HYURA berasa lapar tapi suami nya pergi ke kerja. Hati nya terasa dengan sikap Airel sedangkan waktu jejaka itu sakit, dia sanggup bercuti.
Dia gagah kan juga diri nya untuk memasak walaupun tangan kanan nya terseliuh.
Terbatuk batuk Hyura kerana penat. Dia bersandar seketika sebelum memulakan nya semula.
Setelah siap dimasak, Hyura hidangkan di atas meja dan dia duduk untuk menjamah mengunakan sudu.
AIREL bersandar di kerusi kerja. Entah kenapa tiap kali dia melakukan kerja seakan hati nya gelisah dan tak tentu arah.
"Hyura okey ke dekat rumah?." Hati nya risaukan si isteri. Ketika dia demam, Hyura ambil cuti tapi bila isterinya sakit, dia boleh berada di tempat kerja. Sungguh tidak adil.
"Bro." Airel angkat muka memandang wajah sahabatnya.
"Asal muka serabut ja? Ada apa apa kau nak share?" Soal Henry. Airel hela nafas perlahan.
"Entah la aku rasa macam gelisah tak tahu kenapa. Aku buat kerja pun rasa tak tenang." Henry menganguk faham.
"Kau ada buat sesuatu yang tak kena ke? Sesuatu yang buat kau rasa dosa?" Perlahan lahan Airel menganguk.
"Aku selalu sakitkan hati isteri aku." Henry tergeleng perlahan. Tahu la redflag tapi hati bini jaga la.
"Kalau kau nak tahu isteri punca pintu rezeki. Kau baik dengan isteri kau, rezeki kau tak berputus putus masuk. Balik rumah, perbaiki semula jangan sampai satu tahap hati isteri dah tawar dah sakit, dia tak akan maafkan kita. Masa tu nak menyesal tak ada guna, hidup dalam penyesalan sumpah lebih sakit." Tutur Henry panjang lebar.
HYURA termenung memandang tangan nya yang berbalut. Kata kata Airel terngiang ngiang di telinga.
Pintu rumah yang dibuka menyentakkan nya. Dipandang Airel yang melangkah masuk lalu pandangan dipandang ke arah meja ruang tamu.
"Kau dah makan?" Kepala dianggukkan tanda sudah.
"Masak atau oder?" Soal Airel dengan dahi berkerut hairan.
"Masak." Airel duduk di sebelah Hyura.
"Kan tangan terseliuh, kalau masak jadi apa apa kan susah. Kenapa tak oder foodpanda?" Hyura mengeleng.
"Aish kau ni Hyura memang tak fikir risiko kan? Kalau minyak panas terkena tangan kau tak pasal pasal dua dua tangan sakit." Tajam renungan Airel pada Hyura dan gadis itu menunduk saja.
"Tangan kau terseliuh pun dah satu hal aku kena menjawab dengan mama papa kau tahu? Ni kalau lengan kiri kau kena apa apa dah dua kali nak kena menjawab!." Dipegang kemas lengan kiri isterinya. Wajahnya jelas menunjukkan dia bengang dan marah.
"Nak kata aku rampas telefon kau, elok ja duduk dekat sebelah kau ni ha. Boleh ja kau telefon oder makanan tapi tetap nak masak dengan keadaan macam ni." Airel tak habis habis membebel memarahi Hyura.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...