yohan menengok mukanya dicermin sambil menekan-nekan pipinya. Lalu berlatih senyum.
"Hmm rambut oke, mata?"
Aku kena tukar warna mata aku ni supaya seiras ngan zia. Untung ada tuan Maxx.
«Flashback»
"Hmmm" guman tuan Maxx sambil menyentuh dagunya, dengan Wotaru berdiri disebelahnya. Yohan masih baring menelentang tidak sedarkan diri.
"Tuan Maxx, apa tuan muda boleh diselamatkan? Dia bahkan tidak boleh mengawal kekuatannya" Wotaru.
Tuan Maxx menghela keluh.
"Baru kalini aku jumpa penyihir dibawah umur. Menjadi penyihir tahap 10 bukanlah mudah, orang terakhir yang boleh mencapai kelas sembilan dalam sejarah pun cuma satu orang, selain aku. Itu pun dah berumur 60-an" Ujar tuan Maxx sambil menggaru kening. Dia melepas keluh.
Tuan Maxx menatap Yohan dengan kening berkerut.
'diumur begini, dia sudah mencapai tahap 7. Dia ni ditakdirkan untuk jadi sama macam aku ke? Tapi, saat aku umur 15 tahun, aku tidak pasti aku telah mencapai tahap berapa. Aku bahkan boleh membuat orang hilang dari pandangan sesuka hatiku saat aku masih lagi berumur 3 tahun'
(Zaman Maxximiliam dulu, buku adalah mainan bagi anak yang berketurunan bangsawan. Jadi kebanyakan anak bangsawan pandai belaka dan formal seperti orang dewasa)
"Haaaa dunia dulu dengan dunia anak zaman sekarang sangat berbeza ya?" Keluhnya.
Maxx mengeluarkan buku dan buku itu berterapungan diudara. Dia membelek mukasurat buku sehingga dia menemukan satu catatan peribadinya yang telah ia tulis tentang ledakan mana.
"I see.. jadi aku hanya perlu menyatukan dia dengan sihir." Ujar Maxx sementara tangannya masih menyentuh mukasurat buku yang dibuka.
'budak ni, mempunyai lost aura.. aura yang tak terkendalikan. Patutlah takle kawal.. aku tinggal menarik rapalan mantera yang diletak pada dahinya. Melihat itu, dia memang sama dengan bud-'
Seketika tuan Maxx teringat akan seorang remaja perempuan yang serupa dengan kekasihnya. Zia.
"Wotaru"
"Ada apa tuan Maxx?" Sahut Wotaru.
"Siapa gadis yang melindungi Yohan tempoh hari?" Soal Maxx dengan keadaan tidak memandang Wotaru. Dia menarik rapalan mantera yang ada pada dahi Yohan.
Tangannya mengeluarkan serihan asap, ia bersambung dengan huruf sihir yang tertulis didahi Yohan.
"Dia adalah manusia yang dibawa oleh tuan muda ke dunia Azeroth. Nama dia Zia" terang Wotaru.
Maxx terkejut.
"Kamu tahu kan, akan lebih berbahaya jika mereka terus disini! Kenapa kamu malah membawa manusia kesini?!"
Wotaru terdiam. Dunia azeroth adalah dunia para penyihir, lebih tepatnya suku penyihir. Jarang ada manusia disitu. Setiap orang pasti boleh menggunakan sihir, ataupun paling tidak, sihir tahap satu. Jika ada yang tidak boleh menggunakan sihir, ia akan dipindahkan kedunia manusia, kerana sihir amat berbahaya bagi mereka yang tidak mempunyai permata sihir. Walaupun begitu, masyarakat suku penyihir sangat aman dan damai, tanpa memandang keturunan dan peringkat atau tahap sihir.
"Maafkan saya, tuan Maxx. Mereka cuma nak selamatkan rakan mereka yang diculik oleh raja Dyrus"
Maxx menghela keluh. Dia menarik kembali tangannya apabila selesai menarik rapalan mantera tadi.
"Untung saja mereka pemegang kuasa elemental dunia. Jadi takkan terjadi masalah jika mereka terus menetap disini" ujar tuan Maxx
Yohan bangun lalu terduduk seperti baru keluar dari mimpi buruk.
![](https://img.wattpad.com/cover/352675111-288-k143999.jpg)
YOU ARE READING
Missing Elementals | The Founding Power [Repair]
Short StoryZia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari mulutnya, malah ayatnya membuat orang yang mendengar menjadi kebingungan dan salah faham. Dia mempun...