41|

21 5 1
                                    


Velic menarik beg bagasinya masuk kedalam menara.

"Hmm"

Tiba didalam menara, seorang pelayan wanita membantu membawakan beg bagasi itu.

"tunggu" velic memanggil. Langkah pelayan itu berhenti lalu menoleh.

"Ada yang perlu saya bantu, tuan?" Soalnya.

"Dimana tuan muda? Ada tetamu? Jarang tuan menerima tetamu sebanyak ini" soal velic sambil menggunakan mata iblis. Keningnya dikerut.

"Oh, tuan muda sudah menunggu dibilik kerjanya. Benar, tuan muda membawa beberapa manusia dari dunia pertama masuk ke sini, mereka budak yang baik, tuan." Pelayan itu menjawap sambil tersenyum.

"Tetamu dari dunia pertama, maksudnya, zia dan teman temannya?"

Pelayan itu mengangguk lalu menunduk sedikit badannya.
"Ada apa-apa lagi, tuan?"

"Oh, terima kasih anna, kau boleh pergi"

"Kalau begitu, saya minta diri dulu" kata pelayan itu sebelum menunduk dan berlalu pergi.

Tidak lama selepas itu, velic terserempak dengan dua manusia yang sangat ia kenali.

"Cikgu? Cikgu buat apa kat sini?" Soal iska.

Velic undur beberapa langkah sebelum melihat sosok manusia yang mengenalinya sebagai cikgu itu. 'oh, budak tak boleh guna sihir ni rupanya'

"Kamu tu buat apa kat sini, takkanlah yohan bawa kamu sekali?" Balasnya.

"Saya nak jaga adik sepupu saya cikgu"

"Saya nak jaga girlfrnd saya cikgu" amar dengan yakinnya mengangkat tangan tinggi-tinggi.

Velic memandang amar dengan mata mengecil. "Dimenara ni dilarang bermesra"

"Ntah dia ni cikgu, tak patut tak patut" iska menggelengkan kepala.

Amar hanya tertawa kecil.

"Dah, cikgu nak pergi ni. Kamu duk tunggu arahan aje" ujar velic sebelum berlalu pergi.

Mereka hanya akur..
"Agaknya, cikgu velic dengan yohan tu adik beradik ke eh" amar menyentuh dagu. Kalau dilihat betul-betul, ada irasnya juga.

Iska menjungkit bahu..
"Manalah aku tahu"

Amar memukul mukul lengan iska menggunakan siku.

"Mana diorang?" Amar melilau mencari sosok si crush.

Iska dengan perasaan hampeh benjalan meninggalkan amar tanpa berkata apa-apa.

"Uish, tunggulah aku!"

.

.

.

.

Dah hampir sejam esya, ana, irah dan zia berlari di lapangan. Akhirnya mereka berehat ditempat yang tidak terkena sinaran matahari.

"Dahaga pula leher ni" keluh irah sambil mengipas diri menggunakan kipas sihir miliknya.

"Wow! Cantiknya kipas" ana memuji. Hujung jarinya hendak menyentuh, tapi rasa tak patut pula.

"Kita takde ke?" Soal esya.

"Mestilah ade! Tengok ni" zia mengeluarkan pedang sihir melalui cincin sihir miliknya.

"Mestilah ade! Tengok ni" zia mengeluarkan pedang sihir melalui cincin sihir miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Missing Elementals | The Founding Power [Repair]Where stories live. Discover now