Setelah seminggu Hyura berada di Italy, kini dia pulang ke rumah mereka berdua.
Hyura melangkah masuk dengan beri salam dan diatur langkah untuk naik ke bilik.
Airel yang berada di ruang tamu tu seakan tidak wujud keberadaan nya. Dia segera bangun dan menuju ke tingkat dua.
"Kau dah makan?" Soal Airel. Rindu dia mahu menatap wajah isteri. Hyura bergumam saja.
Ya Allah kuatkan aku. Sungguh tubir mata Hyura terasa panas. Sakit dihati nya bagai ditusuk dengan pisau belati yang tajam.
"Kau pergi Italy tak beli apa apa ke?" Hyura yang sedang duduk di birai katil tu mengukir senyuman nipis.
"Ada." Terangkat kening Airel. Hyura menoleh dan dibuka bag galas nya. Kotak tu diserahkan kepada Airel.
"Jam." Cantik bentuk nya dan dia tahu harga juga cantik.
"Saya beli tu sebagai hadiah dekat awak tapi tak sangka awak pun bagi hadiah dekat saya." Dahi Airel berkerut hairan. Bila masa dia bagi hadiah dekat Hyura?.
"Hadiah?" Hyura angguk dengan bibir masih tersenyum. Dia membuka telefon nya dan diserahkan kepada Airel.
Jejaka itu mengambil dan dilihat. Membulat mata nya.
"T..tuan Airel. Lepaskan saya." Bagai nafas tersekat di kerongkong, Airel melihat anak mata isterinya penuh luka dan air mata yang mengalir ke pipi bukti bertapa sakit nya luka itu.
"Dari mana kau dapat gambar ni Hyura? DARI MANA!" Jerkahnya dan dicengkam kedua bahu isterinya. Hyura hanya mampu menangis dan menunduk.
"Aku tak buat kerja bodoh ni Hyura! Aku tak buat!." Diserabaikan rambutnya dan ditumbuk dinding sebelahnya.
"Kau memang sial Fadhira!" Kuat suara Airel sehingga urat urat leher nya menimbul sekitar leher. Rahangnya terketap kuat.
"Di..dia cakap dia mengandungkan anak awak Airel. A...awak kena khawin dengan dia." Airel menoleh memandang wajah yang comot dengan air mata itu. Dia mendekati dan pinggang tu ditarik rapat.
"Look at me Hyura." Tangan kiri nya melingkar di pinggang Hyura dan tangan kanan nya berada di pipi kiri isterinya.
"Sampai mampos aku tak kan khawin dengan betina yang dah perdajalkan aku. Dia mengandung sekali pun tu bukan benih aku dan sekalipun tu benih aku, aku haramkan anak tu." Airel tekan kan apa yang dia katakan. Dia menyeka air mata yang mengalir.
"Peluk aku." Hyura ditarik ke dada nya.
YOU ARE READING
TUAN AIREL
RomanceTuan Airel. Jika lelaki lain bermulut manis, berbeza pula dengan dia yang bermulut puaka. Apa saja yang keluar dari mulutnya pasti terasa sehingga ke dasar hati. Dia dinikahkan dengan seorang gadis yang mampu menahan segala kata kata yang menyakitka...