PADA malam itu, Airel menunggu isterinya di ruang tamu. Dia hanya memakai kemeja hitam yang disinting hingga ke lengan dengan seluar slack saja.
"Abang." Airel menoleh dan tersedak air liur bila melihat isterinya memakai dress labuh berwarna baby blue dan bermanik putih serta tudung bawal baby blue di kepala.
"Jom." Airel bingkas bangun dan mengatur langkah keluar dari rumah. Hyura mengenakan heels yang tapak nya tidak tinggi.
Setiba nya di sana, dilihat ramai yang datang dengan pasangan masing masing.
Airel keluar dari kereta dan mendekati isterinya. Dia memberikan lengan agar Hyura merangkul nya.
"Tuan Airel." Mereka menoleh ke arah satu pasangan dan Hyura menghadiakan senyuman. Airel bersalaman dengan Norizam.
"Abang, saya nak pergi dekat Reen sekejap." Airel menganguk kepalanya dan Hyura pergi menyapa sahabatnya.
"Youuu." Airel berkerut dahi dan mendengus kasar apabila Fadhira turut datang.
"I ingat you tak datang. You pasangan dengan I okeyh ?" Airel merentap lengan nya.
"Stop it Dhira. Kita tak ada apa apa hubungan." Airel berjalan pergi tapi Fadhira tetap mengikuti.
"Eh Reen kau datang dengan siapa?" Soal Hyura dan Reen menjuihkan mulutnya ke arah Dariz.
"Dia ajak aku, aku ikut jela dah alang alang ada makanan free." Hyura tergelak kecil dan menampar bahu kawan nya.
"Sekadar nak tunjuk pasangan jela ni? Pastu dah sampai masing masing hilang." Reen angguk kepalanya. Bukan nya si Dariz tu nak teman dia tapi ditinggalnya dia dekat sini.
"Cantik dho kau bertudung. Nampak ayu gituu. By the way mana laki kau? Tak nampak pun." Soal Reen.
"Ada tu ha dekat sana tengah sembang." Seketika mereka mendengar kekecohan.
"You! I nak dekat you lah Airel!" Fadhira mengedik mengejar Airel .
"Kau ni kan memang tak paham bahasa ke sial!" Airel menendang Fadhira sehingga masuk ke dalam kolam yang terdapat di tengah tengah event.
"You! I tak pandai berenang!" Airel berdecit dan tiba tiba ada yang melompat ke dalam kolam untuk menyelamatkan Fadhira.
"Bro kau agak agak la. Kalau lemas dia nanti kau nak tanggung?" Airel kenal lelaki depan nya ini, Muiz.
"Aku? Aku nak kena tanggung? Kirim salam malaikat maut jela. Kau nak dia? Ambil!" Setelah berkata bergitu, dia mencari isteri nya.
"Abang, kenapa ni?" Soal Hyura dan jari jemari nya digengam kemas oleh Airel.
"Untuk yang masih tanya aku single atau tak, sebelah aku ni isteri aku. Jadi stop ask something annoying!" Mereka tidak sangka bahawa Tuan Airel sudah pun berkhawin. Mereka kira kan jejaka itu masih bujang.
"Argh! Kau perempuan! Kau yang rosakkan hubungan kitorang!" Mereka menoleh ke arah Fadhira.
"Kalau korang semua nak tahu perempuan sebelah Tuan Airel tu dah rampas Airel dari I ! Konon nya bertudung tapi penyundal!"
Rahang Airel bergerak gerak menandakan dia marah.
"Bukan isteri aku penyundal tapi kau. Kau yang tinggalkan aku sebab gila harta. Apa? Kau ingat aku lupa yang kau sanggup tidur dengan jantan sebab nak duit. Bila kantoi, kau kata kau tak sedar. Perempuan macam kau, laki tua kerepot yang dah nak nazak pun kau sanggup gadaikan maruah kalau dia kaya tujuh keturunan tak habis." Pedih kata kata yang keluar dari mulut Airel. Semua orang kenal dengan sifat redflag Tuan Airel jadi apa yang keluar dari mulutnya mestilah benar.
"Abang dah la tu." Pujuk Hyura. Airel tarik senyuman sinis nya bila wajah Fadhira berubah malu.
"Kau bandingkan la diri kau dengan isteri aku." Mereka mula memandang Fadhira lalu pandang Hyura.
"Jauh beza pakaian pun."
"Itulah yang ni macam tak cukup kain."Fadhira yang tidak tahan akhirnya berlari keluar dari event tersebut apabila banyak mulut mengata tentang nya.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...