PART 16

2K 82 1
                                    

Hyura mencelikkan matanya dan dipandang siling bilik. Dia bingkas bangun dan digerakkan perlahan lahan lengan kanan nya kerna dia sudah tidak memakai bandage.

Sudah lama dia cuti, mungkin kerja di office sudah bertimbun. Disentuh dahi nya sudah kurang panas.

Dilihat suaminya masih lagi tidur memandang kan hari ni hari ahad mungkin Airel cuti.

Dibuka internet telefon nya dan dilihat ada mesej dari mama mengatakan bahawa mereka hendak datang ke rumah tengah hari nanti.

Hyura bingkas bangun untuk mandi dan solat subuh terlebih dahulu. Kalau boleh dia nak sangat Airel imam kan dia tapi dia tahu jejaka itu tidak sudi.

"Airel, bangun solat subuh. Tengah hari nanti mama papa nak datang." Kejut Hyura penuh kelembutan dan mata suami nya terbuka memandang dirinya.

Dia bangun lalu duduk seketika. Dipandang wajah si isteri.

"Kau dah solat?" Hyura menganguk kepalanya dan Airel bangun turun dari katil. Hyura segera mengemas katil itu sehingga rapi.

"Malam nanti kawan aku nak datang. Aku bagi amaran jangan keluar bilik sebab aku tak nak diorang tengok bini aku ni berparut ganster dekat pipi." Ujar Airel setelah selesai mandi sambil tangan mengeringkan rambut.

"Kau dengar tak?" Hyura menganguk kepalanya.

"Dengar." Balas Hyura dan Airel sudah bersiap untuk menunaikan solat subuh.

Dia ambil keputusan untuk keluar dan turun untuk siapkan sarapan. Derapan kaki seseorang sudah Hyura dapat agak itu suaminya.

"Kau ni, bahasa apa aku perlu cakap supaya kau faham? Kau memang jenis tanggung resiko kan?." Dipandang tajam wajah tu.

"Dah tahu mama papa nak datang sekejap lagi tak payah la buat kerja rumah. Kang sakit nanti aku yang nak kena." Pagi pagi lagi dia sudah dimarahi oleh Airel.

"Maaf, saya cuma nak buatkan sarapan ja." Hyura menunduk.

"Kalau tangan kau tu dah okeyh aku tak kesah. Buat nya terseliuh pula dah jadi masalah pula pagi pagi ni." Hyura akui memang salah dia. Dah sakit tapi tetap nak buat kerja rumah.

"Kau duduk sana." Arah Airel dan dia mengambil alih tugas Hyura untuk masak nasi goreng.

Telefon milik Airel yang berada depan Hyura berdering menandakan ada panggilan masuk. Nama Fadhira tertera di skrin membuatkan hati seorang Hyura sakit.

"Awak, Fadhira call." Hyura memberitahu suami nya dan jejaka itu menoleh.

"Biar." Dia menyambung kerja nya semula. Hyura berasa rimas bila Fadhira tak habis habis call. Dia menjawab panggilan itu.

"You! You dekat mana? Tolong I please. Rumah I kena pecah masuk, I takut."

"Sorry, Airel tengah mandi. I am his wife so what you want my husband to do hm? Jadi hero? Banyak banyak jantan, laki aku jugak kau nak minta tolong eh. Kau dengar sini, sila call nombor 999 jika perlukan bantuan ya dekat sana nanti ramai abang abang sado tolong tenangkan jiwa raga kau yang tengah takut tu!" Ditamatkan panggilan nya dan diletak semula telefon si suami.

Terkedu Airel yang tengah masak apabila mendengar isterinya menyembur Fadhira. Pedih!.

"Kecil kecil telan ulat bulu bila besar mengeletis miang dengan laki orang." Bebel Hyura seorang diri namun tetap didengari oleh Airel.

"Siap." Airel menghidangkan nasi goreng di hadapan isterinya.

"Pandai juga abang masak." Puji Hyura apabila terbau nasi goreng tu sangat menyelerakan.

"Sekejap abang sekejap awak. Yang mana satu kau ni?" Airel jongket kening.

"Sayang."

"Uhuk uhuk." Airel tersedak air liur sendiri. Merah telinga nya. Tak sangka itu balasan si isteri.

Hyura turun dari kerusi untuk ambil pinggan dan cawan. Airel hanya memerhati saja.

TUAN AIRELWhere stories live. Discover now