57| [PROSES PEMBUATAN S2]

15 1 0
                                    

Asterix Tower....

Bush!

Slashh!

"Tuan Maxx, boleh tak kita berehat kejap. Penatlah" keluh Yohan.

"Selagi kamu belum memahami teknik itu, jangan berhenti. Latihkan lagi" balas tuan Maxx dengan tegas.

Yohan menghela nafas dalam-dalam lalu hembus. Dia memejamkan mata.

'kalau dulu.. aku sampai tak tidur malam semata-mata nak aktifkan kuasa elemental petir.. apa mungkin perbezaan zaman penyihir ditempat ini lambat memahami teknik sihirku?' tuan Maxx bermonolog.

"Lightning!"

Srakh..

BLARRRRR!

Terbuntang mata tuan Maxx menyaksikan lepasan sihir Yohan. Tapi dia tidak terlalu terkejut.

"Tuan Maxx" panggil Yohan dengan suara lemah.

Tuan Maxx menyentuh dagu. Dia berfikir mungkin akan lebih baik jikalau dia mengajar Yohan untuk menghafar kalimat buku yang dia tulis.

"Kita sudahi dulu. Esok, kamu ikut saya ke tempat simpanan buku terlarangku."

"Apa? Tapi kan-"

"Jangan risau, buku yang aku simpan disana hanyalah sedikit dari buku sejarah yang aku buat. Jadi, walaupun begitu, hanya kau yang boleh membaca buku-buku itu." Ujar tuan Maxx dengan santainya.

"Jangan sesekali memercayai buku itu kepada orang lain selain diri kau"

Yohan meneguk air liur.

"Baik tuan"

×××

Yohan menghempaskan diri diatas katil yang empuk didalam biliknya. Keluh pun dilepas.

"Apa agaknya Zia dan kawan-kawannya buat kat sana eh?" Soalnya.

'hari sebelum dia pulang, dia terima aku sebagai.... tapi sampai sekarang dia tak tanya khabar aku-'

Yohan menepuk kuat wajahnya..

"Ini kan dunia lain, macam mana dia nak call aku.. takkan sebab aku rindu aku sampai berfikiran tak logik? Kalau aku fikir begini.. dia mesti......" Yohan terdiam.

"Hm? ..Macam mana nak berkirim surat ke dunia Azeroth.." ucap Zia yang berada didunia manusia.

"Dia mesti apa eh?"

Yohan pun berfikir...

×××

Tuan Maxx memasuki pintu bilik yang terletaknya buku terlarang. Seseorang yang sedang mengikutinya dari belakang bersembunyi apabila tuan Maxx coba menoleh.

"Tsk!"

Tuan Maxx kembali fokus ke tujuan awal tanpa berniat mahu peduli dengan manusia yang ada dibelakangnya.

Dia membuka sihir pintu. Usai sahaja dia membuka rapalan sihir yang ada pada pintu tadi, manusia yang tadi bersembunyi keluar dan berniat ingin memukul tuan Maxx dari belakang.

Tap! Tap! Tap!

Bugh!

"Hah?"

"Berapa umurmu nak?" Soal tuan Maxx. Sebelah tangannya menahan kayu yang digunakan oleh lelaki berambut perang itu.

Lelaki itu tanpa menjawap soalannya terus menjauh dan membiarkan kayu diguna olehnya tadi ditangan tuan Maxx.

"Oh kau, kau pelayan dirumah Yohan kan? Kenapa boleh berada di tingkat terbawah menara Asterix?"

Missing Elementals | The Founding Power [Repair]Where stories live. Discover now