46|.. perlawaan 1..

20 4 0
                                    

Dipertarungan itu, cleo dan wade melawan monster dan haiwan buas itu menggunakan sihir. Mereka perlu menyimpan tenaga untuk pertarungan seterusnya.

Shingg!

Klang!

Velic melawan lelaki berkatana itu, dia menekan aura keberadaan supaya mudah menipu lelaki itu.

"Hanya segini? Lemah!" Lelaki itu seringai.

"Hyattt!"

Kanghhhh!

Velic menyerang dan ditahan dengan mudah oleh lelaki itu.

"Haaaa.. aku belum guna kekuatan penuh lagi" velic mengherotkan senyuman ke sisi.

Lelaki itu menghayun pedangnya dan membuat velic terhempas kebelakang. Velic dan wotaru bertembung.

Wotaru sudah menunjukkan separuh bentuk silumannya, telinga rubah diatas kepala dikeluarkan untuk menajamkan lagi pendengarannya, dan mata siluman bewarna hijau diaktifkan untuk mengawal penggunaan mana.

"Bagaimana? Kau dah tau dimana tuan muda atau belum?" Soal velic terhadap wotaru.

"Belum, sihir ditempat ini menghalang mata siluman saya mengesan keberadaan tuan muda" wotaru menjawap sambil fokus kepada musuh.

"Kenapa kau tak guna mata kedua aje"

"Tak boleh, ini bukan menara Asterix. Kalau saya menggunakan mata siluman kedua, keberadaan tuan muda amat diperlukan untuk mengawal bentuk asal saya" jawap wotaru. Dia tidak ingin melihat dirinya yang lemah dan kalah dengan kekuatannya sendiri lagi.

Velic mengeluh..
"Cobalah untuk percaya dengan diri sendiri, wotaru"

"Saya tahu. Sudah! Berjuanglah velic!" wotaru jujur lalu tersenyum terhadap velic.

Velic mengangguk lalu menyambung perlawanannya dengan lelaki berkatana itu.

.

Sementara itu, amar dan iska pula berhadapan dengan satu makhluk undead.

Undead merupakan makhluk yang dihidupkan semula sebagai mayat hidup. Ia juga tidak boleh ditumbangkan dengan begitu mudah, makhluk yang berupakan tengkorak dan hanya memegang senjata maut iaitu 'scythe'. Makhluk itu, mesti ada puncanya agar dia bergerak.

Padahal badan dia tengkorak, boleh pula bergerak?.

Jadi, tugas dua manusia itu adalah mencari puncanya.

"Hiyyyyy dasar tengkorak! Boleh tak makeup muka tu sikit, baru lah nampak cantik!" Amar sambil menahan serangan makhluk itu.

Iska hanya tertawa..
"Kau ni, sekali dia pakai makeup nampak lagi menyeramkan, baru tahu." iska.

Mereka terus menebas makhluk itu, namun tercantum kembali.

"Encik makhluk tengkorak, boleh tak kau bagitahu kitorang dimana master kau?" Soal amar setelah melompat kebelakang untuk mengelak mata scythe itu mengenainya.

Makhluk itu berhenti lalu berdiri tegak.

"Weiyh! Dia berhenti lah!.. mar, mungkin dia tertarik ngan kau!"

Amar ngepose acah-acah cool.
"Wahai makhluk tengkorak.. siapa tuan kau?"

Makhluk itu menoleh lalu menunjuk kearah suatu tempat. Tapi tidak ada sesiapa pun disitu.

"Hahahahahahaha, dasar manusia! Aku tidak mengerti, mengapa kamu bertingkah begitu"

Melihat dua manusia itu terpinga-pinga dia pun tersenyum.

Missing Elementals | The Founding Power [Repair]Where stories live. Discover now