𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 𝟒

320 11 0
                                    

Mujurlah bisikan aku tadi tidak didengari tuan badan. Aku menghembus nafas lega. Waktu pulang makin berdekatan. Aku yang sedang lena tidur di meja, tiba dikejutkan.

"Awak memang nak tinggal dekat sekolah ke? Kalau tak nak, baik awak bangun. Nanti benda lain pula kejut malam-malam" Mata kuyu aku dibuka perlahan dan melihat wajah Neldea yang sedang sibuk menyalin nota.

Muka dia ketika memberi tumpuan itu sangat tekun. Mungkin muka sebegini lah yang orang lain lihat sebab itu dipanggil ganas. "Berkerut aje kening tu. Try to relaxed it a bit. It might stay like that forever" Aku menegakkan badan dan menggeliat.

"So, what are we learning right now?" Aku melihat ke palan putih yang penuh dengan nota. "Siapa tidak siap salin, tidak dibenarkan balik!" Cikgu menghentak meja kuat. Aku melihat jam yang menunjukkan beberapa minit sahaja lagi sebelum balik. Neldea seperti sudah siap menyalin nota.

"Kenapa tak kejut aku awal-awal? Kan aku kena balik lambat macam ni" Laju aku membuka buku dan menyalin nota. "Siapa suruh tidur? Bukan salah saya. Saya tidak bersalah" Dia mengangkat bahu. Aku mengeluh.

Selepas siap menyalin nota barulah aku boleh pulang. Murid-murid lain sudah lama meninggalkan kawasan sekolah. Orang di kawasan motosikal makin berkurangan.

Tiba-tiba ada seorang budak datang berlari ke arah aku. "Abang abang, tolong akak!" budak itu menarik tangan aku dan mengheret aku ke belakang bangunan yang berdekatan. Aku nampak Neldea yang sedang memegang seekor kucing bayi.

Apa yang nak kena tolong? "Tolong akak tu" Aku ditolak ke arah Neldea yang sedang membelai kucing itu. "Haniy, kau okay?" Dia menoleh ke arah aku, pipi dia jelas mempunyai kesan tamparan.

Aku mencangkung di depan dia. "Kenapa dengan pipi kau ni!? Siapa buat?" Aku mengelap tangisan yang tertitis ke pipi dia. "Tengok kucing ni, kesian dia" Dia menangis sambil membelai kucing. "Haniy, pasal kucing aje. Kenapa kau nangis sampai macam ni?"

Aku sedikit cemburu dengan tangisan dia yang mengalir hanya disebabkan seekor kucing kurap ini. "Kesian dia awak, bayi lagi tapi kena seksa" Dia memandang tepat pada bebola mata aku. Hati aku terguris melihat air mata dia yang mengalir.

"Jom bawa dia pergi vet" Aku membantu dia berdiri tegak. "Yang kau ni budak, datang daripada mana?" Aku menoleh ke arah budak itu dan dia tersenyum sipu-sipu. "Budak tu dengan kawan-kawan dialah yang seksa kucing ni" Perlahan Neldea membunyikan suara.

Tergesa-gesa budak itu melarikan diri. Dah buat salah tahu pula nak lari. Kami tiba di klinik haiwan berdekatan. Kami duduk di bahagian menunggu. Neldea menundukkan kepalanya.

"Awak rasa kucing tu hidup tak?" Eh negatif thinking sangat ni Haniy "I think so, let's just pray that it will. Why are you so scared for that cat health?" Dia diam dan mendongak ke langit.

"Saya dulu pernah ada kucing, tapi dia mati sebab kene pukul. Saya waktu tu keluar ke bandar. Balik-balik aje, saya tengok kucing tu dah nyawa-nyawa ikan. Saya memang menangis tak berhenti-henti. Seminggu saya demam"

Aku melihat mata dia kembali berair menceritakan kisah lalu. Betapa cintanya dia pada seekor haiwan. Begini agaknya perasaan Xavier waktu Rose sakit dan tinggal di klinik haiwan untuk beberapa hari. "Haniy, please stop crying. I'm sure that cat will survive, okay? Don't cry no more"

Aku membawa Neldea pulang setelah mengesahkan kesihatan kucing itu. "Kan aku dah kata kucing tu elok aje. Esok kita tengok dia okay? Aku ambil kau" dia mengangguk dan melangkah masuk ke dalam rumah.

His Angel | CWhere stories live. Discover now