ada satu susuk tubuh yang sedang berlari ke arah aku.
Memang masin mulut kau Tengku Rafael! Masin gila! "Jumpa pun kau, mon petit frere!" Makin laju dia menapak kaki. Memang nasib aku jumpa kau pagi hari ni. Aku berpusing dan lari ke arah lain.
"Arrête bien cette fois Rafael!" Kalau keluar bahasa French dari mulut dia, dia memang maksudkan apa yang dikata. Tapi, anak bongus. Mana ikut cakap orang, keras kepala orang kata.
Tangan aku ditarik dengan kuat dari belakang. "Kau nak pergi mana Raf?" Xachary sedang tersenyum sinis dengan dadanya yang turun naik. Memang tak kejar aku tidak sah ke? Aku merentap tangan dari genggaman dia.
YOU ARE READING
His Angel | C
Romance𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 -his pov 𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 -her pov Tengku Rafael, lelaki yang akan berkahwin dengan wanita yang tidak dikenali. Berkahwin secara paksa. Sehabis boleh menolak perkahwinan itu berlaku. Tetapi, sudah ditakdirkan penjodohan mereka. Setelah...