PART 5

2.1K 92 2
                                    

AIREL menunggu isterinya pulang, dilihat Jam menunjukkan pukul 11 tapi masih tidak nampak batang hidung.

Dia meramas jari jemari nya. Apa apa jadi dekat Hyura ke?. Dia selak comforter dan baru saja hendak turun, pintu bilik dibuka.

"Awak nak mandi ke?" Airel anggukan saja walaupun bukan itu niat sebenar. Hyura letak plastik yang terdapat coolfever di atas tilam lalu dibantu Airel untuk ke bilik air.

"Saya mandikan awak atau awak nak mandi sendiri?." Soal Hyura.

"Tak apa aku mandi sendiri." Dia melangkah masuk dan Hyura hulurkan kain tuala pada nya sebelum pintu ditutup rapat.

Dilihat mangkuk tu sudah licin dan terukir senyuman nipis di bibir Hyura apabila Airel makan masakkan nya.

Katil dikemas semula dan setelah Airel selesai mandi, dia memimpin jejaka itu .

Dia duduk di birai katil setelah selesai bersiap. Hyura ambil tuala dan dilap rambut si suami. Di ambil sikat lalu disikat seperti mana Airel selalu menyikat rambut.

Airel dongak memandang wajah cantik isterinya. Dilihat lengan Hyura berbalut dengan bandage.

"Siap. Sini baring." Bantal ditepuk tepuk dan Airel merebahkan badan nya. Hyura menampal coolfever di dahi Airel supaya panas nya hilang.

Giliran Hyura pula untuk merawat diri nya. Bandage dibuka dan dicapai first aid kit untuk merawat kesan merah tu. Tanpa Hyura sedar, Airel hanya memerhati sedari tadi.

MALAM itu, Airel terbatuk batuk kerana sejuk. Hyura segera bangun dan turun untuk mengambil air suam.

Dia mendekati ke arah Airel. Dilihat jam pukul 3 pagi.

"Airel, bangun minum air." Airel celikkan mata nya dan dia bangun dari baringan. Hyura membantu nya untuk minum lalu Airel rebahkan kembali badan nya.

Comforter dikemaskan di dada suami, Hyura mengatur langkah ke sofa semula untuk tidur.

"HYURA, kenapa mama tengok Hyura dah tiga hari tak masuk kerja?." Soal Mama Humaira. Jelas suara mama nya di hujung talian.

"Airel demam ma, Hyura tak nak la tinggal dia sorang sorang. Kalau jadi apa apa nanti macam mana?." Kata nya.

"Teruk ke demam si Airel tu?".

"Nak kata teruk tak la sangat ma cuma badan dia panas dan asyik batuk ja. Kalau masih tak sihat, Hyura cadang nak bawa pergi klinik." Lincah tangan Hyura yang tengah siapkan ayam masak merah kerna Airel teringin hendak makan.

"Jaga jaga la suami kamu tu ya dapat pahala." Terukir senyuman nipis di bibir Hyura.

"Baiklah ma." Setelah panggilan ditamatkan, Hyura fokus pada masakkan nya.

HYURA meletakkan dulang di tepi nya dan duduk bersilap berhadapan si suami. Airel hanya memerhati saja. Sungguh dia terliur melihat ayam masak merah itu.

Hyura mengepal nasi dengan lauk lalu ditiup perlahan kerna agak sedikit panas.

"Bismillah." Airel menerima suapan isterinya. Sedap masakkan Hyura tapi dia sering tuduh bukan bukan.

Hyura tak nak tanya dia ke sedap ke tak masakkan tu? Senyap ja.

"Awak kena makan kenyang kenyang baru cepat sihat so nanti boleh pergi kerja. Buka mulut." Airel terima saja setiap suapan.

TUAN AIRELWhere stories live. Discover now