PART 14

2K 76 1
                                    

"Kau tau tak kau menyusahkan aku. Aku dekat rumah risau kau tak balik balik tau tau kau dekat Hospital." Mengalir air mata Hyura kerna sering dikata menyusahkan. Dikesat air mata nya.

Airel yang hendak membuka mulut lagi tidak menjadi apabila Hyura menangis.

"Tu kereta macam mana? Remuk?" Soal Airel namun Hyura hanya menangis saja. Jejaka itu menghela nafas perlahan.

"Hyura." Panggil Airel namun tiada tanda tanda gadis itu akan berhenti menangis walaupun dah banyak kali Hyura seka air mata nya.

"Dah berhenti nangis. Jom balik." Airel hulurkan tangan namun Hyura tidak menyambut nya. Airel hela nafas dan mendekati si isteri.

"Jom balik. Berhenti nangis Hyura." Diusap kepala isterinya. Tersedu sedan gadis itu kerana menangis.

"Sini." Dipegang tangan kiri Hyura dan gadis itu turun dari katil.

Ketika dalam kereta masing masing hanya diam saja. Hyura hanya pandang ke arah luar.

Airel menoleh sekilas ke arah isterinya. Wajah tu termenung memandang ke arah luar.

Setibanya dirumah, Hyura membuka pintu kereta dan melangkah keluar. Diatur langkah masuk ke dalam rumah.

Hyura baring di atas lantai dan tangan kanan di letakkan di atas perut. Dia menatap ke arah siling bilik. Dia terbatuk kerana sejuk.

AIREL menyerabaikan rambutnya rimas apabila Hyura asyik batuk saja.

"Woi aku nak tidurlah! Kau ni asyik batuk ja. Pergilah telan sebotol ubat batuk tu!." Jerkahnya. Hyura bangun dari baringan nya dan mengambil bantal serta kain selimut untuk tidur di ruang tamu.

Hyura pejamkan mata untuk tidur. Sejuk yang membuatkan dia rasa hendak batuk.

Pagi itu, Airel berkerut dahi bila bantal dan kain selimut Hyura tidak ada. Dia bangun untuk turun ke ruang tamu. Dilihat Hyura tidur di sofa. Disentuh dahi isterinya makin panas.

TUAN AIRELWhere stories live. Discover now