52 |..

16 5 1
                                    


Irah duduk memeluk lutut dengan mukanya disembam kelutut. Yohan mula rasa ada yang tak kena dengan Wotaru, perasaannya mulai cemas tambahan pula Velic yang merupakan abangnya itu tercedera. Walaupun dia tidak menunjukkan melalui tingkah ataupun dari rieksi muka, tapi sinar matanya tampak serabut.

Hari semakin gelap. Dapat dilihat olehnya suasana taman istana melalui jendela kaca balkoni. Matahari hampir terbenam.

'tak lama lagi, bulan sihir.. dimana kau, Zia'

Tiba-tiba satu portal terbuka dibelakangnya. Zia, Ikah, Esya dan Ana keluar dari portal tersebut. Yohan menoleh.

"Yohan! Apa dah jadi ni?" Zia menyoal. Ikah mendekati Irah yang duduk memeluk lutut.

Yohan hanya diam memandang Zia dengan mata terkulai, matanya melirik rambut zia yang berubah warna. Dia datang mendekat lalu menyentil dahi Zia tanpa berkata apa-apa.

"Adeh! Sakitlah!" Zia mendesis sakit. Warna rambutnya kembali hitam seperti sediakala.

"Kau buat apa tadi?" Soal Yohan dengan datar. Zia menatapnya dengan kening dikerut.

"Aku gi belasah dua ekor iblis" jawap Zia sambil menggaru kening yang tidak gatal dengan mulut sengaja dimonyokkan. Yohan menghela keluh. Zia memerhati warna mata Yohan yang tadi asyik membuat hatinya sayu. Zia berkerut kening.

"Lain kali hati-hati. Kalau mana kau diserap habis, rambut kau akan berubah, itu bukan bererti menunjukkan penampilan baru. Itu bermaksud, kejap lagi kau 'gone'" terang Yohan seperti sedang menyakat. Zia mengambil helaian rambut yang berjontai ditelinganya untuk memeriksa. Melihat warna rambutnya kembali hitam, dia tersengih sebelum mengerling memandang ketepi. Terbahang matanya melihat Cleo membalut luka Velic menggunakan perban.

"Cikgu Velic! Kita kena tolong dia!"

Yohan hanya membiarkan Zia, Esya dan Ana pergi untuk menolong. Ikah pula menenangkan Irah.

"Yohan!"

Yohan mengalihkan pandangan kearah orang yang memanggilnya itu, rasa tidak asing pula dengan suara itu. Amar dan Iska berlari menuju kearahnya, dengan Wotaru yang sudah mengecil didalam dakapan Iska. Terbahang matanya melihat keadaan Wotaru serta mana miliknya semakin tipis.

Matanya menatap tajam kearah Amar dan Iska. Melihat dua manusia itu memiliki mana yang sama dengan Wotaru, dia mengerutkan kening. Dia menjegil mata menatap dua manusia itu.

"Yo-"

"Apa yang kau dah buat?" Soalan Yohan memotong perkataan Amar dan membuat dua remaja itu tercengang. Yohan tanpa ragu meraih tubuh kecil Wotaru sehingga betul-betul berada didalam pelukannya.

"Tadi perempuan dari negara north serang dia sementara kami mengambil Kristel amethyst" Iska menjawap.

"Negara north?" Yohan menatap risau terhadap Wotaru. Dia tidak tahu harus berbuat apa, pelindung sihirnya semakin menipis.

Krak!

Dapat didengar olehnya, bunyi retakan pada pelindungnya. Pelindung tersebut bertujuan untuk menghalang mana Yohan yang tebal itu meledak. Yohan merupakan keturunan Maxximiliam, walaupun bukan cucu kepadanya tapi darah penyihir Maxx mengalir ditubuhnya. Dia mempunyai bakat dalam sihir sejak lahir dan oleh kerana itu, mana yang ada dalam dirinya sangat kuat sehinggakan boleh menyebabkan ledakan mana. Tapi saat ini, dia tidak peduli dengan pelindung sihirnya yang semakin nipis itu. Dia menggunakan kuasa heal terhadap Wotaru.

Yohan mendongak melihat bulan yang berubah warna menjadi merah menandakan malam bulan sihir sudah mengembang melalui jendela balkoni.

Krak!

Missing Elementals | The Founding Power [Repair]Where stories live. Discover now