𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 𝟒𝟐

64 1 0
                                    

Aku mencelik mata dan melihat Rafael yang sedang lena. Sampai sahaja di hotel, waktu malam sudah menjelang. Michael menempah bilik tingkat bawah dari kami. Masuk-masuk bilik hotel, badan direbahkan ke atas katil yang empuk. Aku membersihkan diri dahulu sebelum tidur. Rafael sudah berdengkur saat aku keluar dari bilik mandi.

"Abang, kut ye pun nak tidur. Mandilah dulu. Abang tu dah la bucuk!" Aku mengkepit hidung dan menarik tangan Rafael supaya bangun. Dia merungut dan berguling ke hujung tengah katil. Nak mandi pun susah ke? Ingat perempuan aje. "Abangg! Bangun la!" Aku membaling tuala yang digunakan untuk mengering rambut ke badan Rafael. Lambat-lambat dia bangun dan alih tuala itu.

"Jom, mandi sekali lagi" Rafael bangun lalu jalan ke arahku. Tangan diletakkan ke pinggang aku. "Nak?" Aku menggeleng dan menolak dia. "Orang dah wangi-wangi ni. Gi mandi!" Aku memusingkan badan dia dan tolak ke arah bilik mandi yang sudah sedia terbuka pintu. "Tch" Bunyi yang keluar dari mulut Rafael sebaik sahaja aku menjeling dia dan menghempas pintu.

Aku memakai baju tidur dan berdiri di hadapan tingkap yang besar. Dari sini, aku dapat melihat suasana New York yang bercahaya dengan terang. Walaupun waktu sudah tengah malam, jalan raya masih penuh dengan orang ramai. Banyak bangunan yang bernyala. Sebab inilah Rafael memilih hotel yang berada di tengah bandar dan bilik di aras yang tinggi.

Ini merupakan kali pertama aku menjejak kaki ke New York. Sebelum ini hanya sekitar Europe. Sambil aku menikmati pemandangan di bawah, telefon yang berada di atas meja sebelah katil berdering. Sekali dua ia berdering sebelum aku menjawab panggilan. Nama Leonce tertera di skrin telefon. "Hello?" Aku duduk di birai katil dan berbaring.

Suara Leonce seperti tercungap-cungap. "Han, you're in New York right? Be extra careful okay. They're on the move. I know that you're supposed to be on a honeymoon and enjoy everything. But just be on guard. Cause I heard that they are working with someone strong. Don't know if it's only for taking Moonlight down or what" Aku pejam mata dan menarik nafas dalam-dalam.

"Thanks for reminding" Aku membuka semula mata dan duduk. "Your knight will be there too, just for a look out. Don't mind him too much. I know you already has a panther but this is just for a precaution. Okay?" Suara Leonce seperti memujuk. Aku hanya diam dan menamatkan panggilan. Bahu tiba disentuh dari belakang. Rafael sudah siap membersihkan diri.

Air dari rambut dia tertitis jatuh ke dahi aku. "What's with the long face sayang? Care to tell me?" Aku menggeleng dan memegang tangan Rafael. Dia sedang duduk di sebelah aku. Tangan diletakkan ke bahuku dan menarik aku supaya dekat dengan dia. Kepala aku diusap lembut. "Kalau ada apa-apa jadi kat sayang kan abang, abang cari lain tau" Tiba pergerakan tangan dia terhenti.

"Ish, apa cakap macam tu? Tak elok sayang. Dah, dah. Kunci mulut tu. Tidur tidur" Rafael menarik aku untuk baring di atas lengan dia. Badan dipeluk kuat dan belakang aku ditepuk. Dia mendodoikan aku. Sekejap sahaja aku boleh terlena. Berada di dalam pelukan dia rasa amat selesa dan selamat. "Sweet dreams my angel wife.." Dia berbisik ke telinga aku. Dapat didengari samar-samar aje. Penglihatanku menjadi gelap.

Aku bangun dan mengalih tangan Rafael yang memelukku. Rambut dia dimain seketika sebelum berdiri dan pergi ke bilik mandi. Rafael sedang duduk di birai katil sebaik sahaja aku keluar dari bilik mandi. "Laa, baru nak kejutkan. Bangun dah?" Dia angguk dan memperbaiki rambut yang agak serabut. "Abang mandi dulu ye. Lepastu nanti kita solat sama-sama" Aku angguk dan mentebarkan sejadah sambil menunggu Rafael.

Usai sarapan, aku dan Rafael berjalan di sekitar New York. Michael pergi berjumpa dengan rakannya yang menetap di sini. Salji turun dan memenuhi jalan raya di New York. Mujurlah aku membawa baju sejuk seperti yang Rafael pesan. Kalau tak, sejuk gila la badan aku nanti.

His Angel | CWhere stories live. Discover now