48|.. perlawan III

16 5 1
                                    

Zia berjalan melimpasi kedua temannya dengan sengihan sikopat diwajah. Tanpa berasa takut dia ingin berhadapan dengan dua iblis yang mempunyai skill yang sukar ditemui di dunia iblis.

Kepalanya didongak melihat dua susuk yang berdiri diatas tumpukan tengkorak. Senyumannya semakin lebar selepas melihat ekspresi dua beradik kembar itu.

Zia menoleh sekilas memandang Esya dan Ikah yang seperti kehilangan anergi, lalu dia menggunakan sihir pelindung terhadap mereka dengan sekali tatap.

Oleh kerana ruangan itu dipenuh dengan gelombangnya, mudah bagi Zia menggunakan sihir sebanyak yang dia mahu. Jika tidak begitu, pasti saat ini dia kalah hanya dengan bertemu pandang dengan dua iblis itu.

"Siapa kau?" Soal esya terhadap Zia.

Zia hanya tersenyum sinis lalu membiarkan Esya berfikir sendiri. Dia pun mengalihkan pandangan kepada dua sosok tadi.

"Heh? Kau nak lawan kami?" Soal Clise seperti sedang menyindir.

Zia mengeluar senjatanya dan bersedia untuk menyerang. Skeleton berjubah dibelakangnya memegang senjata maut dengan bola matanya bercahaya kemerahan.

"Hey budak.. temanmu akan mati, jadi gunalah kekuatanmu untuk membakar racun yang hampir menyebar keseluruh tubuhnya itu"

Esya memandang Zia yang masih membelakangi mereka itu dengan wajah terkilan dan lebih kepada tidak memercayai apa yang berlaku saat ini.

"Manfaatkanlah kesempatan ini" kata-kata Zia sebelum bergerak menyerang dua iblis itu.

Melihat itu, Esya dan Ikah pun dengan cepat berlari kearah ana yang masih baring menelentang diatas tanah. Esya masih mencari maksud dari kata-kata Zia.

"Apa maksud zia?"

Ikah hanya menjungkit bahu dengan muka kosong. Mereka memandang Ana, wajahnya pucat.

"Buat jelah" Ikah

Esya mengeluh perlahan, dia meletakkan kedua tangannya diatas dada Ana. Lalu menunggu apa yang akan terjadi.

...3 minutes later...

"Tak jadi pape pun?"
Soal Esya kehairanan.

Ikah mengetup kepala Esya kerana kesal, "ni lah akibat tidak sewibu macam zia"

Ikah mengulingkan anak mata..

Kang!

Dap..

Klang!

Tap..

Shing!!

Bunyi pedang dan juga langkah kaki.

"Zia tengah lengahkan diorang tu, jadi kita kenalah berjuang juga"

"Tapi apa kita boleh buat? Aku takde kuasa macam korang!" Esya..

Ikah melepas keluh lalu menatap Esya dengan kening dijungkit, dia juga tidak faham apa yang Zia fikirkan saat ini sehinggakan tidak peduli dengan lukanya.

"Cobalah percaya dengan diri kau, dengan aliran kekuatan kau, macam aku buat dulu" Ikah.

Esya tersinggung..
Dia pun mengikuti kata-kata Ikah..

Esya meletakkan tangannya diatas Ana, matanya dipejam dan riak mukanya mulai tenang. Dia memberikan kosentrasi penuh terhadap dirinya. Sekelilingnya mulai berubah menjadi warna putih.

"Buka matamu"

Suara seorang wanita berada dihadapannya. Esya membuka mata, terkejut dia melihat seorang wanita berpakaian dress putih bergaris keemasan, rambut putih dan warna anak mata yang keemasan duduk memeluk lutut dihadapan nya.

Missing Elementals | The Founding Power [Repair]Where stories live. Discover now