PART 18

1.9K 78 1
                                    

"Menyampah aku nak kena suap kau lah apa lah. Tangan terseliuh ja pun bukan kudung!." Rimas Airel bila dia terpaksa jadi munafik depan mama papa mereka tadi.

"Kenapa awak tak bagitahu ja hal yang sebenar? Kenapa nak kena pura pura?" Airel pandang tajam ke arah Hyura.

"Kau bodoh ke apa? Kau suka aku kena marah dengan diorang? Kau seronok?!" Jerkahnya dan Hyura terhinjut bahu.

"Aku tanya kau ni. Kau seronok ke hah?!" Dicengkam rambut isterinya lalu didongakkan.

"Argh awak sakit." Bagai mahu terkeluar kulit kepala bila Airel mencengkam rambutnya.

"Aku layan kau baik depan diorang pun dah cukup bagus! Kalau nak diikutkan hati aku, aku biar ja." Dilepas kasar cengkaman nya. Hyura menundukkan kepala nya.

Airel menyepak sofa di tepi nya. Hyura kekal menunduk takut apabila jejaka itu masih mengamuk.

"Kau pergi masuk dalam bilik sekarang! Jangan keluar selagi aku tak suruh kau keluar." Arah Airel dan Hyura bingkas bangun dari duduknya untuk naik ke bilik.

HYURA hanya duduk di dalam bilik. Dapat dia dengari suara kawan kawan Airel di luar.

"Bro aku dengar kau ada beli gitar baru. Mana dia?" Airel menoleh ke arah Fazan.

"Ada dekat atas kau pergi lah ambil dekat bilik muzik pintu susu tu." Fazan tanpa berlengah segera bangun untuk ke bilik tersebut. Namun bukan itu tujuan nya. Dia tahu Airel sudah beristeri jadi dia mahu cari isteri kawan nya bukan gitar.

Dia membuka perlahan pintu yang bercoklat terang tu dan dilihat sosok tubuh seorang gadis sedang tidur di sofa. Perlahan lahan dia mendekati setelah pintu ditutup.

Hyura celikkan mata apabila terasa ada orang masuk ke dalam bilik. Terkejut dia dan baru saja hendak menjerit, mulutnya ditutup.

"Cantik juga kau ni. Airel ingat dia boleh sembunyi kau?" Terukir senyuman sinis nya. Hyura meronta ronta dan menolak tangan yang menutupi mulutnya.

"Abang!" Fazan mula gelabah.

"Sial lah kau ni!." Dia mengoyak baju di bahagian dada Hyura.

Airel yang mendengar suara isterinya segera bangun. Penumbuk terkepal erat.

"Asal bro?" Soal Khairil dan Airel bergegas naik ke bilik. Wajahnya tegang tak terkata. Bengis mengalahkan harimau.

Hyura menangis dengan mulut ditekup kuat. Pintu ditendang oleh Airel.

"Sial! Kau memang tak guna Fazan!." Ditarik tubuh Fazan dan ditumbuk wajah itu sehingga dia terbaring di lantai.

"Konon nya nak tengok gitar rupanya ni niat kau!" Dicengkam koler baju Fazan dan diheret keluar dari bilik.

"Kau tak layak digelar kawan. Bini kawan kau sendiri pun kau nak kebas?! Blah! Korang semua blah!" Halau Airel yang dikuasai dengan amarah nya. Ditutup pintu dan dikunci lalu dia bergegas naik ke bilik semula.

"Jan..jangan apa apa kan saya." Hyura menangis dengan kedua lutut rapat di dada. Tangan kiri menutup dada nya yang terdedah di bahagian kanan.

"Shh ni aku Airel." Airel membawa tubuh Hyura ke dalam pelukkan nya. Diusap belakang kepala itu perlahan.

"Aku minta maaf sangat." Dieratkan pelukkan nya membiarkan Hyura menangis di dada.

"Did he hurt you baby?" Hyura mengeleng kepalanya dan Airel tarik semula isterinya ke dalam dakapan.

"Shhh it's gonna be fine." Bisik Airel dan dicium tepi dahi itu.

TUAN AIRELWhere stories live. Discover now