𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟔𝟎

131 3 0
                                    

Beberapa bulan berlalu dan sekarang Raden berusia 5 bulan. Rumah yang Rafael bina masih dalam proses pembinaan jadi kami tinggal di rumah mama dan ayah. "Doktor Neldea Haniya, buat apa termenung je tu?" Natasha mengetuk pintu bilik rawatan aku dan meletakkan secawan kopi ke atas meja.

Dia mengambil tempat duduk di kerusi berhadapan denganku. Air kopi yang panas dihirup perlahan. Rasa seperti selama 5 bulan ni, tiada apa-apa yang berlaku. Hanya berita tentang Andrea dan Aisaar pergi ke negara lain sahaja. Other than that, it's so peaceful. Too peaceful. Tetapi perangai Rafael berubah.

Dia menjadi semakin jauh dan sejuk. Ketika aku tanya kenapa, dia hanya senyum dan pergi ke tempat lain. Walaupun diikat pada kerusi, dia masih mengelak. Untuk menatap matanya lebih jauh sekali. "Sha, kenapa Rafael tiba jadi macam ni? Dia tak sayang I dah ke?" Natasha yang sedang minum air terus tersedak dan hentak cawan yang dipegang ke meja.

"Dia buat apa dekat you?! You bagitahu I sekarang! Berani dia sakitkan hati baby I ni!" Aku tergelak melihat muka Natasha yang marah. Aku pun tidak tahu kenapa dia jadi macam tu. Raden elok je dia jaga. Ishh tak boleh jadi ni! Aku bangun dan mara ke bilik Doktor Raiyan. Pintu diketuk sekalu dua sebelum dibenarkan masuk.

"Doktor, saya nak tanya sesuatu boleh?" Dia angguk dan menanggalkan kaca mata. "What's up?" Tangan dihala ke arah kerusi kosong di depan dia. Aku menolak pelawaannya. "Macam mana saya nak suruh someone cerita something dekat kita? Saya tak tahu nak guna cara apa dah. Tak kanlah saya nak kena belasah lagi teruk orang tu"

Muka Raiyan yang tersenyum berubah menjadi risau. "Jangan risau, saya tak akan seksa orang yang tidak dikenali" Dahi dia makin lama makin berkerut. "Okay fine, pasal Rafael. Dia jadi distance. Saya tak tahu kenapa. Doktor kan dah kahwin, mesti ada experience" Doktor Raiyan meletakkan jari di bawah dagu dan berfikir.

"Awak tak tanya dia ke kenapa jadi distance? In a relationship we always need to talk to one another. Because one of the main reason for a relationship to break is miscommunication. Cuba slow talk" Macam mana nak slow talk kalau nak cakap pun susah. Nanti aku ikat jugak kaki dengan badan Rafael. Haritu tangan aje.

"Thank you for your advice. Saya pergi dulu ye" Aku pergi meninggalkan bilik Doktor Raiyan. Pada pukul 6 petang, klinik tutup dan aku pergi ke sebuah kedai bunga yang masih buka. "Ye cik, cari apa?" Ada seorang pekerja perempuan menegur aku. "Saya nak cari bunga...black rose ada tak?" Dia pergi ke bahagian belakang untuk mencari.

Sambil itu aku berjalan sekeliling kedai itu. Kebanyakan bunga di dalam kedai itu merupakan bunga yang Rafael pernah bagi. Asyik aku je dapat bunga, why not give it to him too? Jari aku tiba tercucuk duri pada batang bunga. Darah menitik ke daun. Beberapa minit kemudian, pekerja itu datang dengan membawa satu bouquet bunga mawar hitam.

Aku membeli kad kecil untuk diletakkan pada bouquet itu. 'Abang baik bagitahu sayang kenapa abang jadi jauh. Kalau tak sayang sunat ke abang kali kedua' Aku melihat kad itu sebelun diselit ke dalam bunga. Aku membayar bunga itu dan keluar dari kedai tetapu terlanggar seseorang. "Eh sorry, saya tak perasan"

Aku mendongak sedikit untuk melihat wajah orang itu. Lelaki itu hanya senyum dan tunduk sebelum masuk ke dalam kedai. Macam pernah nampak la muka dia tapi dekat mana ye? Aku memandang kebelakang untuk melihat muka lelaki itu sekali lagi tetapu tiada. "Dah lah, balik ni bagi bunga dekat Rafael pastu masak untuk dia"

Daun yang terkena titisan darah tadi dipetik. Daun itu ditenung lama sebelum dimasukkan ke dalam poket. "Tadi tu pelanggan terakhir kita kan?" Pekerja perempuan itu angguk. "Neldea Haniya. Tengku Rafael's angel. Riaz Azriel's princess. Target Aisaar Qazeem. Kesian dia. Mesti dia tak ingat apa yang dia dah buat dekat Aisaar sampai Aisaar tergila-gila kan dia"

His Angel | CWhere stories live. Discover now