Bab kalini saya harap sangat korang jangan ambil serius, sebab itu cuma untuk melengkapkan jalan cerita.
Selamat membaca💕.Bismillah...
.
.
.
.
.
.
"rahasia empat dunia?"
Rasa ingin tahu terbakar dalam dirinya. Ini pertama kalinya dia begitu ingin tahu tentang sesuatu. Ini juga pertama kali dia ingin membaca buku yang tebal entah berapa bilangan mukasuratnya itu.
Zia menarik tulang buku keluar dari rak lalu membuka kulitnya untuk dibaca.
.
The secret of the four worlds
.
Di masa lalu, ada satu teori yang melarang perkahwinan antara iblis dan dewi. Kerana, perkahwinan antara dua makhluk yang berbeza akan melanggar hukum alam dan boleh menandingi dewa.
Suatu hari, seorang dewi turun kebumi untuk melaksanakan tugas. Sementara itu, dia berehat dibawah pohon yang tinggi ditepi tasik yang biru.
Tiba-tiba, raja iblis datang untuk melenyapkan sesiapa sahaja yang berani memasuki hutan terlarang itu. Dan siapa sangka, sang dewi dan raja iblis jatuh cinta pada pandangan pertama. Setiap senja, sang dewi turun ke alam manusia untuk menemui raja iblis.
Tiba satu masa, sang dewi menyatakan perasaannya dan disitu jugalah sang dewi dan raja iblis rasmi menjadi pasangan suami isteri lalu mempunyai seorang anak lelaki yang berdarah campur iblis dan dewa mengalir ditubuhnya..
Anaknya diberi nama 'Azael' ialah nama gabungan sang dewi dan raja iblis iaitu 'uriel' + 'Azazel'. Warna anak matanya merah pekat, rambut perak yang berkilauan. Dan dua sayap yang berbeza dipunggungnya. Hidup mereka sangat harmonis.
Apabila hubungan mereka diketahui oleh para dewa, dewa memutuskan untuk menyerang antara dua puak jika dunia atas dan dunia bawah gagal memisahkan mereka.
Sang dewi menolak untuk berpisah dengan raja iblis kerana terlanjur mencintainya. Mereka pun memutuskan untuk melarikan diri, namun satu ugutan jika sang dewi memutus hubungan dengan dunia atas, para dewa akan membunuh putra mereka yang masih bayi itu. Namun sang dewi berkata..
"Pangkat dewa ialah yang suci dan alam. Namun ingin membunuh makhluk yang tidak berdosa?"
Terdiam para dewa mendengar ucapannya.
Demi menjaga keseimbangan dunia. Sang dewi dan raja iblis berpisah secara paksa. Oleh kerana Azael masih bayi, dia dicampakkan ke dunia manusia dan membiarkan budak itu hidup.
Sang dewi sangat merisaukan putranya sehingga tidak makan dan tidur selama hukuman terhadapnya dijalankan. Raja iblis pula disagel didunia iblis oleh 12 dewa agar tidak dapat melimpasi garis keluar dari dunia itu.
Kerana risau, sang dewi dan raja iblis menghantar satu bawahan yang setia untuk menjaga putranya yang hidup sendiri didunia manusia. Azael pun tumbuh membesar dengan penuh kasih sayang dari bawahan mereka.
YOU ARE READING
Missing Elementals | The Founding Power [Repair]
Cerita PendekZia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari mulutnya, malah ayatnya membuat orang yang mendengar menjadi kebingungan dan salah faham. Dia mempun...