Zia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari mulutnya, malah ayatnya membuat orang yang mendengar menjadi kebingungan dan salah faham.
Dia mempun...
"Ah! Aku hampir terlupa, sebenarnya aku ada rancangan untuk menyusup istana kerajaan hestern" yohan.
"Kelmarin aku dapat sampul surat dari menara Asteria, menara yang dibina oleh wotaru untuk penyamaran sebagai penyihir yang handal. Jadi surat itu dari kerajaan hestern. Dia meminta kita membuatkan rantai sihir secepat mungkin, dan bayarannya agak banyak. Mungkin juga esok kita perlu menghantar barang yang diminta"
Suasana menjadi serius.
"Jadi, akulah yang kena buat rantai tu?" Soal wade sambil memeluk tubuh.
Yohan angguk malas.
"Saya akan menggunakan sihir hitam saya untuk menutup identiti mereka, kau juga perlu berhati-hati" cleo memandang penyihir yang ada diruang itu satu per satu.
"Dan kamu....." Cleo secara mengejut memandang kearah amar dan iska.
Mereka meneguk liur.
"Oleh kerana kamu tidak dapat menggunakan sihir, aku akan meletakkan sihir pelindung pada kamu. Dan, berperanlah layaknya seorang pemandu kereta kuda" cleo tersenyum jahat.
"HAH?! PEMANDU KERETA KUDA?"
.
.
.
.
.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pakaian mereka. Sedangkan amar dan iska berpakaian prajurit.
"Haaa" esya mengeluh. 'baju ni... Sangat sangat tidak selesaa weyhhh!' esya mengetap gigi tanda tidak berpuas hati. Dia duduk bersilang, siku disandarkan ke tingkap kecil dan sebelah tangannya tidak lepas dari terus menahan skirt yang dipakai supaya tidak terbang.