AIREL memandang wajah isterinya yang dinikahi tanpa ada perasaan sayang mahu pun cinta. Ini semua atas sebab dijodohkan oleh keluarga.
"Kau dengar sini, aku tak nak kau simpan perasaan dekat aku dan kau tak akan dapat rasa cinta dari aku sikit pun. Faham?" Tegas suara Airel dan Hyura menganguk kepalanya tanda faham.
"Macam mana kalau perasaan tu datang sendiri tanpa saya minta?" Soal Hyura dan langkah Airel yang hendak masuk ke dalam tandas terhenti dan menoleh.
"Buang. Campak jauh jauh sebab aku tak nak kau kekal jadi isteri aku. Sampai masa aku akan ceraikan kau." Setelah itu dia masuk ke dalam bilik air. Sakit kata kata yang Hyura perlu telan.
Kepala Hyura terangkat memandang Airel dan sepantas kilat dia menoleh memandang ke arah lain tatkala suami nya tidak berbaju.
"Kenapa awak tak pakai baju?" Airel yang sedang mengeringkan rambut tu menoleh dan berdecit.
"Lantak aku la nak pakai baju atau tak. Kau tak payah lah tunjuk yang diri kau tu bagus tak pernah tengok badan laki entah entah sentuh pun pernah." Tuduh Airel sesuka hati nya saja.
"Sampai macam tu sekali awak tuduh saya Airel? Saya tak pernah buat benda macam tu. Saya masih tahu halal haram." Kata Hyura. Kenapa lah Airel pandang dia ni macam tak ada maruah? Hina sangat ke dia.
"Tahu halal haram konon. Kau ingat aku tak tahu yang kau dulu kaki club? Keluar lewat malam balik pagi. Itu kau kata kau tahu halal haram?" Airel tergelak sinis. Dia tahu pun sebab Syurina sepupu Hyura memberitahu nya.
"Kenapa awak nak ungkit kisah silam saya Airel? Awak hukum saya macam awak tu terpaling suci." Hyura tidak mampu tahan kata kata nya dan entah bagaimana mulutnya lancar berkata bergitu. Airel melangkah mendekati nya.
"Kau kata apa tadi? Kau kata aku terpaling suci? Kau dengan aku macam langit dengan bumi kau tahu!" Dicengkam rambut Hyura dan gadis itu menjerit sakit.
"Entah berapa ramai jantan kau dah tidur lepastu nak tutup malu kau terima khawin dengan aku hm? Macam tu?." Dilepas kasar rambut Hyura. Tangisan Hyura langsung tidak membuatkan dia simpati.
"Kau tak payah la nak menangis sial. Kau fikir dengan air mata darah kau tu akan buat aku kasihan?" Ditunjal tunjal tepi dahi isterinya.
"Malam ni kau tidurlah dekat lantai atau sofa sekalipun. Aku tak nak tidur dengan perempuan macam kau faham. Blah!." Jerkahnya dan Hyura turun dari katil dan menuju ke sofa.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...