«Flashback»
Wotaru menggunakan sihir taliportasi selepas menyindir iblis yang ramah itu. Feire. Setelah itu, Wotaru tiba dijalanan yang sepi di dalam istana hestern.
Sempat lagi Wotaru menyentuh kepala Amar dan Iska menggunakan kedua-dua belah tangannya. Dapat dirasakan oleh mereka ada suatu yang mengalir dan hangat keseluruh tubuh mereka. Selesai sahaja, Wotaru menarik kembali tangannya.
"Apa yang kau dah buat?"
Iska menatap Wotaru dengan penuh soal. Entah apa yang dilakukan oleh lelaki kacak itu, takut juga sebenarnya.
Krrrrrrk..
"Anggap saja saya telah menjampi encik berdua" jawap Wotaru sebelum mengerling memandang kearah bunyi.
Terlihat susuk tubuh wanita yang diselimuti gelap berdiri sambil menyeret pedangnya, bersama tiga orang pengawal mengikutinya dari belakang.
Tap..
Tap..
Tak..
"well, well..is this a dream? the handsome man standing over there~"
Selamba saja wanita itu menutup bibirnya dengan tangan, senyuman sinis terlihat.
"I thought you were a woman, your hair is very long "
Wotaru hanya membalas dengan riak muka kosong. Tujuannya bukanlah wanita itu, melainkan ingin mencari punca mereka tidak boleh menggunakan sihir sesuka hati.
"Siapa pula perempuan ni" Amar mengerling memandang wanita itu.
"Oh come on boy.. i just want to be friend with you. I'm Elena.. handsome long hair guy, huh? I know, you're fascinated by my beautiful face, right?" Wanita itu tersenyum kelat, lalu menjilat bawah bibir dengan gerakan perlahan.
Wotaru memandang wanita yang bernama Elena itu dengan mata mengecil tanda dia tidak tertarik sama sekali terhadap wanita itu. Tiga pengawal dibelakangnya seperti sedang angau dengan keberadaan wanita itu.
'cantik-cantik kau, cantik lagi adik aku.. haaa rindu pula dengan kei yang menggemaskan' Wotaru tersenyum mengingat gelagat adiknya semasa berlatih berpedang.
Semasa adiknya berlari berpusing satu ruang latihan yang besar itu untuk mengasa stamina. Bukannya berlari dengan serius, malah berlari sambil melompat kecil lalu menyanyikan lagu 'Tokyo goul' season satu. Haaaa, kan dah terjangkit penyakit wibu.. ini semua salah zia..
"Huh? Why me?"
Tanpa sedar dia tertawa kecil. Amar dan Iska hanya memerhati.
"Ekhem! What a shameless.." Wotaru memalingkan wajah hadap kesisi lalu mengherotkan senyuman ke sisi.
Wotaru jarang bersikap begitu. Riak wajah Elena menjadi serius apabila mendengar kata-kata Wotaru. Dia berkerut kening.
"You're one of them, huh?.. If it's true, it means I have no reason to be friends with you"
YOU ARE READING
Missing Elementals | The Founding Power [Repair]
Cerita PendekZia merupakan seorang gadis yang bersekolah di smk pecinta alam. Dia dulunya seorang pendiam dan apa yang ingin dikatakan lain pula yang keluar dari mulutnya, malah ayatnya membuat orang yang mendengar menjadi kebingungan dan salah faham. Dia mempun...